Assalamualaikum. Salam Jumaat untuk semua.
Pernah anda terfikir, mengapa kita yang solat tanpa tinggal, jaga adab-adab Islam, buat perkara kebaikan, tapi doa kita masih belum dimakbulkan. Tetapi ada orang yang buat maksiat, solat kadang-kadang buat kadang-kadang tidak, senang pulak mendapat rezeki daripada Allah. Malah berlebihan pula rezekinya.
Usah negatif dengan Allah. Allah maha mengetahui. Ada banyak hikmahnya Allah menjadikan sesuatu itu. Kita hanya manusia yang lemah. Terkadang minda tiada upaya memikirkan sesuatu di luar fikiran manusia. Lalu musuh yang satu iaitu syaitan laknatullah lantas membisikkan hasutan secara halus supaya bersangka buruk dengan Allah.

Ada satu istilah yang diberikan kepada orang yang berbuat dosa tetapi mendapat rezeki dari Allah dengan melimpah ruah. Ia dipanggil Istidraj. Ia adalah pemberian Allah kepada hambaNya tetapi pemberian tersebut dengan tanpa keredhaanNya.
Rasullulah SAW bersabda:
“Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi
Manusia yang istidraj ialah manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.
“Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Ternyata Allah sayangkan aku.”
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
“Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)
Mari kita lihat contoh pada anai-anai. Semasa peringkat ia masih anai-anai, masih belum punya sayap, ia akan mendiami busut dan sebagainya. Ia berkerja dengan tekun membina sarang dan mencari makanan untuk permaisuri untuk proses pembiakan seterusnya.

Tetapi apabila Allah hendak membinasakan mereka, Allah memberikan sayap untuk mereka terbang. Lantas mereka bertukar menjadi kelkatu. Kelkatu ini apabila ia mendapat nikmat (sayap) ia akan cuba melawan api ataupun tertarik kepada cahaya. Lalu keadaan ini akan membinasakan mereka.
Itulah ibaratnya manusia yang mendapat nikmat dengan tidak diredhai Allah (istidraj). Semakin mereka mendapat nikmat semakin mereka angkuh, sombong, riak dan lupa pada Yang Maha Memberi Rezeki iaitu Allah.<
Contoh yang dinyatakan di dalam kitab al-Quran, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga. Sangat panjang umurnya. Lantas ini menimbulkan rasa angkuh dan besar diri sehingga sanggup mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Lagi contoh di dalam Al-Quran. Tiada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja terpaksa dibawa oleh 40 ekor unta. tapi lihatlah apa kesudahan cerita Qarun ini. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali ditelan bumi akibat terlalu takbur.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang kita perolehi nikmat yang diredhai Allah atau istidraj? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Tentang doa kita yang belum Allah makbulkan itu, positiflah dengan Allah. Banyak hikmah disebaliknya. Antara hikmah-hikmahnya ada aku bincangkan di dalam artikel Limpahan Rezeki di dalam blog ini sebelum ini.
Yang penting kita sentiasa beristiqamah dan ikhlas dalam beribadat. InsyaAllah, Allah akan cukupkan keperluan kita di dunia dan juga di akhirat.
FA ada tulis pasal Istidraj dalam entri ni 🙂
Farisya Anastasyia recently posted..5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki
Owh.. ya ke.. ok
Mendapat rezeki yang mencukupi memang diperlukan setiap orang….
Hazman Fadzil recently posted..HAZMAN vs FOOD – Roti Bun Kelapa BANGI KOPITIAM
yup betul sifu yop man. malah ada doa khas untuk itu
kita buat apa yang kita mampu aje. Itu bahagian depa. Bahagian kita..lain plak haluannya. 🙂
titan recently posted..Limpahan Rezeki Dunia Blog
betul bro… tp syukur itu amat penting
Terima kasih atas tazkirah menarik nih… Baru semalam nampak IK share pasal istidraj nih.
Firdaus Azizi recently posted..Muslim Niaga | Platform Bisnes Dropship Islamik
IK tu apa bro?
mudahan kita tak terlepas dari sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberi walupun kekadang tak capai matlamat. terima kasih atas perkongsian yang baik sekali ni, sebagai peringatan untuk kita.
Denaihati recently posted..Kamera Sony Alpha5000 Malaysia dilancarkan
moga sama2 mendapat manfaat. peringatan ini juga untuk diri sy sendiri
sebagai peringatan buat kita, jika Allah hendak tarik nikmat yang diberikan bila-bila masa dan dalam sekelipmata saja.
Denaihati recently posted..Okinawa tempat percutian indah dan menarik
ya betu tu tuan. moga kita tergolong dalam golongan yang bersyukur
[…] maksiat dan meninggalkan solat 5 waktu. Usah kita persoalkan perkara sebegitu. Mungkin juga itu Istidraj (Klik untuk makna Istidraj). Jangan jadi hamba yang banyak soal. Tunaikan sahaja kewajipan kita […]