James Bond Daniel Craig Tolak Tawaran Tiket Percuma Manchester United

Daniel Craig bersama Brendan Rodgers

 

Daniel Craig Bersama Steven Gerard

 

Siapa yang dah tengok filem James Bond terkini, Skyfall? Saya belum tengok lagi. Ingatkan hari tu dapat tiket free Nuffnang Premier Screening. Tapi tak dapat. Maybe silap post kot. Sebab sebarang komen untuk sertai contest James Bond Skyfall tu hendaklah disertai dengan link blog sndiri dan link profile NuffnangX. Tapi hari tu saya lupa sertakan bersama link NuffnanX dalam komen saya untuk contest Skyfall.

Melalui review yang saya baca dari blog-blog rakan yang dah pergi tengok, filem ni tak de la best sangat. Ada yang kata boring, ada yang mengantuk dan tido terus, ada yang kata biasa-biasa aje dan lain-lain komen yang agak tidak memberangsangkan. Jadi, saya fikir tak perlulah saya tengok cerita ni kat panggung wayang. Kalau nak tengok jugak, beli VCD je la layan tengok kat rumah dengan anak-anak.

Tapi pagi ni, tup-tup terbaca satu berita dalam “Give Me Footbal” tentang Encik James Bond Daniel Craig tolak tawaran tiket percuma Manchester United. Baru tau yang  si Daniel Craig ni ialah die hard fan Liverpool. Sama macam saya la!!! Jadi kena la support ahli kelab, betul tak? 😆 Kena la tengok kat wayang!!!

Kisahnya Pakcik Alex Ferguson naik kapal terbang ke Amerika Syarikat. Nak dijadikan cerita Pakcik Alex Ferguson duduk di sebelah seat emak kepada Daniel Craig. So, Pakcik Alex Ferguson pun menawarkan tiket untuk Daniel Craig untuk melihat perlawanan pasukan Manchester United secara percuma di Old Trafford. Tawaran itu ditolak oleh emak Daniel Craig yang memberitahu bahawa Daniel Craig ialah peminat tegar pasukan Liverpool. Caya la…! James Bond Daniel Craig tolak tawaran tiket percuma Manchester United dari Alex Ferguson tu! You’ll Never Walk Alone, Bond. 😆

Foto Daniel Craig pernah dirakam bersama dengan pengurus Liverpool Brendan Rodgers and skuad pasukan utama Liverpool sewaktu jelajah pra musim kelab Liverpool ke Amerika Utara. Dan dia juga khabarnya adalah pengunjung tetap Anfield jika ada kesempatan masa.

Sila klik link: James Bond Daniel Craig tolak tawaran tiket percuma Manchester United untuk berita penuh dari Give Me Football.

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: