Izeara Xtravaganza Mantap Tapi Bella Pulak Yang Sentap!

Bella mengamuk..!!

Izeara Xtravaganza ke Izeara Extravaganza? Yang mana satu ejaan sebenar ni? Alaaa produk kurus yang Bella mengamuk tu… Hahahaha.. Aku pun konfius nak sebut. Suka hati korang lah.. Janji tak menyusahkan aku. Nanti aku ringkaskan nama ni sebagai Izeara jer ya. Nak tulis pun macam konfius ni. Lagipun macam best je sebut Izeara ni. Macam nama awek pulak.

izeara-xtravaganza-Bella-Nabela-extravaganza

“….secara logiknya produk slimming mana tak panas, memang tak panas, inilah produk Melayu, I dah buat report polis!”…
~ Bella

Izeara tidak panas.. Macamana nak bakar lemak kan? Betul jugak apa yang Bella cakap. Aku pun memula baca tagline produk ini macam nak tak nak je percaya. Sebabnya produk kurus yang aku tau sebelum ni semuanya panas.

Fakta inilah yang mendorong Bella buat laporan polis dan mengamuk di dalam video komplennya. Kecoh kejap seantero Malaya video Bella mengamuk ni. Sekejap je video tu dah jadi viral. Orang Malaysia ni kalau bab-bab viral ni semua boleh jadi hero.

Kepada yang terlepas pasal video viral bella ni, dalam video tu Bella ada komplen pasal produk Izeara tak berkesan sebab tak panas. Ikut logik beliau macamana lemak nak terbakar kalau tak panas. Lebih menghangatkan keadaan, bila beliau seolah-olah menghina melayu apabila mengaitkan isu tersebut dengan kelemahan orang melayu.

Sebenarnya kesilapan terbesar Bella ialah beliau sangat cepat sentap. Isu tak panas tu tak perlu beliau timbulkan. sebabnya dah terang-terang produk ini bagitau ia adalah serum tak panas.

Lepas tu Bella baru je pakai serum kurus ini kot. Tunggulah kesannya dulu sebelum melatah. Lepas tu kaitkan pulak dengan melayu. Tak ada kena mengena kot.

Hasil kajian aku, sebenarnya produk ini memang direka khas untuk tidak panas. Ia bersesuaian dengan keadaan cuaca panas di Malaysia ni. Produk panas dengan keadaan cuaca yang panas, memang memberikan ketidakselesaan kepada pengguna. Bijak syarikat yang menginovasikan serum kurus ini. Serum kurus ini sebenarnya dah tidak asing lagi kat Malaysia ni. Kalau buat carian kat google dah banyak result dan review tentang produk ini kat sana.

Boleh tengok hasil carian aku di Petua Kuruskan Badan Dengan Cepat Yang Masih Ramai Tak Tau…!

Bella minta maaf

Tindakan yang aku paling respek kat Bella ni. Dia pantas minta maaf. Walaupun dah ramai yang kecam dia hinggakan dah keluar banyak video parodi pasal dia. Walaupun ramai yang dah menegur dia termasuk Ayahanda Kulup, dia masih berani tampil dan minta maaf. Itulah yang sepatutnya. Dengan meminta maaf nama Bella kembali harum di mata masyarakat.

izeara-xtravaganza-rani-kulup

Aku sekali lagi, secara terus terang respek orang macam Bella ni yang sanggup merendahkan ego dan mengaku kesalahan. Natijah daripada merendah diri meminta maaf bukan sedikit sebenarnya. Tuan punya serum Izeara pun dah maafkan dia. Masyarakat pun dah tak kecam dia lagi.

Video tuan punya Izeara maafkan Bella:

Ok, hasil carian aku di Google. Aku dapati banyak feedback yang positif tentang serum kurus ini. Malah aku tak jumpa pun yang negatif sebenarnya.

Jadi daripada situ tak keterlaluanlah kalau aku buat kesimpulan bahawa produk ni memang bagus. Dan yang sebenarnya Bella yang tersalah anggap.

Aku tertarik dengan satu kenyataan yang aku jumpa yang siap ada sebut bahawa pelanggan mereka akan merasai seperti rawatan perlangsingan bernilai ribuan ringgit selepas menggunakan serum kurus ini. Memang betullah kan. Dah la tak panas, kesannya terbukti dapat menurunkan berat badan dalam masa yang singkat.

Komen Sohoque dot com

Serum Izeara Xtravaganza

Serum Izeara Xtravaganza

Banyak jugak la yang dapat aku belajar daripada video viral produk kurus Bella tu dan hasil kajian ringkas aku tentang produk Izeara Xtravaganza / Extravaganza ni. Antaranya:

  1. Jangan cepat melatah dengan sesuatu perkara. Sabar itu sangat penting
  2. Jangan malu dan segan untuk minta maaf jika kita yang salah
  3. produk ini memang bagus dan aku pun rasa nak cuba
  4. Jika ok aku pun nak jadi ejen jualannya nanti

5 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: