bercerai

Hubungan Intim Punca Keruntuhan Rumahtangga

syaitan daasim menghasut suami isteri bergaduh

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Errrmmm. Kali aku buat entry pasal cerita 18 SX.Hehehe

Minggu lepas aku mendapat berita yang kurang enak didengar iaitu kisah penceraian seorang sahabat aku. Walaupun ianya bukan sahabat yang rapat tetapi aku agak terkilan mendengar berita tersebut.

Menurut seorang ustaz di dalam rancangan TV 9 “Tanyalah Ustaz” baru-baru ini, statistic perceraian di Malaysia sekarang adalah 77 kes perceraian dalam sehari. Satu angka yang agak tinggi…!!! Naudzubillah!bercerai

Keruntuhan keluarga adalah salah satu senjata syaitan untuk memporak perandakan manusia. Syaitan amat tidak suka akan sebuah perkahwinan dan keluarga yang bahagia. Sehinggakan syaitan ini ada portfolio khas untuk memisahkan suami isteri.

Ada syaitan khas yang mengetuai portfolio ini iatu Daasim. Syaitan ini akan bertenggek di pintu rumah sesebuah keluarga. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi). Sebab itulah kita disarankan selepas memberi salam bacalah 3 Qul sebelum melangkah masuk rumah.

Berbalik kepada kawan aku tadi. Mengikut cerita seorang sahabat yang lain yang selalu dijadikan tempat mengadu oleh sahabat aku yang dah bercerai tersebut, punca utama perceraian ialah kerana si isteri terlalu dingin dengan hubungan intim.

Kedua-dua pasangan sekarang berusia 42 tahun. Mereka dikurniakan 6 orang anak hasil dari perkahwinan sejak 18 tahun yang lalu. Menurut ceritanya, isterinya selalu menolak bila di ajak melakukan hubungan intim. Mungkin kerana padanya hubungan intim tidak lagi perlu kerana anak-anak semua dah besar.

Pada mulanya aku menyangka yang adanya orang ketiga yang menyumbang kepada perceraian itu. Ini kerana selepas sahaja habis edah sahabat aku tadi terus berkahwin dengan isteri yang baru. Akan tetapi setelah diselidik, isteri barunya tadi memang baru dikenali.

Untuk makluman, sahabat aku ini seorang yang amat pemalu, terutama dengan perempuan. Sahabat aku ini pada aku seorang yang terjaga akhlaknya.

Antara tabiat mulianya ialah beliau akan segera menunaikan fardhu solat 5 waktu sebaik sahaja mendegar azan ke udara. Amalan ni telah diamalkan beliau sejak dari zaman remajanya.

Menurut rakannya yang belajar sekali dengannya di sebuah uiniversiti di Amerika Syarikat, tabiat baik itu telah diamalkannya sejak belajar di unversiti lagi.

Aku pernah bersama-sama dengan beliau suatu ketika dahulu membuat promosi produk takaful (membuka booth) di perkarangan sebuah syarikat besar di Malaysia ini. Pada masa itu waktu zohor dan azan zohor baru saja kedengaran daripada surau berdekatana. Apabila melihat reaksi aku yang lambat bergerak menyahut seruan azan, beliau lantas berkata:

“Jom solat dulu brader. Meniaga kuat macamana pun kalau Allah tak redha tak kemana jugak bisnes kita. Jom solat dulu. Habis hutang kita dengan tuhan. Kalau kita mati pun kita dah menunaikan tanggungjawab kita sebelum kita mati”.

Pesanan beliau ini masih terngiang-ngiang di telinga aku sampai sekarang.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, isteri baru beliau ini baru dikenali di dalam laman web mencari jodoh. Hendak dijadikan cerita isterinya sekarang, adalah orang sama negeri dan tinggal tidak jauh dari rumahnya. Isteri barunya seorang eksekutif di syarikat Oil n Gas, belum pernah berkahwin dan telah mempunyai sebuah rumah yang didiami sekarang.

Mengikut pembacaan aku, nafsu untuk melakukan hubungan intim perempuan akan menurun apabila umur semakin meningkat terutama selepas umur melepasi 40 tahun. Bagi kebanyakan kes, tetapi tidak semuanya begitu.

Ketahui Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Hal ini berbeza bagi lelaki. Lelaki tetap bernafsu walaupun umurnya telah meningkat. Selagi “alat”nya berfungsi nafsu akan tetap ada. Sebab itulah kita ada mendengar datuk yang telah berumur lanjut sanggup merogol kanak-kanak.

Namun factor menurunnya nafsu isteri mungkin bukan kerana factor peningkatan usia sahaja. Mungkin factor-faktor lain pun turut menyumbang. Antaranya, mungkin bosan dengan cara suami melayan sewaktu hubungan intim. Mungkin selalu menggunakan cara ataupun teknik yang sama setiap kali hubungan intim. Tiadanya variasi mungkin menjadikan hubungan intim bosan dan menyebabkan isteri tiada mood.

Penampilan suami juga memainkan peranan. Mungkin isteri telah bosan dengan pempilan suami yang kurang mengambil berat dari segi kebersihan diri. Mungkin badan berbau, mulut berbau menjadi punca dinginnya isteri dalam hubungan intim.

Mungkin peragai suami yang panas baran dan tidak mahu berubah bila ditegur menjadi punca isteri menjadi begitu. Masalah kewangan yang kronik mungkin menjadi penyumbang.

Kesimpulan dan pengajaran bagi kita yang dah berumah tangga, usia perkahwinan bukanlah jaminan bahawa ianya akan kekal selamanya. Kita hendaklah sama-sama menjaga dan menatang ia dengan penuh berhati-hati. Si suami hendaklah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Nafkah zahir dan batin kenalah cukup.

Isteri pula hendaklah pandai menjaga diri sebagai seorang isteri. Amat senang untuk seorang wanita untuk memasuki syurga. Malah Allah memuliakan seorang wanita dan isteri untuk memilih mana-mana pintu syurga unuk dimasukinya apabila dia menjaga diri sebagai seorang isteri:

Hadith:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, melaksanakan puasa pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan MENTAATI SUAMI, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja ia kehendaki.”

(HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

 

Memang benar ada salah suami. Suami ini manusia yang lemah. Akan ada saja kesalahan yang akan dilakukan. Namun jika isteri bersabar dan pandai mengambil hati suami insyaAllah suami akan sayang dan redha kepadanya.

Bersabarlah wahai wanita yang bernama isteri. Selagi pematuhan mu kepada suami yang tidak menyalahi hukum Allah, insyaAllah syurga balasannya. Amiin.

Wallahua’lam.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

You might be interested

%d bloggers like this: