Honda Hybrid Family Road Trip 2013: Kota Baharu

Honda sekarang sedang mengadakan promosi memperkenalkan keluarga hybridnya. Destinasi pertama yang telah dijelajahi ialah Melaka. Kemudian mereka ke Johor Baharu dan pada 13 dan 14 September 2013 baru-baru mereka telah ke Kota Baharu untuk menjayakan program Honda Hybrid Family Road Trip 2013.

honda hybrid

Bloggers yang dijemput ke karnival Honda Hybrid Family Road Trip di Kota Baharu bersama kereta Honda masing-masing

Yang seronoknya aku dan beberapa blogger yang lain telah dijemput sama untuk program jelajah ini. Oleh kerana perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kota Baharu mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan pemanduan yang biasa, kami bersiap dan bertolak seawal pagi.

Kami berkumpul di sebuah restoren makanan segera sebelum tol gombak pada jam 5.30 pagi. Sambil menunggu semua blogger sampai untuk konvoi bersama, aku mengisi perut dahulu dengan menu baru restoren tersebut.

Konvoi 4 buah kereta daripada keluarga hybrid yang terdiri daripada Honda Jazz, Honda CR-Z (manual), Honda CR-Z (automatic) dan Honda Civic kami mulakan pada tepat jam 6 pagi.

Dalam perjalanan pergi ke Kota Baharu ini aku memandu kereta yang ditugaskan kepada aku untuk dipandu iaitu Honda Jazz bersama-sama blogger Nizam.

Pemanduan dengan kereta kompak ini amat lancar dan selesa untuk sebuah kereta kompak sepertinya. Dan aku berani katakan, ia adalah yang terbaik di dalam kelasnya.

Cuma aku tidak terasa begitu teruja ketika memandu kereta kompak ini. Ini adalah mungkin disebabkan aku sudah terbiasa memandu kereta Honda Civic 8th Gen aku. Memang terdapat perbezaan diantara kereta aku yang berlainan kelasnya dengan kereta Honda Jazz Hybrid ini. Namun lancar dan selesa memang menjadi ciri utama kereta kompak ini.

Kami sampai di Kota Baharu lebih kurang pukul 2 petang setelah beberapa kali berhenti untuk mengisi minyak dan menyelesaikan urusan ke bilik air.

Sesampainya kami ke tapak karnival Honda Hybrid Family Road Trip 2013, kami disambut mesra oleh wakil PR daripada Honda Malaysia.

Pintu masuk karnival honda hybrid family road trip

Pintu masuk karnival honda hybrid family road trip di perkarangan Stadium Sultan Muhammed ke 4 Kota Baharu

Kami dibawa melawat sekitar khemah pameran sambil diterangkan tentang pameran dan aktiviti tentang pendedahan bagaimana sistem Honda Hybrid berfungsi. Pelbagai aktiviti yang disediakan untuk pelawat mencuba adalah berkenaan tentang pemahaman bagaimana sistem Honda Hybrid membantu menjimatkan penggunaan minyak dan enjin kereta serta membantu mengawal pencemaran alam sekitar.

sohoque dan komponen honda hybrid

aktiviti meneka komponen honda hybrid di bilik pameran

penerangan sistem honda hybrid

aktiviti bagaimana membawa kenderaan supaya penggunaan minyak di paras minima di pameran Honda Hybrid

para petugas honda

para petugas biik pameran sedang bersiap sedia menunggu pengunjung

movie pendek tentang sistem honda hybrid

penerangan filem pendek tentang sistem Honda Hybrid

lagi penerangan sistem honda hybrid dalam movie

lagi penerangan bagaimana sistem honda hybrid berfungsi

Aktiviti mengenal pasti sistem honda hybrid berfungsi

aku dan Sukri Tahir sedang mencuba aktiviti yang disediakan

Di karnival tersebut aku sempat la memandu uji kesemua model Honda Hybrid termasuklah Honda Civic Hybrid. Siap dapat keychain dan T-Shirt lagi selepas sesi pandu uji.

hadiah misteri

hadiah misteri disediakan kepada yang memandu uji kereta Honda Hybrid

Terima kasih atas layanan mesra Sales Advisor terbaik Honda Encik Ismalizam Ismail (Ijea) yang menemani aku semasa siri pandu uji. Kepada yang berada di sekitar Kota Baharu boleh lah menghubungi beliau di talian 013-9522267. (aku promote dia seikhlas hati ya, bukan dibayar ek…!)

Keesokan harinya, iaitu hari Sabtu kami bertolak pulang ke kota Kuala Lumpur. Tugasan terakhir kami pada hari itu ialah mengambil video untuk dimuatkan ke dalam aplikasi Instagram. Lokasi yang kami kami pilih ialah Muzium negeri Kelantan.

Sejak Jumaat kami sibuk menyebarkan aktiviti tentang Honda Hybrid dan bagaimana sistem Hybrid Honda boleh memelihara alam sekitar kita supaya ianya boleh dinikmati oleh generasi akan datang. Sebenarnya karnival tersebut diadakan selain untuk memperkenalkan secara lebih dekat sistem Honda Hybrid, ia juga menawarkan kepada yang berminat untuk membawa pulang kereta Honda Hybrid pilihan hati selama 3 hari 2 malam untuk diuji secara PINJAMAN.

Wow!!! Pertama kali aku dengar tawaran “gila” seperti ini. Ya… Betul!!! Peminat Honda yang bercadang untuk membeli dan ingin memandu uji untuk jangkamasa yang lebih lama boleh berbuat demikian. Tak percaya? Dapatkan info daripada laman web Honda Hybrid ini.

Sila LIKE facebook page Honda juga kerana ia merupakan syarat untuk meminjam Honda Hybrid untuk dibawa pulang.. Jangan lupa LIKE tau…!!!

promosi sewa kereta honda hybrid 3 hari 2 malam

iklan bawa pulang Honda Hybrid secara pinjaman selama 3 hari 2 malam

Untuk perjalanan balik aku menukar angin dengan memandu Honda CR-Z merah bersama-sama blogger Tengku Sukri yang bertindak sebagai co-pilot.

sohoque bersama Honda CR-Z

Honda CR-Z Hybrid yang sungguh mantap dan seksi

Sungguh cun dan seksi CR-Z ini. Ditambah pula dengan warna merahnya, memang terangkat la. Sekali pandang daripada depan macam Ferrari pulak.

enjin cr-z

enjin CR-Z yang sungguh kemas

CR-Z merah

Memang kereta ini dibina untuk prestasi pemanduan dan bukan sebagai kereta keluarga. Tempat duduknya di bahagian belakang memang sempit untuk orang dewasa duduk.

Di ruang pemandu dan sebelah pemandu memang agak selesa. Ditambah dengan rekabentuk tempat duduk yang sporty, memang selesa untuk pemanduan.

Dashboard dan paparan pada dashboardnya pun amat menarik. Sistem meter digital diguna pakai seperti Honda Civic 8th Gen aku. Namun ia menjadi lebih advance apabila ia ditambah dengan petanda lampu yang akan berwarna hijau apabila keadaan pemanduan yang stabil dan akan bertukar menjadi warna biru apabila pemanduan secara kurang bijjak. Ini menolong kita memandu dengan penggunaan minyak yang minima.

Sampai di jalan Jerangau Jabor, hujan mula turun. Mula-mula perlahan tetapi kemudian menjadi lebat. Apa yang mengujakan aku ialah tentang sensor untuk viper cermin hadapan Honda CR-Z Hybrid ini. Ia akan bertukar daripada pergerakan perlahan di kala rintik hujan perlahan kepada pergerakan yang laju apabila hujan bertambah lebat. Ianya berlaku tanpa aku mengubah apa-apa pada handle viper. Amat bijak!

Sampai di lebuhraya Lebuhraya Pantai Timur aku mula menguji kelajuan sebenar Honda CR-Z Hybrid ini. Memang dahsyat. Dengan sedikit tekanan pada pedal minyak, kereta ini berdesup laju. Kadar pecutannya memang dahsyat. Ini sekaligus menepis dakwaan bahawa kereta hybrid terutama versi otomatik kadar pecutannya perlahan.

Kereta bijak ini mempunyai satu butang sport. Fungsinya sama seperti butang turbo. Gunanya untuk memberi tenaga pecutan segera. Bayangkan dengan kelajuan 183 km sejam kereta ini masih mampu memecut lagi apabila ditekan butang sport. Apabila kelajuannya mencecah 200 km sejam aku terdengar seperti satu bunyi beep amaran. Yang ini aku harus mendapatkan kepastian daripada pihak Honda. Tapi aku rasa itu memang amaran kelajuan maksima.

Secara keseluruhan, Honda Hybrid ini memang hebat. Hebat dari segi prestasi pemanduan dan juga hebat dalam penjimatan minyak. Sistemnya memang relevan dengan kempen menjaga alam sekitar. Ini adalah kerana kereta Honda Hybrid ini akan menggunakan bateri semasa pemanduan perlahan dan semasa kereta sedang berhenti. Hanya semasa pemanduan laju sahaja enjin biasa digunakan.

Menyebut tentang penggunaan bateri ini, teringat kisah lucu sewaktu pertama kali memandu Honda Hybrid di hari pertama. Semasa berhenti di lampu isyarat, enjinnya terus mati seperti kita mematikan kereta. Panik juga aku seketika. Enjin akan hidup semula apabila pedal minyak ditekan.

Rupanya memang sistem Honda Hybrid direka dengan sebegitu rupa. Ia akan secara otomatik mengecas bateri dan mematikan enjin sewaktu kita menekan brek atau kita memberhentikan kereta.

Dengan paparan petanda warna pada meter kereta yang mengajar kita memandu secara stabil dan juga enjin yang dimatikan secara otomatik semasa brek ditekan dan semasa kereta berhenti, memang sah ia memang menjimatkan minyak.

Dengan penggunaan minyak yang kurang pastinya pencemaran akan berkurangan. Ini adalah kerana sedikitnya Karbon monoksida yang terhasil daripada enjin kereta dan juga asap yang terhasil. Ini sekaligus dapat memelihara alam sekitar kita.

Warisan sejarah dan alam sekitar yang bersih harus diwarisi kepada generasi yang akan datang. Salah satu usaha ialah mengurangkan pencemaran daripada sekarang. Penggunaan kereta Honda Hybrid dapat menyumbangkan kepada usaha yang murni ini.

20 comments

  1. Mak lagenda 18 September, 2013 at 11:49 Reply

    Wow..seronoknya dpt peluang test drive cenggini!!! Apapun, thanks for the info. mak dah laju2 pi register utk pinjam keta bwk balik 3 ari 2 mlm tu hah. Hrp2 dpt la merasa bwk honda pulak..

    🙂

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: