twi ipads (Small)

Ipad Air Amat menggiurkan

twi ipads (Small)

Belum pun iphone 5S dan iphone 5C menjengah pasaran Malaysia, satu lagi produk Apple telah diumumkan. Kali ini Apple fokuskan kepada produk tabletnya. iPad terbaru keluaran Apple ini adalah iPad Air. Ia diumumkan kepada orang ramai pada 22 Oktober baru-baru ini.

Jika dilihat kepada produk komputer riba (laptop) Macbook Air adalah jauh lebih nipis dan ringan berbanding dengan Macbook yang asal iaitu Macbook Pro. Begitu juga dengan iPad ini. Memang ianya jauh lebih nipis dan ringan tanpa mengenepikan ciri yang paling ditekankan iaitu kuasanya.

nipis (Small)

Antara ciri-ciri lain yang ditambah kepada tablet terbaru ini ialah:

  • chip  A7 yang lebih berkuasa.
  • Retina display dengan 9.7 inci (diagonal) LED-backlit Multi-Touch display dengan teknology IPS
  • bateri yang lebih berkuasa – 10 jam melayari internet dengan wifi
  • menggunapakai sistem operasi iOS 7
  • ultrafast wifi

Anda boleh mengetahui ciri-ciri iPad Air dengan lebih lanjut di laman web Apple.

Sungguh menggoda iPad Air ini. Bila tarikh sampai ke pasaran Malaysia tidak pula dinyatakan.

ipad air 2 (Small)

Harganya pula dikhabarkan agak mahal daripada iPad biasa. Sila rujuk laman web apple untuk harga yang telah ditetapkan.

16 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: