Jom gi kuliah!!!
Kuliah Ustaz Azhar Idrus Datang lagi. Kali ini ustaz merantau ke Batu Berendam Melaka. Berikut adalah butiran lanjut kuliah:
- Tarikh: 19 Oktober 2012 (Jumaat)
- Tempat: Masjid Nurul Hidayah, LTAM Pulau Samak, Batu Berendam, Melaka.
Untuk orang-orang Batu Berendam khasnya dan orang-orang yang tinggal berdekatan dengan Batu Berendam amnya, luangkanlah masa anda ke kuliah Ustaz Azhar Idrus ini. Majlis ilmu seperti ini dikenali juga sebagai satu taman daripada taman-taman syurga.
Semoga orang yang berkelapangan ke sini untuk menuntut ilmu dirahmati Allah hendaknya. Dan semoga kejadian yang menimpa kuliah Ustaz Azhar Idrus di UMP sebelum ini tidak berlaku lagi.
Jom Gi Kuliah!!!
Salam…..kuliah apa ni…kuliah subuh zohor asar maghrib isyak….nak set masa….tq
kebiasaan kuliah ustaz dibuat selepas maghrib tuan.
salam. jadi ke kuliah ini di Tempat: Masjid Nurul Hidayah, LTAM Pulau Samak, Batu Berendam, Melaka.??? dgr cerita buat kat solok gaung ayer molek. Please advice.
setakat ini saya belum diberitahu program berubah. sy pun tgh menunggu reply dr pihak ustaz tentang pengesahan berita perubahan tempat ini
dengar cerita pindah ke solok gaung?betul ker?
http://muslimeen-united.blogspot.com/2012/10/peminat-ustaz-azhar-idrus-pasti-sakit.html
ya.. saya baru siapkan entry/posting baru pasal tu. baru dapat pengesahan drp abg K (JKKK Fan Club) pagi tadi. jom semua sebarkan:
http://sohoque.com/kuliah-ustaz-azhar-idrus-ditukar-ke-tempat-baru/
ntah sape la yg rejected majlis ilmu mcm nih. aku x akan maafkan
itulah.. nak sebarkan ilmu agama pun tak boleh. apa daaaa
[…] Perubahan tempat Kuliah Ustaz Azhar Idrus ini dengar ceritanya disebabkan kekangan oleh pihak tertentu. Ia lebih kurang dengan apa yang telah terjadi di Kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP). […]
tgk la nasib dia (org yg rejected majlis ilmu ini) dalam next election nih, pegi melingkup la die….
😉
sohoque recently posted..Jom Tingkatkan Amalan Di 10 Hari Terawal Bulan Dzulhijjah