Jemputan Ke Majlis Pelancaran Rasmi SnowWorld, Resorts World Genting

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

2013-01-23 10.44.59.jpg

Rentetan daripada jemputan ke majlis ini, Resort World Genting sekali lagi menjemput aku bersama rakan blogger yang lain seperti MrJocko, Tuan Fazrol, blogger femes ini dan lain-lain blogger yang lama dan yang baru ke Majlis Pelancaran Rasmi SnowWorld, Resorts World Genting. Bro Denis wakil daripada Rotikaya.com pun turut serta.

Majlis tersebut di adakan di SnowWorld, Resorts World Genting, Level T2A, First World Plaza.

Kami para bloggers dan media bertolak seawal pukul 8.30 pagi daripada Wisma Genting, KL.

SAM_1528.JPG

Welcome to SnowWorld

Majlis perasmian bermula pada pukul 10 pagi dengan ketibaan dhif-dhif kehormat. Selesai sahaja acara pembahagian door gifts kami ke bilik persalinan untuk memakai pakaian (baju sejuk, boot dan glove) yang dikhaskan untuk masuk ke dalam SnowWorld.

Sebelum ini (sebelum penutupan SnowWorld selama 8 bulan untuk urusan renovation), aku ke sini bersama family. Pakaian yang disediakan banyak yang dah lama. Siap ada yang tercabut butangnya. So kali ini sebab baru dirasmikan semula pakaiannya semua baru. Kira aku dan rakan bloggers yang lain antara orang yang pertama pakai pakaian SnowWorld yang baru ni la…

Lepas tu ada makan-makan. Snack dan welcome drink jer…

SAM_1529.JPG

Bersama Mr Jocko menikmati welcome drink dan garlic bread

Pukul 11 pagi Emcee – Selebrity ASTRO, Jentzen dah mulakan majlis dengan ucapan pembukaan. Acara ini dadakan di dalam SnowWorld. Majlis diteruskan selepas itu dengan tarian pembukaan.

SAM_1541.JPG

Nun emcee Jentzen sedang berucap

 

SAM_1547.JPG

Tarian pembukaan

Selepas itu Executive Vice President – Resort Operation YB Dato Kevin Sim memberikan ucaptama dan seterusnya merasmikan majlis itu dengan menyalakan lampu kristal ukiran ais logo SnowWorld, Resorts World Genting.

2013-01-23 11.25.44.jpg

YB Dato Kevin Sim sedang memberikan ucapan perasmian

 

SAM_1569.JPG

Perasmian SnowWorld

SAM_1591.JPG

Rehearsal kot-kot YB Dato’ tidak menghadirkan diri, boleh la ganti

Kemudian ada acara fotografi dan sidang akhbar. Diikuti dengan persembahan animasi cahaya LED.

2013-01-23 11.26.16.jpg

Persembahan LED di SnowWorld

 

 

2013-01-23 11.30.03.jpg

Barisan pengurusan Resort World Genting sedang “posing” untuk media dan bloggers

Magician Freeze mengambil bahagian untuk pertunjukan silap matanya selepas itu.

SAM_1580.JPG

Magician Freeze membuat persembahan

Selepas tarian penutup semua dijemput ke Lover Cave untuk acara yang aku tunggu-tunggu iaitu refreshment. Perut aku dah mula berkeroncong dah sebenarnya masa ni.

2013-01-23 11.58.12.jpg

Lover Cave di SnowWorld

Makanan yang disediakan dalam gua ais tu best jugak la.. ada sushi, ayam goreng, kuih muih dan sebaganya. Ais Krim pun ada walaupun aku rasa dah hampir beku dah duduk dalam SnowWorld tu lama-lama.

2013-01-23 11.43.15.jpg

Antara makanan yang terhidang

 

SAM_1582.JPG

Kanak-kanak riang , blogger Fazrol, Cipotz dan Denis sedang menikmati aiskrim walaupun di dalam suasana suhu -5 C

2013-01-23 11.39.01.jpg

Ada gaya beruang kutub tak?

Majlis kemudian berakhir dengan para blogger dibawa ke First World cafe.

Kat situ blogger boleh makan sampai lebam makanan-makanan yang beraneka yang terdiri daripada western, chinese, malay, nyonya dan sebagainya.

2013-01-23 13.17.43.jpg

First World Cafe – kambing bakar memang tak akan aku lepaskan

Akhir sekali petang tu, semua dapat masuk Taman Tema Resorts World Genting dan main kat situ sampai muntah…

Pengalaman bloggers di Taman Tema Resorts World Genting indoor dan outdoor di entri lain selepas ini

25 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: