More

    Hulurkan Walaupun Secebis Bantuan Dengan Keikhlasan

    Satu bandar ditenggelami air
    Satu bandar ditenggelami air

    Akhir tahun lepas pantai timur dilanda banjir yang agak teruk. Bandar Kuantan lumpuh seketika dikepung air yang melimpah naik sehingga ke pusat bandar. Banjir tersebut mendapat liputan yang besar di media massa. Aku turut menyumbangkan satu artikel tentang keadaan banjir di Kuantan tanda keperihatinan kepada rakan-rakan mangsa banjir di sana.

    Apa la nasib kereta-kereta ni selepas banjir nanti
    Apa la nasib kereta-kereta ni selepas banjir nanti

    Tahun ini aku jangkakan tiadalah banjir seperti tahun lepas sebab kalau ikutkan logik, mesti persedian rapi sudah dibuat oleh kerajaan tempatan untuk menghadapi banjir. Rupanya sangkaan mentah aku tersasar. Di saat kita sibuk ke perhimpunan agung. Di saat kita asyik dengan contest SEO. Di saat kita seronok dengan persembahan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya, saudara kita di Pantai Timur dan Johor ditimpa ujian besar. Kali ini ujian lebih besar berbanding tahun sudah. Hujan yang tidak berhenti memaksa air naik secara mendadak. Kali ini banjir lebih parah daripada tahun lepas.

    Nampak bumbung sahaja kereta itu
    Nampak bumbung sahaja kereta itu

    Puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan. Jika kita ikuti berita di TV sebentar tadi, kedaan sangat dahsyat. Rumah-rumah ditenggelami air. Apatah lagi kenderaan seperti kereta yang mana hanya bumbung sahaja yang boleh dilihat.

    Sekarang berita sangat mudah untuk disebarkan dengan adanya khidmat mesej percuma seperti Whatsapp dan sebagainya. Banyak gambar-gambar yang mereka kongsikan tentang bencana banjir ini. Keadaan di tempat perpindahan semakin sesak. Bekalan makanan semakin surut. Keperluan harian seperti pakaian dan sebagainya semakin terhad.

    Mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir
    Mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir

    Yang paling menyayat hati apabila diberitakan warga emas yang terpaksa tidur dengan hanya berlapikkan plastik yang nipis. Bayi-bayi yang menangis kerana kesejukan dan rasa tidak selesa. Pampers yang semakin kehabisan. Bekalan susu yang semakin berkurangan dan bermacam kadhaifan lain yang semakin menampakkan diri.

    keadaan di dalah satu pusat pemindahan
    keadaan di dalah satu pusat pemindahan

    Persolannya kepada kita yang tidak terkena musibah ini. Apa yang kita buat untuk membantu saudara kita yang di dalam kesusahan tersebut. Bergelak ketawa? Buat tak tau? Mengikuti berita tanpa apa-apa tindakan?

    Ingatlah akan hadith ini:

    Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredai Allah” (Riwayat at-Tabarani)

    Bantulah mereka dengan apa yang kita mampu. Bantuan yang mereka paling harapkan ialah bantuan dalam bentuk makanan dan pakaian. Kedua-duanya adalah keperluan yang amat penting dalam keadaan yang semakin genting ini. Bantuan makanan yang sesuai dan mudah diagihkan adalah seperti beras (bungkusan 1 kilo), mee segera, sardin, susu, air minuman dan sebagainya.

    bantuan yang boleh disumbangkan
    bantuan yang boleh disumbangkan

    Manakala barangan pakaian pula seperti pampers, tuala, selimut, toto, tilam nipis, sejadah, baju lelaki, baju atau kain perempuan, tudung dan lain-lain.

    Barangan lain yang juga sesuai untuk disumbangkan adalah seperti:

    • Alat mandian
    • Wang tunai (didepositkan ke dalam akaun khas)
    • Barang keperluan lain

    Barangan ini boleh disediakan dan diserahkan kepada Pertubuhan NISA Malaysia. Mereka sekarang sedang menjalankan Misi Bantuan Ops Banjir Kelantan – Terengganu – Pahang – Johor. Mereka bertanggungjawab mengumpul barangan sumbangan daripada kita dan akan menyerahkan sumbangan tersebut kepada yang memerlukan.

    Misi bantuan ops banjir

    Mereka akan mengadakan pusat pengumpulan di dua lokasi iaitu:

    1. Dataran Merdeka, pada 6 Disember 2013 (Jumaat), dari pukul 2 petang sehingga 10 malam.
    2. Dewan Merbau MBSA Sek 17 Shah Alam, pada hari Jumaat hingga Ahad ini, daripada pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

    Datanglah beramai-ramai untuk memberi sumbangan samada sumbangan kecil ataupun besar. Diharap dengan sumbangan kita nanti, beban saudara kita yang terkena musibah dapat diringankan. Semoga dengan keikhlasan kita tersebut akan diganjari dengan nikmat yang berlipat kali ganda lagi. InsyaAllah.

     

    Latest articles

    Related articles

    8 Comments

    Leave a Reply to onlajer Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge