Ifza Kena Demam Campak (Measles)

Sehari selepas event Dumex Dugro 5 Power Nutri, ada satu lagi event. Kali event yang tak best. Ifza dimasukkan ke hospital akibat demam panas. Disyaki Ifza kena demam campak (measles).

Demam bermula selepas kami bawa dia ke hospital untuk suntikan imunisasi. Memang sudah menjadi kebiasaan bayi akan demam selepas suntikan. Tidak terkecuali dengan Ifza. Dia demam selama 2 hari. Tapi demam biasa je la dan sembuh selepas 2 hari.

Dua hari selepas itu dia demam kembali. Kali ini suhu badan naik secara mendadak. Kami ingatkan yang ini juga demam biasa. Jadi isteriku cuba turunkan suhu badannya dengan menjarang kepala dengan air yang aku campurkan dengan asam jawa dan segenggam beras. Petua ini biasanya ampuh untuk menurunkan suhu bahan bagi demam biasa.

Suhu badan Ifza berjaya diturunkan seketika. Namun bila malam tiba panas badannya datang kembali. Kali ini amat panas. Aku tidak berani mengambil risiko lantas membawanya ke klinik setelah disaran oleh isteriku.

Sampai di klinik doktor dengan pantas memeriksa suhunya. Waaah 39.9C!!!. Doktor lantas menulis nota rujukan dan menggesa aku membawa Ifza ke hospital pilihan dengan segera. Sebelum itu nurse sekali lagi mengelap seluruh badan Ifza untuk menurunkan suhunya kembali.

Ifza kena demam campak

Hampir pukul 12 tengah malam, aku sampai di Hospital Pakar KPJ di Damansara. Setelah dibuat pemeriksaan, doktor mengesaki Ifza kena demam campak (measles) dan terpaksa di tahan di hospital dan diasingkan di wad perseorangan.

Ini adalah pertama Ifza kena demam campak. Terlalu awal dia kena. Umurnya baru sahaja mencecah 8 bulan. Malah abang dan kakaknya pun belum kena demam campak.

Selepas itu terus kami dibawa ke wad tersebut. Wad perseorangan di Paedtriatic Qaseh. Sangat eksklusif. Tinggallah Ifza di situ selama 2 hari.

8 comments

    • sohoque 18 April, 2013 at 08:39 Reply

      demam dah ok. cuma utk baby yang kena measles doktor suh kuarantin selama 21 hari… dengan nursery diorang sekali kena tutup selama 3 minggu

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: