Jom Sertai Fantasy Football Bloggers League

Fantasy Footbal Blogger League.png

Jom sertai Fantasy Football Bloggers League, liga bolasepak online berdasarkan Liga Premier Inggeris.

Sebelum ini aku ada buat liga Fantasy Football ni, tapi mungkin sebab pada masa itu aku baru je menceburi bidang blogging ni, aku mungkin agak terpinggir. Liga yang aku buat tersebut mendapat sambutan ramai tetapi tiada interaksi sesama pengurus pasukan yang mengambil bahagian.

Setelah membuat post mortem, aku dapati ada beberapa faktor yang mendorong keadaan tersebut.

Fantasy Footbal Bloggers League - my team.png

Antaranya, liga itu aku buka untuk semua pembaca blog. Untuk orang yang jarang masuk blog orang ataupun orang yang ada masa berinternet hanya untuk update pasukan masing-masing sahaja, mereka terlupa ataupun tak tahu syarat-syarat yang aku buat. Syarat-syarat tersebut aku buat kerana liga tersebut ada hadiah yang akan aku berikan kepada pengurus yang sertai Fantasy Football.

Akhirnya pemenang aku tak dapat nak hubungi. Hadiah yang berupa jersey pasukan kegemaran pun aku tak dapat nak bagi kerana tiada info yang pemenang respons kat bahagian komen menyatakan pasukan kegemaran dan saiz jersey.

Antara bloggers yang sertai liga lama aku dulu yang aku ingat ialah blogger Ariff Shah dan DaddyDee.

Mungkin juga syarat-syarat yang dibuat agak banyak. Jika Encik Titan baca blog aku pada masa tu pasti aku akan dikutuk. Hehehe.

Rentetan daripada itu, musim terbaru EPL ini aku terpanggil untuk anjurkan lagi liga fantasy football, tetapi kali ini aku utamakan untuk bloggers sahaja. Yang bukan bloggers pun boleh sertai kalau dia boleh ikut syarat-syarat yang aku tetapkan. Lantas terhasillah Fantasy Football Bloggers League.

Antara sebabnya aku utamakan untuk bloggers sahaja ialah senang untuk berinteraksi sesama bloggers. Mungkin untuk pembaca lain aku buat liga yang berasingan kot. Kalau aku rajin la.

Ok, ni dia hadiahnya. Hanya copy paste daripada entri yang dulu:

Champion

sehelai jersey (AAA quality) pasukan favourite masing-masing. Jika pasukan favourite korang pasukan yang tak glamer ataupun pasukan daripada planet lain yang mana aku tak jumpa jerseynya di pasaran, aku akan gantikan dengan jersey yang lain.

2nd Place

Thumb drive 8Gb

3rd Place

Thumb drive 4Gb

Special Gift*

Thumb drive 8Gb

*hadiah khas ini akan diberikan kepada pengomen tegar/pengomen terbanyak untuk artikel-artikel yang diposkan di blog sohoque.com

Syarat-syaratnya, senang je jangan risau:

  1. LIKE page sohoque dot com di facebook (https://www.facebook.com/sohoquedotcom). Yang dah LIKE tak perlu like lagi yer.
  2. Klik G+ yang tertera di blog sohoque.com (bahagian atas sebelah kanan)
  3. Sila tinggalkan komen di entri ini sesudah anda mendaftar dan sertai Fantasy Football Bloggers League dengan menyatakan:
    – Jersey kegemaran anda
    – Saiznya
    – Nama dan nombor yang akan dilekatkan di bahagian belakang jersey (optional. tak nak tampal pun tak apa, safe duit aku nanti)
  4. Tinggalkan juga nama dan blog anda
  5. Sila komen di entri-entri lain. Top commentators (berdasarkan bilangan komen di widget) akan mendapat hadiah istimewa.

Cara-cara untuk sertai:

  1. Register akaun anda di fantasy.premierleague.com dan create team anda.
  2. Join league di fantasy.premierleague.com –> leagues–> join a league–> private league–>masukkan kod: 1579350-395507 . Nama league: Bloggers League.

Jom sertai sekarang. Aku akan tutup pendaftaran paling akhir pada atau sebelum gameweek ketiga berakhir (26hb Ogos 2013)

Syarat-syarat lain jika tidak dinyatakan disini akan mengikut syarat ini.

Oh ya, Fantasy Football sebenarnya ada application. Kepada pengguna Smartphone Android boleh install di smartphone masing-masing. Ia amat senang untuk kita update pasukan pilihan kita. Sila ke entri INI untuk install applikasi tersebut.

Jom Sertai Fantasy Football Bloggers League!!!

Wassalam.

p/s: kepada sesiapa yang nak jadi penaja dan ingin membuat pahala untuk menjadi sponsor barangan lain juga aku persilakan.

10 comments

    • sohoque 15 August, 2013 at 14:35 Reply

      akhir season bro. kira monthly point kopak gua. hahahaha. tp every week akan ada entri untuk announcement monthly winners. Unless aku berjaya dapatkan sponsor utk monthly winners.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: