Elfira Loy

Jom Tonton Aksi Parkour Hebat Dalam Rentap

Cuti sekolah sudah bermula. Apa perancangan anda sekeluarga di cuti sekolah ini?

Rancanglah sesuatu yang berfaedah bersama keluarga untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Hari biasa (bukan hari cuti) masing-masing sibuk. Anak-anak sibuk dengan sesi persekolahan baik sesi sekolah biasa maupun sesi sekolah agama. Ibubapa pula sibuk dengan kerja.

Jadi di masa cuti persekolahan beginilah antara masa yang sangat bagus untuk bersama-sama menghabiskan waktu yang berkualiti bersama-sama keluarga.

Aktiviti-aktiviti melancong bersama keluarga adalah satu idea yang sangat bagus. Banyak lokasi – lokasi yang menarik untuk dilawati di Malaysia. Cameron Highland (untuk aktiviti luar) dan Kidzania (aktiviti dalam bangunan) boleh anda pertimbangkan.

filem aksi melayu hebat masa kini

filem Rentap bakal menemui penonton pada 4 Disember 2014 nanti

Ataupun sekurang-kurangnya bawalah anak-anak menonton wayang bersama-sama. Banyak filem menarik sepanjang cuti sekolah ini. Antara filem yang menarik adalah filem aksi Parkour yang pertama difilemkan di Malaysia iaitu filem Rentap.

Parkour

Oh ya ada yang tak tahu apa itu Parkour?

Parkour bererti bergerak atau berpindah tempat dari point A ke point B secepat mungkin dengan menggunakan teknik tertentu dengan mengedepankan keindahan bergerak sekaligus diimbangi oleh kemampuan dari tubuh pelaku itu sendiri.

Sebenarnya Parkour sudah ada sejak dulu sebelum manusia mengenal kata “Parkour” itu sendiri. Tapi sukan ini dikenalkan ke seluruh dunia oleh seorang lelaki warganegara Perancis yang dikenal dengan nama David Belle. Dialah yang telah memperkenalkan sukan extreme ini ke seluruh dunia.

Sinopsis

Sedikit sinopsis filem ini:

Rashdan dan Rashid adalah dua orang adik beradik yang sangat mahir dalam Parkour. Walaupun kasar dan lasak pada perwatakannya, mereka sebenarnya baik dan berhati lembut.

Membesar sebagai anak yatim menyebabkan mereka amat mengambil berat tentang rumah anak yatim yang turut dihuni oleh mereka itu.

Rumah anak yatim tersebut dikendalikan oleh Zamri, juga seorang yang sangat baik dan penyayang tetapi mempunyai sejarah masa lampau yang hitam.

Masalah meruncing apabila masa lalu kembali menghantui Zamri. Seseorang daripada Kumpulan gangster Naga tiba-tiba muncul dan memaksa Zamri untuk menyembunyikan dadah di rumah anak yatim tersebut.

Anda Gemuk? Mahu Kurus? Klik Sini!

Bukan itu saja, dia telah mengambil Sofia, salah seorang daripada anak-anak yatim sebagai tebusan. Tanpa ada pilihan lain, Zamri terpaksa mengikut arahan lelaki tersebut.

Bertambah malang apabila adik beradik Rashdan dan Rashid tanpa sengaja mengepam dadah tersebut ke dalam mangkuk tandas.

Dengan kehidupan Sofia dalam bahaya, dua beradik ini memulakan misi untuk menyelamatkannya. Dengan bantuan seorang wartawan, Eliana, mereka mulakan usaha berbahaya untuk menumpaskan sindiket dadah tersebut.

Semuanya disertai dengan kemahiran aksi Parkour yang amat menakjubkan.

Trailer Rentap:

Pelakon

Filem ini yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang sedang meningkat naik seperti Zahril Adzim, Syafie Naswip dan Elfira Loy sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Menyandarkan tema kasih sayang sebagai nilai moral utamanya, filem ini dijangka dapat menyentuh hati penonton. Tambah menarik apabila filem ini mendedahkan kemahiran sukan Parkour yang masih baru untuk rakyat negara kita.

Jom sama-sama menonton filem ini yang bakal menemui penonton pada 4 Disember 2014.

Ini pula lagu runut bunyi Rentap:

Contest

Oh ya, pihak Double Vision, penerbit filem ini bermurah hati untuk memberikan 20 pasang tiket. Anda hanya perlu menjawab soalan ringkas dan tag kawan-kawan di Facebook anda untuk memenangi tiket-tiket ini.

Contest ini akan diwarwarkan di Fanpage sohoquedotcom dan akan dikongsikan oleh blogger-bogger kacak yang terpilih.

Tungguuuu!

11 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: