kelas master wordpress anjuran akademi denaihati

Jangan Sertai Kelas Junior Dan Master Worpress Anjuran Akademi Denaihati

akademi denaihati

Serius… Tolong jangan sertai dua kelas anjuran Akademi denaihati ini. Banyak sebab aku syorkan supaya jangan terlibat dengan kelas Junior Dan Master Worpress Anjuran Akademi Denaihati ini.

Untuk pengetahuan, aku adalah salah seorang peserta kelas Master WordPress. Aku sertai kelas tersebut pada pertengahan tahun yang lalu. Tahukah anda apa keistimewaan jika sertai kelas-kelas ini?

Ok, antara perkara yang bakal anda dapat daripada kelas ini ialah:

  1. Segala ilmu yang berkaitan dengan WordPress
    Bermula dengan ilmu asas yang akan diajar di kelas Junior WP , anda akan didedahkan juga dengan ilmu yang lebih advance tentang penyelenggaraan dan keselamatan blog dan segala yang berkaitan di kelas Master WP.
  2. Ilmu SEO
    Ilmu ini memang semua orang yang ada blog nak tahu. Bermacam-macam teori yang dibuat untuk memantapkan SEO masing-masing. Antara kepentingan SEO ialah ia akan menolong anda untuk memancing trafik ataupun pembaca ke blog anda. Biasanya pembaca yang datang ke blog orang yang mahir SEO ini ialah pembaca yang mencari tentang sesuatu perkara dengan kata kunci yang mereka taipkan di dalam enjin carian Google. Jadi jika kata kunci ini dioptimumkan pasti entri mereka yang akan berada di tempat teratas di enjin carian Google. Dan pastinya orang yang mencari tentang perkara tersebut akan membaca entri mereka.seo
  3. Sokongan yang berterusan
    Inilah yang membuatkan aku rasa bertuah sangat apabila berpeluang sertai kelas Master WP. Sokongan daripada tenaga pengajar dan bekas pelajar memang amat aku hargai. Segala apa yang terbuku di hati boleh terus diajukan kepada Group Facebook yang dibuat untuk berinteraksi sesama bekas pelajar dan tenaga pengajar. Sesekali akan diadakan perjumpaan khas untuk membincangkan tentang masalah berkenaan sesuatu isu yang timbul ataupun untuk menjawab segala persoalan bekas pelajar.
  4. Aktiviti bekas pelajar
    Aktiviti-aktiviti ilmiah untuk mempraktikkan ilmu yang sudah dipelajari seringkali dibuat. Contohnya peraduan SEO di kalangan bekas pelajar. Dari sini kami boleh mempraktikkan ilmu masterclass yang menguji kemahiran masing-masing. Apa yang penting ialah pelajaran yang akan dapat apabila selesai peraduan itu.
  5. Mendapat berita terkini tentang perubahan yang berlaku kepada dunia blogging
    Berita-berita macam ini kalau aku nak cari sendiri mesti lambat la aku cari. Tetapi dengan menyertai Alumni bekas pelajar WP ini aku sering dikemaskini dengan berita terbaru.master syifu
  6. Peluang untuk buat duit
    Peluang untuk buat duit lebih luas apabila belajar WP ke tahap master. Denaihati sendiri menawarkan peluang untuk buat duit kepada bekas pelajar. Contohnya untuk setiap backlink yang dibuat kepada entri di blog Denaihati.com, RM0.15 akan diberi (mengikut terma) kepada blog tersebut. Banyak lagi peluang untuk buat duit dengan blog yang dirancang oleh pihak Akademi Denaihati dari masa ke semasa.buat duit dengan blog

Banyak kelebihan menyertai kelas junior dan Master WP ni. Tapi kenapa aku tak bagi anda semua sertai ya?

Sebabnya bagila aku terer sikit. Bagilah aku menang peraduan SEO banyak-banyak dulu. Bagilah aku peluang untuk memantapkan diri dan menjadi blogger hebat dulu. Bagilah peluang untuk aku buat duit banyak-banyak dengan blog dan internet dulu. Bagilah aku peluang untuk menarik trafik ataupun pelawat sebanyak mungkin ke blog aku dulu. Kemudian baru lah anda semua sertai. Hahahaha.

Itupun kalau Akademi Denaihati masih mengekalkan keputusan untuk terus adakan kelas-kelas ini. Dengar cerita Disember ni adalah kelas terakhir untuk junior dan Master WP. Kemudian kelas-kelas tersebut akan dibekukan sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak, jika pihak Akademi Denaihati masih ingin teruskan kelas tersebut. Alhamdulillah. Tak adalah ramai sangat pelajar yang terer SEO nanti. Hehehehe.

Untuk tahun ini hanya dua tarikh yang masih tinggal iaitu pada 17 November dan 15 Disember 2013 sahaja.

Jadi anda tak perlu la daftarkan untuk kelas ni ya!. Bagi la peluang untuk aku terer sikit. Asyik orang lain jer yang terer.

 

Nota:

Terkini: Aku baru mendapat tahu yang kelas Junior tetap akan diteruskan pada tahun 2014. Cuma Kelas Master WP sahaja yang akan dibekukan. Tapi tak kesah la. Anda memang tak nak sertai kan…?

29 comments

  1. ejam 1 November, 2013 at 10:12 Reply

    Tak peduli…lantak ler bro tak bagi pergi ker…apa yang penting saya dah daftar untuk kelas 17.11.2013 nanti…
    Siap sedialah untuk saya rampas trafik2 yang ada…haha.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: