Peratusan Kadar Stress Mengikut Pekerjaan di Malaysia

peratus stress ikut kerja

Merujuk kepada posting terdahulu aku pasal stress. Ini adalah keratan akhbar yang aku copy daripada Facebook Fanpage Busuk. Terima kasih Busuk..!

Kalau diamati, kerja sebagai guru menduduki tangga ke 4. Kesian guru ya.. Banyak sangat kerja diorang ni kot. Terpaksa melayan karenah anak-anak murid yang semakin “kurang ajar” lagi (dibandingkan dengan zaman aku menjadi anak murid dahulu). Nak dipukul takut kena report polis dan disaman. Serba salah jadinya.

Kalau dulu mak ayah kita serahkan kita kepada guru dengan pesan: “cikgu buatla yang terbaik yang cikgu rasa baik untuk anak saya. Kalau perlu pukul, pukullah dia. Cuma jangan bagi buta dan cacat sudah la..” Agak-agak ibu bapa sekarang berani tak cakap macam tu dengan cikgu…? 😆

Profesion Doktor pun masuk dalam senarai iaitu di tempat ke 6. pihak berwajib kena buat sesuatu ni. Baru-baru ni pun kita dapati seorang doktor ditemui mati di dalam bilik air. Apakah itu kesan daripada stress? Fikir-fikirkan.

Jadi kepada yang beragama Islam, cubalah belajar mendekatkan diri dengan Allah. Baca Quran setiap hari dengan khusyuk. Nescaya ketenangan yang dicari akan menyusul. Kalau tak percaya cubalah amalkan. Sebab ini adalah janjiNya dalam Quran dan Dia tak akan sesekali mengingkari janji.

Bacalah juga doa di dalam posting saya yang lalu. Wallahua’lam. Moga kita semua dijaga oleh Allah daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama dan fitrah semulajadi kita.

1 comment

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: