Hukum Pelaburan Emas ar-Rahnu

gold bars“Boleh tak melabur emas dengan ar-Rahnu?”

Melabur emas dengan bergadai?

Saya bertanya dalam hati.

Daripada emel-emel yang saya terima, prosesnya adalah seperti berikut:

  1. Penjual menjual emas 20g dengan harga RM 3000.
  2. Pembeli hanya perlu membayar 30% bersamaan dengan RM 900.
  3. Pergi ke kedai ar-Rahnu dan emas tersebut dipajakkan 70% dari harga semasa. Selepas selesai proses ar-Rahnu, pembeli menerima RM 2,100.
  4. Pembeli membayar baki hutang  kepada penjual iaitu RM 2,100 yang diterima dari ar-Rahnu. Emas kedai yang simpan.
  5. Penjual senyum untung jual emas. Pembeli ada hutang RM 2,100 dan juga perlu membayar upah simpan. Emas dalam kedai ar-Rahnu.

Persoalan Hukum

Jual beli di atas adalah tidak patuh Syariah. Haram kerana proses jual beli di atas adalah jual beli secara hutang.

Jual beli emas secara berhutang adalah riba.

Sila rujuk artikel mengenai isu ini menerusi link berikut:

Parameter Pelaburan Emas

Apa yang Boleh?

  1. Beli emas secara tunai, RM 3,000 untuk 20g.
  2. Selesai jual beli barulah emas 20g itu tadi digadaikan di kedai ar-Rahnu.
  3. Dapat RM 2,100 boleh lah digunakan untuk apa-apa tujuan yang baik.
  4. Bayar upah simpan dan tebus balik emas dengan membayar hutang RM 2,100.
  5. Emas dapat semula. Hutang habis.

Bijak ke Tidak?

  1. Persoalan hukum sudah terjawab.
  2. Perhatikan kesan yang pembeli perlu tanggung
    • Hutang sebanyak RM 2,100.
    • Kos upah simpan
    • Emas disimpan oleh kedai ar-Rahnu dan mereka akan lelong emas tersebut bila kita gagal bayar hutang dan kos simpan apabila sampai tempohnya.
  3. Adakah “melabur” untuk mendapatkan “hutang” adalah langkah yang bijak?
  4. Harga emas tidak sentiasa naik.

 

– Artikel oleh Suzardi Maulan (Pakdi)

– www.pakdi.net

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: