Italy Juara Euro 2012?

Sementara menunggu perlawanan final Euro 2012, sempat aku buat posting ni. Walaupun dalam keadaan kesihatan broadband Celcom yang kurang baik. Sehinggakan kadang-kadang ia menjadi begitu lembab mengalahkan siput khinzir.

Agak-agaknya siapa akan menang pagi besok? Kalau ikutkan hati aku memang team Spain adalah team kedua aku selepas Germany yang tewas tanpa disangka-sangka kepada Italy. Tetapi aku ini sebenarnya suka menyokong team underdog. Dan mengikut posting aku yang terdahulu, sebarang team yang berjaya mengalahkan Germany, dia lah yang akan menjuarai Euro 2012. Adakah ramalanku benar?

Mengimbau kembali kekalahan Germany di tangan Italy…

Italy ni sebenarnya kurang menyerlah beberapa tahun kebelakangan ini berbanding dengan pasukan-pasukan gah seperti Spain, Portugal, Germany, France dan England. Ramai peminat bolasepak tidak memberikan harapan kepada pasukan Italy untuk sampai ke final.

Memang tradisi Italy bermain secara bertahan. Dan biasanya pertahanan pasukan Italy amat mantap sehinggakan menjadi igauan kepada penyerang pihak lawan. Itulah yang telah terjadi kepada Germany.

Germany yang menjadi pilihan utama ke final disamping Spain, France, Portugal dan England menjadi hilang idea apabila berhadapan dengan pasukan Itay baru-baru ini. Walaupun mempunyai barisan pemain tengah yang mantap seperti Mesut Ozil, Khedira dan lain-lain, Germany seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa bila berhadapan dengan pemain Italy yang akan pantas menutup ruang bilamana bola berada di kaki pemain Germany.

Aku memang kecewa bila Germany kalah. Tapi pujian aku berikan kepada pemain Italy untuk keputusan itu. Memang malam itu malam buat pasukan Italy. Memang mantap, daripada Buffon yang amat sukar ditembusi, pertahanan yang mantap yang sentiasa berkerja keras mengekang perangcangan pihak lawan, pemain tengah yang sentiasa menutup ruang dan mematahkan dominasi Germany dan juga penyerang, Balotelli yang memang hebat menghidu peluang dan membuat penyudahan yang hebat.

Manakala Germany pula kelihatan kurang kemas terutama pada separuh masa pertama. Pemain seperti hilang idea macamana nak menembusi kubu Italy. Namun pujian boleh diberi di separuh masa kedua apabila Germany berjaya mengasak kubu Italy bertubi-tubi sehinggalah mendapat hadiah saguhati sepakan penalti yang disempurnakan dengan tenang oleh Ozil.

Syabas diucapkan kepada Italy. Dan kepada pasukan Germany, dengan purata umur pemain iaitu 24 tahun, mereka masih boleh pergi jauh di kejohanan Piala Dunia 2 tahun dari sekarang dan Euro 2 tahun selepas itu.

Malam ini kita akan menyaksikan satu perlawanan yang hebat. Spain memiliki pemain yang mantap daripada penjaga gol sehinggalah kepada penyerang. Mampukah Italy mengekang Spain? Mampukah Spain menjadi juara lagi? Sama kita layan 1 jam dari sekarang…!

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: