iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger

iPhone5s

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila bercakap tentang gajet impian, sememangnya semua inginkan yang tercanggih. Semua inginkan produk terbaru dengan spesikasi yang terkini.

Bagi seorang blogger, gajet yang dimiliki ataupun bakal dikuasai mestilah gajet yang boleh membantu mereka dalam tugasan-tugasan mereka sebagai seorang blogger.

Antara gajet yang menjadi idaman blogger ialah kamera dan smartphone. Kamera  yang bagus amat penting untuk merakamkan gambar yang berkualiti untuk dimuatkan ke dalam blog mereka. Smartphone pula amat berguna untuk mereka mencatat atau mengemaskinikan blog mereka dengan cepat tanpa bersusah payah mengeluarkan laptop.

Untuk mendapatkan kedua-dua gajet tersebut dengan spec yang terkini bukan murah. Beribu ringgit juga harus dikeluarkan untuk memastikan gajet tersebut berada di dalam genggaman.

Namun jika diteliti kedua-dua fungsi gajet tadi sebenarnya boleh didapati didalam satu gajet sahaja. IPhone 5S menggabungkan kedua-dua fungsi gajet tadi.

Memang jika diteliti secara halus, ianya tidak menyamai dengan membeli kamera dan smartphone secara berasingan. Tetapi secara amnya, fungsi yang blogger mahukan secara kasarnya ada dibawakan oleh iPhone 5S.

Kamera

kamera dslr

Anda boleh membeli kamera DSLR dengan harga lebih RM2,000. Memang fungsi yang anda cari ada tapi ia melebihi apa yang ada mahukan. Blogger seperti aku hanya mahukan gambar yang cantik untuk dimuatkan ke dalam blog aku.

Untuk blog aku yang satu lagi, eXplorasa yang dikategorikan di dalam niche makanan dan travel misalnya. Gambar yang dimuatkan seboleh-bolehnya biarlah cantik. Biarlah gambar makanan yang dimuatkan itu pembaca tengok menjadikannya terasa hendak makan sama.

Begitu juga dengan gambar lokasi travel. Biarlah gambar yang mengiringi cerita di dalam blog ini membuatkan pembaca hendak turut serta ke sana.

Dalam bab gambar ini, eXplorasa masih ketinggalan. Puncanya adalah kerana aku hanya menggunakan smartphone untuk menangkap gambar. Dan smartphone buatan China aku ni, kualiti gambar daripada kameranya agak kurang walaupun mendakwa kamaeranya 13MP.

Jadi anntara usaha bagi memantapkan blog tersebut adalah dengan meningkatkan kualiti gambar yang dimuatkan.

Berikut adalah spec kamera pada iphone 5S:

iphone5s_dimensions_1_0

Kamera utama (belakang)

  • 8MP iSight camera 8 MP,
  • 3264 x 2448 pixels,
  • autofocus,
  • dual-LED (dual tone) flash, check quality,
  • 1/3” sensor size,
  • 1.5 µm pixel size,
  • simultaneous HD video and image recording,
  • touch focus,
  • geo-tagging,
  • face detection,
  • HDR panorama,
  • HDR photo

Video:

Kamera kedua (depan):

  • 1.2 MP, 720p@30fps,
  • face detection,
  • FaceTime over Wi-Fi or Cellular

Lihat sahaja blogger sifu wordpress. Beliau hanya menggunakan iPhone 5S untuk memuatkan gambar ke dalam blognya eizil.com. Gambar-gambar tersebut memang tidak mengecewakan. Cukup membuatkan pembaca rasa selesa menatapi foto-foto yang dihidang.

Foto yang terhasil daripada kamera iPhone 5S ini kualitinya lebih baik daripada smartphone lain yang mendakwa mempunyai kualiti yang sama sepertinya.

Smartphone

Smartphone ini boleh digunakan untuk mengemaskinikan blog. Walaupun agak kecil tetapi ia boleh digunakan untuk menerbitkan entri yang pendek.

Aku suka menggunakan smartphone untuk kemaskini blog ketika ada masa terluang. Dulu jika menunggu sesuatu ataupun seseorang pasti akan terasa bosan. Tapi kini dengan adanya smartphone, waktu menunggu boleh digunakan untuk sesuatu yang lebih berharga seperti membuat draf entri blog dan sebagainya.

Aku biasanya menggunakan applikasi Evernote untuk urusan ini. Aplikasi ini walaupun tiada sambungan internet, kita masih boleh gunakan untuk mencatat nota, simpan gambar dan sebagainya. Ia akan secara otomatik synchronize apabila smartphone mendapat sambungan internet. Itulah sebabnya mengapa aku tidak memilih untuk menulis draf menggunakan aplikasi wordpress di android maupun menggunakan internet browser di smartphone.

Antara blogger yang aku perasan menggunakan iPhone 5S untuk urusan kemaskini dan membalas komen pembaca adalah Tok Penghulu Denaihati. Aku pernah menghadiri satu majlis bersama beliau sedikit masa dahulu. Entri liputan beliau Majlis Pelancaran Aplikasi Android Chef Jo ini beliau siapkan sejurus selepas tamatnya majlis tersebut. Beliau hasilkan entri tersebut dengan hanya menggunakan iPhone beliau.

Begitu juga dengan blogwalking ataupun membalas komen. Cuba anda tinggalkan kimen di blog Denaihati. Komen balas di blog anda pasti akan anda terima tidak berapa lama selepas itu. Semuanya beliau lakukan dengan iPhone beliau.

Selain daripada 2 faktor ini, terdapat banyak lagi ciri-ciri yang menjadi sebab kenapa iPhone 5s menjadi gajet impian setiap blogger.

Anda boleh rujuk spec yang lain di laman sini.

Secara peribadi pula, aku memang berkehendakkan smartphone ini kerana gajet ini sudah lama aku idamkan. Cuma bila memikirkan ianya adalah kehendak dan bukannya menjadi keperluan lagi buat masa ini, maka terpaksa aku tahankan dulu nafsu gajet aku.

Banyak lagi benda-benda yang lebih utama aku dahulukan seperti membayar hutang dan sebagainya.

Namun selepas aku kehilangan smartphone Samsung Galaxy Tab aku beberapa hari yang lepas, keinginan memiliki smartphone yang lain tiba-tiba datang membuak-buak.

Memang kehilangan smartphone itu sudah disuratkan. Alhamdulillah aku mampu redha dengan kehilangan kecil itu. Sesungguhnya harta benda adalah pinjaman sementara Allah kepada kita. Bila-bila masa sahaja Dia boleh mangambilnya semula.

Menyingkap kembali saat kehilangan smartphone itu. Malam itu memang aku sedikit tergesa-gesa untuk keluar bersama keluarga. Satu tangan mendukung baby Ifza, satu tangan lagi memegang botol susu dan smartphone.

status-hp-hilang

Untuk meletakkan baby Ifza diatas Car Seatnya, memerlukan aku membuat kerja itu dengan kedua-dua belah tangan. Lantas aku meletakkan sebentar smartphone aku tu di atas bumbung kereta sementara aku ikatkan seat belt car seat dia.

Selepas itu tumpuan aku diganggu oleh perkara lain. Tanpa aku sedari aku masuk kereta dan memandu seperti tiada apa yang berlaku.

Di pertengahan jalan baru aku teringat akan smartphone tersebut. Aku memberhentikan kereta di tepi jalan untuk melihat kot-kot smartphone tu ada lagi melekat kemas di atas bumbung kereta. Walaupun aku tau untuk terjadi sedemikian memerlukan keajaiban yang cukup besar. Dan memang sah, smartphone aku dah jatuh. Tak tau jatuh kat mana.

Begitulah tragisnya kehilangan smartphone aku. Dengan kehilangan ini aku memerlukan smartphone yang baru. Dan inilah masanya untuk aku membeli iPhone 5S yang kini sudah bertukar statusnya daripada barang kehendak kepada barang keperluan.

Jadi sukalah hati ini jika gajet seperti iPhone 5S yang menjadi impian setiap blogger ini menjadi milik aku nanti. Harapan dan doa aku supaya ianya dimakbulkan.

Ameen.

Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger dianjurkan oleh
Denaihati.com bersama sponsor-sponsor hebat seperti AmarIman.com yang merupakan penaja utama. Manakala penaja individu pula terdiri daripada ombakcreative.com, Asamboi.my, Wowberita.org, Eridy.com, EjamOthman.com, HilalAzmi.com, Eizil.com, DiaryMama.com, PendekarBerkuda.org, Saji.my, AbangEnsem.com, Enveenus.com, PakarNiaga.com, Anarm.net, Daddydee.net, SunshineKelly.com, SweetKurma.com, Awn.my, MawarMerah.com, BlogIeta.com, BroFramestone.com, AkmaOmar.com, KhairilMazri.com, Japan Budget Trip

Blogger arwah Syuhada Baharudin juga merupakan sponsor contest ini. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman… Aameen.

30 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: