More

    Jom Sertai Contest Filem Rentap Untuk Dapat Tiket Ke Tayangan Perdana

    filem aksi melayu hebat masa kini
    filem Rentap bakal menemui penonton pada 4 Disember 2014 nanti

    Salam.

    Kalau korang perasan, sehari dua ni banyak entri – entri blog daripada blogger-blogger kacak seperti Hafiz Rahim, Kid, Hazman Fadzil, Anarm dan aku sendiri berkisar tentang filem RENTAP.

    Aku bukan apa. Filem ini bagi aku cuba membuat sesuatu yang baru. Sukan lasak Parkour yang masih agak baru untuk masyarakat Malaysia cuba diketengahkan di dalam filem ini. Sekurang-kurangnya aku dapat melihat aksi lasak baru daripada sukan lasak ini.

    Pelakon juga ok. Mesti ramai yang minat Elfira Loy dan Zahril Adzim. Aku suka tengok Syafie Naswip berlakon. Memang bersahaja. Anak didik Allahyarhamah Yasmin Ahmad ini mula dikesan bakatnya daripada filem Mukhsin.

    Oh ya sempena pelancaran filem ini yang bakal ditayangkan kepada umum pada 4 Disember 2014 ini, pihak Double Vision selaku penerbit bermurah hati untuk memberikan tiket-tiket PERCUMA kepada peminat – peminat filem melayu.

    Sebanyak 50 tiket (25 pasang) diperuntukkan kepada blogger terpilih untuk diagihkan kepada rakan Facebook masing – masing. Bloger – blogger tersebut ialah:

    1. Sohoque.com – 5 pasang tiket
    2. Shakiddo.com – 5 pasang tiket
    3. Anarm.net – 5 pasang tiket
    4. HazmanFadzil.com – 5 pasang tiket
    5. HafizRahim.com – 5 pasang tiket

    Syarat

    Namun, untuk mendapatkan tiket – tiket percuma tersebut, rakan-rakan Facebook perlu melalui beberapa syarat mudah:

    1. Like page RENTAP (RENTAP)
    2. Nyatakan kenapa anda nak tonton cerita ini dan siapa yang anda nak bawa bersama (1 orang sahaja)
    3. tag/mention 3 orang rakan FB anda (selain daripada pasangan yang anda nak bawa tadi) sebagai makluman kepada mereka
    4. Tarikh tutup: 30 November 2014, 11:59 pm

    Contoh:

    “saya nak tonton filem RENTAP kerana saya suka filem aksi dan saya nak tengok kehebatan pelakon malaysia membawakan aksi lasak. Saya nak bawa awek saya @minah binti dolah bersama. Jom @ali, @Abu dan @bakar tonton movie ini”

    5. Sila postkan komen seperti di dalam contoh di status FB blogger yang terpilih tadi.

    Hadiah:

    Cathay Cineleisure e@Curve
    Cathay Cineleisure e@Curve

    5 pasang tiket filem ini bakal diberikan kepada 5 pemenang di status FB aku.

    Pemenang akan dijemput ke tayangan khas yang hanya dikhaskan untuk pemenang dan bloggers terpilih sahaja. Double Vision telah menempah satu panggung wayang hanya untuk kita sahaja.

    Butiran tayangan:

    Tarikh: 2 Disember 2014
    Masa: 9 pm
    Tempat: Cathay Cineleisure eCurve

    Jadi, jangan ketinggalan untuk sertai contest mudah ini. Nanti kalau menang boleh la kita beramah mesra di pawagam tu nanti.

    Pihak Double Vision akan cuba membawa pelakon – pelakon ke pawagam. Tetapi ianya tertakluk kepada kelapangan masa pelakon – pelakon yang sedang sibuk dengan pengambaran filem baru mereka sekarang ini.

    Jom kita layan contest Filem aksi Parkour ini…!

    Latest articles

    Related articles

    6 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge