iPad Terbaru Apple Mula Dijual Pada 16 Mac Di 4 Negara

San Francisco: Apple telah mengumumkan generasi ke-3 iPad pada hari Rabu yang lalu dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan dengan sasaran meletakkannya di hadapan di pasaran komputer tablet yang semakin meningkat naik.

iPad baru ini berbangga dengan prosessor yang lebih bertenaga, resolusi yang lebih tajam setaraf dengan iphone 4S, dan kemampuan untuk berhubung dengan rangkaian telekomunikasi 4G LTE yang terkini yang akan membolehkannya memindahkan data lebih laju daripada pendahulunya.

iPad terbaru ini akan dipasarkan pada 16 Mac 2012 di Kanada, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat dengan harga yang sama dengan model yang sebelumnya iaitu bermula dengan USD499 (RM1,502) bagi iPad yang paling basic (hanya wireless connectivity).

Harga-harga lain:

  • USD629 – memory 16 gigabytes (Gb), wifi, 4G connectivity
  • USD729 – memory 32Gb, wifi, 4G
  • USD829 – memory 64Gb, wifi, 4G

Skrin iPad baru ini dinobatkan sebagai yang mempunyai paparan (display) terbaik setakat ini untuk peranti mudah alih. Tablet ini juga dilengkapi dengan kamera 5 megapixel dan rakaman video definisi tinggi (HD).

Untuk spesifikasi penuh iPad terbaru ini, sila klik di sini.

Bilakah iPad baru ini akan mula dipasarkan di Malaysia? Tungguuuuu…

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: