Jam Huawei

jam-huawei-smart-watch

Trend jam yang boleh berfungsi dan berhubung dengan rangkaian smartphone semakin meluas. Selama ini aku tau ada Apple Watch, Sony Watch, Samsung Galaxy Gear, dan beberapa lagi jam seumpamanya di pasaran. Hari ini ada mendapat tahu Huawei juga ada mengeluarkan jam pintarnya sendiri.

Huawei watch / Jam Huawei

Aku belum lihat secara berdepan lagi. Entri ni pun aku hasilkan berdasarkan pencarian di Google. Kebetulan suratkhabar percuma The Sun hari ni memaparkan tentang jam ini. Sebab tu lah aku terpanggil membuat sedikit pencarian tentang jam ini.

jam-Huawei-Watch

Cantik

Ciri yang pertama jam ini yang menarik hati aku. Ia cantik. Seperti jam biasa. Ada jarum dan nombor. Tidaklah nampak terlalu futuristik apabila memakai. Ini yang membezakan jam ini dengan jam pintar daripada pesaingnya.

Lasak

Jam ini kalis debu dan air. Jadi bolehlah melasak dengan jam ini. Tak adalah takut rosak ke apa ke untuk dipakai sewaktu melakukan aktiviti lasak seperti bersukan dan sebagainya.

Kaca Sapphire

Wow! Jam ini menggunakan kaca Sapphire. Memang cantik la. Memang akan nampak mahal jika jam menggunakan kaca Sapphire ini. Berkilat dan jernih!

jam-huawei-closed-up

Ciri-ciri penting yang lain pada jam ini:

  • 1.4″ AMOLED display, 400 x 400 pixels, 286ppi
  • Qualcomm Snapdragon 400 (MSM8926), quad-core 1.2GHz Cortex-A7 CPU, 512MB of RAM, 4GB of internal storage
  • 300mAh Li-Ion battery, rated at 1.5 days of uptime, 80% fast charge in 45 minutes
  • 42 x 42 x 11.3mm, 60.5-136g depending on strap/bracelet option, interchangeable standard 18mm straps
  • Stainless steel casing, IP-67 certified, water-resistant for 30 minutes, up to 1 meter deep
  • Android Wear OS, compatible with smartphones, running Android 4.3 or iOS 8.2 and up
  • PPG Heart rate sensor, 6-axis motion sensor (gyro + accelerometer), barometer
  • Wi-Fi and Bluetooth 4.1 BLE
  • Vibration
  • (sumber: Huawei watch)

Kekurangan utama jam ini

Walaupun cantik dan akan nampak stylo apabila memakai jam ini, namun harganya memang akan sedikit menjadi halangan kepada pengguna terutama pengguna macam aku yang mencari gajet dengan harga yang lebih murah. Harga Jam Huawei (Huawei Watch) setakat ini ialah RM1,799.00. Agak di luar kemampuan aku untuk gajet pintar yang tidak berapa meluas kegunaannya.

Namun jam ini memang lain daripada yang lain. Harap-harap keluaran versi terbaru nanti akan lebih menarik dengan harga yang lebih rendah. Jika memang betul ianya menjadi kenyataan, aku memang akan pastikan ia menjadi milik aku nanti.

Untuk specs ataupun ciri-ciri penuh jam ini, anda boleh cek di GSM Arena: ciri dan specs penuh Huawei Watch

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.