Ramadhan hampir tiba
Bulan puasa dah dekat dah. Buktinya aku dah banyak terima jemputan review buffet Ramadhan daripada hotel-hotel dan restoran-restoran yang ternama melalui blog makan dan travel aku, eXplorasa.
Apabila aku terima jemputan review buffet Ramadhan ni, yang bagusnya ia mengingatkan aku kepada bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan. Ia sangat membantu aku dalam proses peralihan jiwa di bulan biasa kepada jiwa si bulan yang penuh kemuliaan ini. Banyak yang perlu dibuat dari segi penyediaan diri.
Itu satu hal. Satu perkara lagi ialah persiapan hari raya. Ini juga dah kena ambil kira. Lambat membuat perancangan, tukang jahit dah tutup buku untuk ambil tempahan nanti.
Baju Melayu vs Jubah lelaki untuk hari raya
Tahun ni aku decide dah tak nak buat baju melayu dah. Baju melayu aku yang 3 tahun lepas pun masih dalam keadaan baru lagi. Memang jarang aku pakai baju melayu ni. Rasa macam membazir pulak buat setiap tahun. Tempah baju melayu ini bukannya murah. Sekali, tak selalu pulak aku pakai.
Jadi tahun ni aku dah buat keputusan. Tak nak buat baju melayu lagi. Aku nak pakai jubah pulak masa solat Hari Raya dan di Hari Raya pertama. Warna je aku akan cari yang sedondon dengan warna baju kurung anak dan isteri aku.
Tak sabar pulak nak bergambar bersama keluarga dengan jubah yang dibeli khas untuk hari raya ni nanti.
Majlis lepak santai bersama pengasas RizQ Design (RD)
Macam tau-tau je perancangan aku. Tiba-tiba aku dijemput ke Majlis Lepak Santai bersama pengasas butik RD yang berlangsung di Starbucks Desa Sri Hartamas bersama geng blogger yang lain daripada Kelab Blogger Ben Ashaari.
Kalau anda salah seorang rakan aku di Instagram, Facebook dan juga Twitter, anda mungkin perasan beberapa gambar jubah yang aku telah muat naik baru-baru ini.
Di majlis tersebut, kami diberi penerangan tentang Jubah Lelaki Moden hasil rekaan butik RD dan juga perancangan mereka sempena musim raya yang bakal menjelang tiba.
Di majlis tersebut juga kami diperlihatkan dengan rekaan jubah ini yang diilham dan dikeluarkan oleh butiknya. Kami dapat mencuba sendiri jubah ini untuk merasa kelembutan fabriknya dan keunikan rekaannya.
Open Day / Hari Terbuka
Untuk anda yang berminat untuk menjadi ejen / dropship Jubah ini dan ingin melihat dan mencuba sendiri koleksi jubah ini serta kurta sempena Raya 2016 ini, anda boleh datang beramai-ramai ke hari terbuka seperti butiran di bawah:
Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016
Masa: 10 pagi – 8 malam
Lokasi: Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam
Kadar keuntungan yang menarik menanti ejen, bermula dari 20% sehingga 50%. Ejen boleh mula membuat PRE-ORDER bermula 30 April 2016 dan stok dijangka tiba pada 1 Jun 2016.
Projek istimewa
Di sana nanti anda juga akan dapat melihat sendiri kolaborasi butik RD dengan Hafidz Roshdi
Harga Jualan
Harga jualan bagi koleksi jubah ini dan juga kurta moden ini bermula dari RM109++ sehingga RM229++.
Untuk jubah ini, terdapat 3 koleksi jubah dengan 10 pilihan warna setiap koleksi. Manakala untuk Kurta pula ada 1 koleksi kurta moden dengan 10 pilihan warna.
Saiz pula bermula dari saiz S sehingga XXL.
Jualan akan bermula pada 1 June 2016. Jadi anda bolehlah bersiap sedia dengan bajet dan sebagainya mulai sekarang.
Info lanjut:
Instagram: JubahLelakiModen
Facebook: JubahLelakiRizq
Komen Sohoque dot com
Secara personal, aku suka dengan reka bentuk jubah ini. Simple tetapi unik. Koleksi warna pun menarik.
Kepada yang punya sama niat dengan aku untuk beraya dengan jubah tahun ni, anda boleh la datang sendiri ke Hari Terbuka butik ini untuk merasai sendiri keselesaan kain dan keunikan rekaannya.
Moga Jubah Lelaki Moden menjadi penyelesaian dalam pencarian baju raya anda.
p/s: macamana la perjalanan balik kampung untuk hari raya tahun ni agaknya? Jalan jem macam tahun dulu ke tak ek…
rasa macam nak suruh hasben pakai kurta je la raya ni. xyah baju melayu. hehehehe
YB Shehan recently posted..KENA PATUK ANGSA
husband slim.. ok la pakai kurta
Menariklah Jubah Lelaki Moden ni… Sesuai untuk dipakai masa sembahyang raya nanti..
Anuar recently posted..Mama Homestay di Skudai, Johor
yup.. ada sedikit kelainan
memang menarik design jubah dia, lain dr lain.. berkenan nak beli untuk husband ni..
haah.. ok la.. husband pun slim. sesuai pakai jubah lelaki moden ni
Yes!, ini antara baju melayu or raya yang Smart untuk tahun ini. Pening nak pilih la lepas ni sama ada Elrah ke or yang ni,. 😀
hahahaha.. pilih jer yg kita blh pakai setiap masa. jgn blh pakai masa raya jer
Maju yang warna merah itu seperti baju-baju para petarung di film kungfu china 😀
tak enak di pakai di hari raya
hahaha.. ya.. begitulah kelihatannya
hiyaakkkk.. eheheh
hehehhe… kungfu ek?
Abam sohoq dah try lum?
belum.. tp mcm tak muat jer.. esp tang perut
yang merah bagus ! ^_^
hahaha macam Ip Man
Lama-lama tengok smart jugak jubah ni…
Bonde BZ recently posted..TONTON ONLINE FULL EPISOD [ DUDA TERLAJAK LARIS]
kalau kena dengan pemakai sudah pasti smart bonda
wow, best nye jubah lelaki tu. Look handsome lah heeeee
gamis modern recently posted..99 Gambar Model Baju Terbaru Untuk Wanita Modis Dan Cantik