Jual Semula Pelaburan Unit Trust Sejauh Mana Keperluannya

borang jual semula unit trust

Gambar hiasan yang diambil dari website Google

Suatu hari saya dapat mesej dalam Whatsapp. Ianya daripada klien saya. Kata beliau dalam mesej tersebut:
“Ishak, aku mau jual semula pelaburan unit trust yang guna skim pelaburan dana persaraan wajib aku tu la. Biar ia masuk ke dalam skim tu semula…”

Saya balas:
“Kenapa Encik nak buat repurchase Unit Trust tu ya?”

Klien: “Aku nak jual semula pelaburan unit trust sebab aku tengok dan dengar pasaran (saham) sekarang kurang bagus… Macamana nak jual semula ya?”

Saya: “Ok, tak pe. Encik memang boleh jual semula pelaburan unit trust guna skim Pelaburan Dana Persaraan Wajib Encik tu. Tetapi borang jualan (repurchased form) tu ada pada saya. Saya tak boleh jualkan jika Encik tak turunkan tandatangan. So, bila kita boleh jumpa untuk saya uruskan jualan semula unit trust tu; Besok pagi ok tak Encik?”

Klien: “Eh esok pagi saya berkerja. Macamana nak jumpa awak?”

Saya: “Kalau macam tu, boleh tak Encik bagi satu tarikh dan masa untuk kita berjumpa dan bincang? Saya akan bawa borang repurchased untuk Encik tandatangani.

Klien: Ok… kalau macam tu kita jumpa hari Selasa minggu depan pukul 12 tengahari (merujuk kepada hari selasa minggu lepas). Ok tak?

Saya: Ok, Ok. so saya letak dalam kalendar appointent kita pada hari selasa minggu depan 23 Oktober 2012 jam 12 tghari. Ok set. Kita jumpa masa tu nanti.

Pagi Selasa yang dijanjikan saya pun menuju ke tempat yang dijanjikan iaitu di McDonald Wangsa Maju. Sepanjang perjalanan itu saya berselawat tidak putus-putus. Ini memang saya amalkan sebelum tiap-tiap kali saya berjumpa prospek ataupun klien. Terima kasih kepada Sifu saya En Bahrin kerana dialah yang ajarkan petua ini. Sila lihat SINI untuk tips menjadi Muslim yang hebat dengan berselawat ke atas nabi.

Saya berjumpa dengannya dan dia memang berhajat untuk membuat repurchased. Setelah bertanya sebab beliau ingin menjual semula unit trust guna skim pelaburan dana persaraan wajibnya, beliau menceritakan bahawa seminggu sebelum itu dia ada pergi ke pejabat yang menguruskan dana persaraan wajib untuk memeriksa transaksi pengeluaran duit akaun 2 untuk mengurangkan baki pinjaman rumah beliau. Alangkah terkejutnya beliau kerana mendapati akaun 1 beliau sedikit jumlahnya. Jadi beliau mahu menjual semula kerana bimbangkan akaun 1 nya yang makin sedikit.

Setelah meminta izin untuk saya tunjukkan laporan dana-dana yang dilaburkan di Syarikat Unit Trust No 1 ini, saya pun menerangkan semula objektif dan prestasi semasa dana-dana yang dilaburkannya. Rata-rata dana yang dilaburkannya berjumlah hampir RM200 ribusejak hampir 3 tahun lepas telah berkembang sehinggakan memberikan pulangan semasa sebanyak antara 12 – 18 peratus untuk 4 dana yang dilaburkannya. Kesemuanya menggunakan Skim Pelaburan Daripada Dana Persaraan Wajib beliau.

Saya tegaskan yang melabur di unit trust ini adalah untuk jangkamasa yang lama. Jika melabur menggunakan Skim Pelaburan Dana Persaraan Wajib, maka secara automatik objektif pelaburan adalah untuk persaraan yang selesa. Umur persaraan di Malaysia adalah 55 tahun. Jadi beliau mempunyai masa yang lama lagi iaitu 23 tahun lagi (beliau kini berumur 32 tahun) untuk dana-dananya terus berkembang. Dan dalam masa 23 tahun itu pasti duitnya akan berkembang berkali ganda dengan berlakunya penambahan unit percuma melalui “agihan” (distribution).

Saya juga turut memberikan tips untuk beliau menjana pulangan yang memuaskan hati beliau di dalam unit trust. Tips tersebut adalah:

  1. Melabur dalam jangkamasa panjang seperti yang dicadangkan dalam prospectus. Sekurang-kurangnya 3-5 tahun.
  2. Melabur dengan pelaburan ataupun simpanan berkala. Jika Skim Pelaburan Dana Persaraan Wajib, pelaburan hendaklah ditambah setiap 3 bulan. Jika melabur menggunakan tunai, pelaburan hendaklah ditambah secara disiplin setiap bulan untuk mengecapi konsep Ringgit Cost Averaging (konsep ini akan dibincangkan dalam blog saya tentang perancangan kewangan Islam – www.caknawang.wordpress.com)
  3. Asset Allocation/Asset Rebalance – iaitu membahagikan sebahagian keseluruhan pelaburan ke dalam dana bond atau money market. Contohnya meletakkan 30 peratus NAV ke dalam dana bond dan 70 peratus lagi dibiarkan di dalam dana equity
  4. Review – Pelaburan tadi akan di review bersama-sama antara klien dan consultant pada setiap tahun. Biasanya review akan dibuat setahun sekali jika tidak ada apa-apa perubahan yang “luarbiasa” pada pasaran saham kita.

Alhamdulillah klien faham dan menambahkan lagi pelaburan beliau kerana tarikh pengeluaran yang seterusnya (3 bulan sekali) telah sampai.

Daripada niatnya berjumpa saya untuk membuat repurchased, niatnya itu telah bertukar kepada azam yang lebih bersungguh-sungguh lagi untuk melarikan duit daripada investment yang tidak boleh dikawal ke pelaburan yang betul-betul islamik di dana-dana islamik unit trust.

Jadi, untuk Unit Trust Consultant, amalkan bacaan selawat ke atas nabi kerana ia akan menjadikan kita seorang yang hebat. Mana tidaknya Allah dan malaikatNya sendiri yang akan berselawat ketas orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Allah pula akan membalas selawat orang berselawat ke atas nabi sebanyak sekali dengan balasan 10 kali selawat. Subhanallah.

“Allahumma solli ‘alaa Saidina Muhammad,
Wa’alaa aalihi wa sahbihi wasallam”

6 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: