Impian Shaheizy Sam Dan Peminat Menjadi Nyata Dengan NESCAFE

shaheizy sam dan nescafe

#NescafeOnSam adalah kempen di mana para peminat boleh menghantar lirik yang mereka nukilkan untuk dinyanyikan oleh Shaheizy Sam

Jika anda mengikuti dunia hiburan, anda mesti pernah mendengar lagu “Begini Caranya” nyanyian Shaheizy Sam dan Yana Samsuddin. Lagu tersebut pernah menjadi top dan berjaya memasuki carta muzik-muzik. Namun begitu kedua-dua penyanyi iaitu Shaheizy Sam dan Yana Shamsuddin menarik diri.

Best kan lagu tu? Serius aku memang suka lagu tu. Melodinya indah dan dinyanyikan dengan baik oleh dua orang pelakon yang sedang meningkat naik itu.

Semua orang kenal Shaheizy Sam kan? Pelakon yang kerap kali memenangi anugerah di dalam pelbagai majlis anugerah di negara ini. Antaranya Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya karier Shaheizy Sam bermula dengan nyanyian. Beliau pernah menganggotai band tempatan M.O.B dan pernah menyanyi bersama beberapa orang penyanyi tempatan.

Ini diakui sendiri oleh penyanyi tersebut di Majlis sidang akhbar dan pelancaran Nescafe On Sam yang diadakan di Restoren The Bee @ Publika pada petang 10hb September 2013.

nescafe dalam tin

Nescafe dalam tin yang kian popular

Majlis tersebut diadakan untuk melancarkan kempen Nescafe On Sam. Kempen ini diadakan oleh Nescafe di bawah projek NESCAFE On the Life untuk merealisasikan impian Shaheizy Sam sebagai seorang penyanyi. Ia juga akan merealisasikan impian para peminat Shaheizy Sam untuk turut serta menjayakan impian beliau untuk merakam album.

Caranya ialah dengan turut serta menyumbangkan lirik lagu kepada Shaheizy Sam dan jika terpilih akan dimuatkan ke dalam album pertama Shaheizy yang akan diterbitkan oleh komposer terkenal yang pernah menaikkan nama penyanyi tersohor faizal tahir dan Siti Nurhaliza.

gandingan mantap menaikkan nama shaheizy sam

Dari kiri saudara Audi Mok, Shaheizy Sam dan bos besar Nestlw

Peminat hanya perlu follow Twitter Shaheizy Sam di @Shaheizy_Sam dan Facebook Shaheizy Sam Fanpage. Kemudian hantarkan lirik ciptaan anda tersebut ke Twitter dan Facebook Fanpage Shaheizy Sam. Peminat boleh menghantar seberapa banyak lirik ciptaan mereka dengan menyertakan sekali hashtag #NescafeOnSam.

sohoque dan mrjocko

Blogger Mr Jocko juga turut hadir ke majlis Nescafe On Sam

shaheizy sam rakam album

Dapat juga bergambar dengan Mr Supercool Shaheizy Sam

 

Jika anda seorang peminat Shaheizy Sam, peluang ini takkan anda lepaskan. Manalah tau kot-kot lirik anda yang terpilih. Manalah tau kot-kot lagu Shaheizy Sam dengan lirik anda kelak menjadi top dengan hasil sentuhan Audi Mok dan menjuarai juara lagu. Mesti anda juga akan mendapat habuan. Kan?

restoren the Bee

the Bee menyediakan makanan ala barat.

Jadi hantarlah lirik-lirik ciptaan anda sekarang.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke:

1. Facebook Nescafe Cans
2. Shaheizy Sam Offical Fanpage
3. Twitter Shaheizy Sam

*Ini adalah sponsored post daripada Nestle

 

10 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: