Hahahaha.. Macam gempak je tajuk.
Ada la tadi beberapa orang rakan aku berborak dalam group Whatsapp kitorang tentang nak pergi tengok bola Malaysia Vs Indonesia malam ni. So, diorang ni beli la jersey siap-siap.
Apa yang bestnya jersey baru Harimau Malaya 2013 yang baru dibeli itu ketat. Bukan diorang ni tersalah beli tau. Saiz yang dibeli memang saiz diorang. Tapi masih lagi ketat. Nak kata jersey tersebut mengecut, baju je beli jersey tu. Belum basuh pun lagi. Aish.. Pelik ni.
Hahaha. Rupa-rupanya memang saiz diorang yang dah bertambah besar. Terutama di bahagian perut. Hampir semuanya mempunyai perut ketak-ketak, 6 pax. 😀 . Almaklum la semuanya sudah bergelar boss dan pengarah. So, saiz perut pun mestilah berjalan seiringan dengan kenaikan pangkat. 😉
Jersey baru Harimau Malaya 2013 yang dimaksudkan ini ialah jersey home untuk pasukan bolasepak Malaysia ataupun lebih dikenali dengan nama Harimau Malaya. Jersey ini mula dipakai pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 dan kejohanan yang lain selepasnya. Ianya dibuat oleh Nike dan telah dilancarkan secara rasmi pada 12 November 2012 baru-baru ini.
Jersey baru Harimau Malaya 2013 ini menampilkan warna rasmi pasukan bolasepak Malaysia iaitu hitam dan kuning serta disertakan logo Nike di sebelah kanan dan lambang bendera Malaysia di sebelah kirinya.
Jersey penjaga gol pula berwarna biru.
Di kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 ini laluan Malaysia agak berliku. Malaysia tumpas kepada pasukan negara jiran Singapura pada perlawanan pertama kejohanan dengan jaringan 0-3. Harimau Malaya kemudiannya bangkit dengan memenangi perlawanan menentang Laos dengan jaringan 4-1.
Malam ini Malaysia perlu menang pada perlawanan menentang Indonesia untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Kepada penyokong-penyokong Malaysia, jaga kelakuan. Jangan melampau. Jangan tinggal solat. Semoga Malaysia berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF.
Kemon Harimau Malaya. “You’ll Never Walk Alone!!!”. Bangkit lah AAUUUUUMMMM!!!
Ishak Ismail liked this on Facebook.
bikin suspen…,
hehehe.. tajuk mesti mau suspen
sohoque recently posted..Penjelasan “Error: status unavailable” Di Whatsapp
ingatkan saiz baju tu problem..hehe.
GO HARIMAU MALAYA GO
puteri kasih recently posted..AFF Suzuki 2012 : Malaysia vs Indonesia…Siapa Menang?
hehehe. perut 6 pax
apsal semua macam mendada jer, ehhehe
Juan recently posted..AFF Suzuki Cup Malaysia vs Thailand 9 December 2012
itu la psl. dia ketat kat bhg dada. kalau perempuan pakai lg ketat kot
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Berbuat Baik Dan Mendoakan Kepada Ibubapa
belikan laaa sebarang selai dua.. hehehee
KiD recently posted..Gambar Di sekitar Final MasterChef Malaysia 2
buleh bro. tp makesure perut bro ada ketak 6 pax
Masih belum melihat skuat Harimau Malaya memakai jersi belang kuning hitam ini lagi.
akubiomed recently posted..Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan November
ha’ah kan.. selalu jersey away jer pakai
aishh..aku nak kumpul gak lak jersi harimau malaya nih..
titan recently posted..Lu ada 1 minit untuk undi gua.
kumpul bro. jgn tak kumpul. heheheh
nak beli la nanti yang warna biru tu..
daddydee recently posted..Berbaktilah Sehingga Akhir Nyawa
beli jgn tak beli.. semangat rimau. auuummm
Aummm….Jangan auwww….hahahha
hahahahaha
sohoque recently posted..Blog Caknawang.com Blog Perancangan Kewangan Islam
belum berkesempatan utk beli jersey harimau malaya ni. teringin juga nak pakai
Ladfe Amir recently posted..Tempoh Berpantang
insyaAllah.. ada kesempatannya nanti
Ingat apelah tadi…hohoho
Belum ada duit lebih utk beli jersi ni walaupun mmg berkenan..hehe
hafizmd recently posted..Jadual Kelayakan Piala Asia 2015:Harimau Malaya Tempang?
x per.. pelan-pelan kayuh.. nnti ada duit jgn lupa belikan untuk aku sekali ok.. hahahah