Jangan Jadi Macam Aku.

Aku mula berjinak-jinak dalam arena penulisan blog baru je beberapa bulan. Sejak itu banyak yang aku telah pelajari daripada otai-otai blogger, dari pembacaan dan juga daripada kesilapan aku sendiri.

Antara kesilapan yang aku telah buat dan menjadi pengajaran kepada aku ialah dalam memilih hosting package. Aku telah membuat kesilapan dengan memilih package yang murah tanpa mengira ciri-ciri yang ditawarkan.

Aku daftarkan domain dan webhosting sohoque.com ni dengan exabytes.com.my. Pada masa tu, domain aku berharga RM38.00 manakala hosting berharga RM39.00 untuk tempoh setahun. Jumlah semuanya hanyalah RM77.00. Ini adalah pakej termurah pada masa itu.

Beginner package exabytes.com.myAku memilih pakej beginner tanpa betul-betul memahami ciri-ciri yang disenaraikan. Sangkaan aku untuk permulaan aku sebagai blogger ni cukuplah aku gunakan pakej beginner. Bukan banyak pun traffic ataupun orang yang nak baca apa yang aku publish.

Namun setelah hampir 6 bulan aku “pelan-pelan kayuh” dalam arena blogging ini, traffic ke blog aku boleh tahan juga. purata dalam satu hari antara 300 – 350 orang. Satu pencapaian yang “boleh tahan” bagi blogger baru dan “picisan” macam aku.

Bila traffic dah macam ni, apa yang terjadi pada blog aku? Monthly bandwidth limit sudah melebihi quota yang diberi. Apa itu Monthly Bandwidth ni? Monthly Bandwidth ialah:

jumlah data yang diakses dari laman web anda oleh pelawat-pelawat. Setiap kali laman web anda dikunjungi, dan halaman yang dilihat, saiz fail halaman ditambah kepada jumlah bandwidth anda.

Kerana bandwidth adalah penyumbang terbesar kepada kos hosting, had (limit/quota) telah diletakkan pada setiap pakej. Jika anda memerlukan lebih banyak bandwidth, anda hanya boleh menaik taraf pakej hosting dengan had yang lebih tinggi.

Untuk pakej Beginner yang aku subscribe ni bandwidth yang diberi hanyalah 1Gb. Dengan traffic yang “boleh tahan” masuk ke blog aku setiap hari, bandwidth selalu saja melebihi quota. Apa akan jadi bila bandwidth melebihi quota? Pengunjung tidak lagi dapat akses ke blog kita.

Bila pengunjung blog anda klik ke link blog ataupun taip url blog anda, mereka akan mendapat mesej seperti berikut:

Bandwidth Limit Exceeded
The server is temporarily unable to service your request due to the site owner reaching his/her bandwidth limit. Please try again later.

Ini sedikit sebanyak akan menjatuhkan reputasi blogger tersebut. Bulan Mac 2012 ni saja blog aku dah 4 kali lebih quota bandwidth. Biasanya pihak “hosting provider” akan menghantar emel peringatan apabila limit dah mencecah 80%.

Jadi apa nak buat jika dapat emel daripada “hosting provider”? Kita cepat-cepat beli extra bandwidth. Di exabytes.com.my ni tambahan bandwidth 1Gb boleh dibeli dengan harga RM5. Emel kepada exabytes minta hantarkan invoice dan buat pembayaran online. Kemudian emelkan receipt pembayaran kepada billing department exabytes. Dalam masa beberapa jam kita akan dapat emel mengatakan yang limit bandwidth kita telah ditambah. Bulan lepas 3 kali aku berjaya tambah bandwidth tanpa gangguan. 1 kali aku terlupa dan bandwidth aku lebih quota pada waktu malam sewaktu aku tak online. Maka pada masa tu mesej tadi la yang akan keluar jika pengunjung visit blog aku. Sedikit “kemaluan” di situ. Nasib baik aku blogger baru dan picisan lagi

Tapi amat leceh sebenarnya jika asyik tambah extra bandwidth je. Cara terbaik dan bijak ialah, kita upgrade pakej. Banyak pakej lain yang lebih besar bandwidth limitnya. Kita boleh pilih yang sesuai dengan bajet kita.

Aku pun tengah menimbangkan untuk upgrade kepada pakej yang lebih bandwidthnya. Mungkin aku cuba X-Student pakej ni:

upgarded exabytes packagePakej yang berharga RM99.00 ini adalah “hot selling” di Exabytes.com.my. Pakej ini mempunyai 5Gb monthly bandwidth. Mudah-mudahan aku tiada masalah dengan bandwidth lagi selepas ini.

Antara masalah-masalah yang akan timbul bila bandwidth lebih quota ialah:

  • kredibiliti blogger akan sedikit terjejas
  • pengunjung baru akan terganggu dan mungkin tidak akan lawati blog kita lagi
  • akan memberi kesan kepada blogger yang meletakkan iklan nuffnang di blog mereka. Ini adalah kerana jika semasa blog itu tidak dapat di akses, crawler nuffnang sedang “crawling” blog kita, maka ia akan memberi kesan kepada status kita. Jika status blogger adalah “glitterati” maka dia akan diturunkan kepada status “normal blogger”. Jadi privilege glitterati akan hilang dan akan merugikan blogger itu sendiri.

Jadi untuk blogger yang baru nak mulakan karier/hobi blogging, pilihlah pakej anda dengan bijak.

Sekian Terima kasih 😆

klik

exabytes.com.my

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: