iPhone 5 Dilancarkan 12 September

Akhirnya iphone 5 yang ditunggu-tunggu khabarnya akan diperkenalkan pada 12 September 2012. Khabar ini diperolehi dari sumber terdekat dengan syarikat itu. Seperti kebiasaannya Apple akan memperkenalkan telefon pintar terbarunya pada bulan September. Ini adalah salah satu langkah pemasaran untuk membolehkan gajet tersebut berada di pasaran ketika musim kemuncak membeli belah iaitu menjelang akhir tahun.

Antara ciri-ciri iphone 5 ialah, ia dijangka lebih nipis dengan skrin yang lebih besar dan mempunyai penyambung dok yang lebih kecil. Ini yang dijangka oleh penganalisa pasaran. Namun, sehingga kini Apple enggan mengulas lanjut.

Cuma, apakah nama “iphone 5” ini belum dapat dipastikan lagi. Mungkin iphone 5, mungkin juga nama lain.

Tarikh asal pelancaran dijangka pada 12 September, tapi ia mungkin dipinda; menurut sumber itu lagi.

Baru-baru ini kedudukan Apple sebagai pengeluar gajet mudah alih nombor 1 di dunia telah dirampas oleh Samsung Eletronics dengan pelancaran siri produk Galaxy terbarunya.

Kedua-dua syarikat itu menguasai lebih daripada separuh jualan telefon pintar global.
Blog teknologi, iMore adalah yang pertama melaporkan keluaran sulung iPhone baru pada 12 September ini.
Sumber: berita suntingan daripada REUTERS

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: