Movie Review: Jom Tonton The Amazing Spider-Man

Di TGV Cinema, Sunway Piramid

Hari Isnin (02/07/2012) yang lepas, aku dijemput lagi oleh Nuffnang ke event Premier Screening. Kali ni cerita Spider-Man.

Cerita Spider-Man kali ni lain sikit dari yang sebelumnya. Kali ni ia menceritakan tentang Peter Parker daripada semasa kecilnya. Ia menceritakan serba sedikit tentang ayah Peter Parker, Richard Parker yang aku tak ambil tahu pun sebelum ini.

Ayah Peter Parker

Richard Parker adalah seorang ahli sains yang mengkaji tentang DNA labah-labah. Suatu malam Richard Parker dan isterinya Mary Parker (emak Peter) bergegas mengemaskan barang-barang penting dan menuju ke rumah Uncle Ben (abang Richard). Setelah meninggalkan Peter di rumah Uncle Ben dan Aunt May, mereka terus menghilangkan diri, sehinggalah Peter membesar sebagai remaja yatim.

Uncle Ben dan Auntie May

Seorang yang lebih suka menyendiri dan sukakan fotografi Peter Parker sering dibuli oleh pelajar sekolah tinggi yang lain. Seperti remaja lain, Peter meminati Gwen Stacy, seorang pelajar perempuan di sekolah yang sama yang akan menjadi kekasihnya di pertengahan cerita ini.

Gwen Stacy

Peter dan Gwen

Cerita menjadi bertambah menarik apabila Peter menjumpai beg ayahnya yang menyimpan dokumen sulit tentang kajian DNA labah-labah ini.

Beg dan dokumen sulit yang ditemui di dalam beg

Penemuan itu membawa Peter ke Oscorp, syarikat di mana rakan sekerja Richard, Dr. Curt Connors yang kehilangan separuh tangan kanannya menyambung kajian yang pernah mereka buat sebelum Richard menghilangkan diri. Tapi kali ini kajian dibuat terhadap DNA cicak kerana binatang itu berupaya menumpuhkan kembali anggota badannya yang terputus. Ini mungkin boleh di aplikasikan kepada dirinya sendiri.

Di Oscorp juga, Peter Parker berjaya menyelinap ke kawasan kajian labah-labah. Seekor labah-labah di situ telah menggigitnya dan akibatnya DNA labah-labah kajian tersebut bercampur dengan DNA Peter. Hasilnya Peter menjadi Spider-Man.

Hasil persahabatan dengan Peter, Dr Curt Connors telah berjaya menyelesaikan masalah kepada kajiannya sebelum ini. Ini terjadi apabila Peter berjaya menyelesaikan formula yang terbantut dengan menyudahkan satu equation.

Dengan terhasilnya formula tersebut, Dr Curt telah berubah menjadi seorang yang jahat. Ini terjadi apabila dia menguji formula tersebut pada dirinya sendiri. Hasilnya tangan kanannya telah tumbuh kembali. Kesan sampingannya, bukan tangannya sahaja yang tumbuh, seluruh badannya telah berubah secara perlahan-lahan menjadi seperti seekor cicak gergasi. Malah, karektornya juga telah berubah daripada seorang yang baik kepada jahat.

Dr Curt yang berubah menjdi manusia cicak

Lizard Man/Manusia Cicak

Lizard Man, ataupun lelaki cicak inilah lawan Spider-Man dalam cerita ini.

Cerita ini agak menarik di separuh masa yang pertama di mana ia menceritakan tentang ayah Peter (yang aku tak tau pun sebelum ini). Ia menjadi bertambah menarik apabila menceritakan tentang hidup dan konflik yang dialami Peter sebagai anak yatim yang sering dibuli di sekolahnya.

Plot terus menarik bilamana Peter mendapat kuasa labah-labah dan belajar menggunakan kuasa tersebut untuk berusaha menjejaki pembunuh Uncle Ben.

Kebolehan Spiderman yang baru diketahui oleh Peter

Namun di separuh masa kedua plot ceritanya agak bosan sedikit bila ia menceritakan perubahan Dr Curt menjadi manusia cicak secara agak perlahan.

Seperti biasa, cerita adaptasi komik ini akan berakhir dengan happy ending. Spider-Man telah menyelamatkan orang awam daripada manusia cicak, manusia cicak ditangkap dan Peter mendapat cinta Gwen Stacy.

Pada aku, aku memberi 4 bintang daripada 5 untuk The Amazing Spider-Man ini. Kalau nak dibandingkan dengan The Avengers, The  Avengers lagi mantap.

Untuk penilaian pembaca eloklah korang tengok sendiri. Berbaloi untuk duit yang korang keluarkan untuk tontonan keluarga. Cuma ada beberapa babak ciuman yang agak berat antara Peter dan Gwen yang menjadikan aku teragak-agak untuk membawa anak lelaki yang berumur 9 tahun untuk menonton cerita ini nanti. Tak tau la kot-kot premier screening je ada babak tu dan selepas ni dicensorkan untuk tontonan umum.

So, 4 daripada 5 bintang! Selamat menonton.

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: