shell-Fuelsave-challenge-2014-johor

Jom Menang RM22,000 Di Shell FuelSave Challenge 2014

shell-Fuelsave-challenge-2014-johor

Cabaran Shell Fuelsave Challenge 2014 di Johor

Kesinambungan daripada entri aku baru-baru ini, “Sertai Shell FuelSave Challenge 2014, Bawa Pulang RM20,000”. Pemenang wilayah Selatan, Wilayah Timur dan Wilayah Utara sudah diketahui.

pemenang-shell-fuelsave challenge-wilayah

Pemenang-pemenang wilayah masing-masing

Pemenang-pemenang tahun lepas

Pemenang-pemenang tahun lepas

“Cabaran hari ini banyak memberi manfaat kepada saya kerana saya berpeluang mengalami dengan sendiri betapa senangnya untuk memaksimumkan kecekapan minyak – menerusi pilihan yang lebih bijak dengan menggabungkan penggunaan Shell FuelSave 95 dengan Petua Shell FuelSave. Saya pasti akan mengamalkan petua ini dalam pemanduan saya setiap hari untuk mempertingkatkan kecekapan minyak. Selain itu, saya berasa tak sabar-sabar lagi untuk bertanding dengan tiga lagi pemenang wilayah dalam Pusingan Akhir.”
~ Gunasegaran, Larkin, Johor – Juara Cabaran Shell Fuelsave 2014 wilayah selatan

Inilah pemenang cabaran Shell Fuelsave Challenge 2014 peringkat wilayah selatan

Inilah pemenang cabaran Shell Fuelsave Challenge 2014 peringkat wilayah selatan

Kini seorang lagi pemenang yang akan mewakili wilayah Tengah dicari. Pihak Shell sedang sibuk menemuramah untuk mencari peserta Shell FuelSave Challenge 2014 peringkat Wilayah Tengah.

Jadi kepada warga KL dan Selangor anda masih lagi ada peluang untuk membawa pulang RM22,000. RM2,000 anda akan menangi jika sekiranya anda menjadi juara cabaran peringkat Wilayah Tengah. Manakala RM20,000 lagi anda akan gondol bila mana anda menjuarai cabaran peringkat akhir yang turut disertai oleh juara wilayah Timur, Utara dan Selatan.

Menarik bukan? Ok, dah tau menarik, kenapa masih ragu-ragu lagi untuk sertai?. Tak tau macamana nak sertai? Mesti korang tak baca entri aku yang sebelum ni…

Ok la. Aku terangkan sekali lagi macamana nak sertai cabaran Shell Fuelsave Challenge 2014 ni. Cara-caranya:

  • lawati www.shell.com.my/fschallenge
  • klik Register Now
  • isikan butiran yang diminta dan
  • dafta
  • ***pihak Shell FuelSave Challenge akan menghubungi anda sekiranya anda terpilih

Cepat daftar! Tinggal beberapa hari saja lagi.

Selepas mendaftar anda boleh sertai permainan maya Shell FuelSave Journey. Ikut arahan dan selesaikan tugas-tugas yang diberikan serta jawab soalan-soalan mudah yang diajukan. Setiap jawapan dan tugasan yang diselaesaikan, anda akan diberi markah dan ranking. Markah ini (jika layak) boleh ditukarkan kepada hadiah-hadiah yang telah disediakan oleh Shell.

antara hadiah yang boleh ditukarkan dengan markah

antara hadiah yang boleh ditukarkan dengan markah

Mula-mula sebelum aku daftar, aku macam malas nak layan permainan ni. Tapi bila aku cuba, memang seronok. Tanpa aku sedar, aku dah banyak belajar tips macamana cara nak jimatkan penggunaan minyak kenderaan.

Memang tips tersebut aku sudah tahu melalui pembacaan dan perkongsian rakan-rakan. Tetapi tidak semua tips tersebut aku amalkan. Dengan menyertai permainan ini, baru aku sedari, memang tips tersebut terbukti berkesan.

Paling syok setakat ini dalam cabaran Shell FuelSave Journey ini ialah cabaran membawa kereta maya. Anda diberi sebuah kereta yang diisikan minyak. Anda dikehendaki membawa kereta tersebut ke destinasi yang ditetapkan dengan melalui halangan seperti turun dan naik bukit, jalan yang tidak rata dan sebagainya. Bilamana anda berjaya sampai ke destinasi, markah akan diberi berdasarkan minyak kenderaan yang anda telah gunakan. Memang seronok!

Setelah aku sertai cabaran maya ini, ini hasil yang aku dapat.

ada 8 tugas utama lagi yang aku belum selesaikan

ada 8 tugas utama lagi yang aku belum selesaikan

Banyak lagi tugasan yang aku belum sempat buat. Markah akan bertambah banyak nanti bila semuanya diselesaikan. Tak sabar nak tunggu dan tau berapa markah maksimum aku boleh dapat. Mana lah tau dapat tukarkan dengan hadiah yang lebih bernilai.

tugasan harian yang telah aku selesaikan

tugasan harian yang telah aku selesaikan

Oh ya. Bermula 12 September 2014, akan diadakan Roadshow di Paradigm Mall. Jom kesana memeriahkan roadshow. Bukan pergi saja-saja tau..! Ada banyak aktiviti yang bermanfaat yang boleh dibuat di sana. Hadiah-hadiah saguhati juga boleh dikumpul. ajaklah sekelurga kesana. InsyaAllah aku akan bawa keluarga ke sana pada hari Sabtu ini. Roadshow akan berakhir pada 14 September 2014. Jumpa di sana!!!

lokasi shell fuelsave challenge 2014

jadual lokasi event Shell FuelSave Challenge 2014

Kepada yang belum daftar, jom daftar sekarang di sini:

>> www.shell.com.my/fschallenge <<

Kepada yang dah sertai jom kongsikan di dalam komen di bawah pengalaman anda menyertai cabaran Shell FuelSave Journey ini. Apa tugasan yang paling mencabar yang anda lalui? Apa cabaran dan tugasan yang paling seronok?

Siapa yang ada tips tentang cara menjimatkan penggunaan minyak kenderaan boleh juga kongsikan di ruangan komen di bawah. Perkongsian anda mungkin menjadi sesuatu yang berharga kepada pembaca lain.

Jom sertai Shell Fuelsave Challenge 2014…!

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: