Kalau Dah Rezeki Kita Memang Tak Kemana

Kalau dah rezeki kita takkan kemana

Kalau dah rezeki kita memang tak kemana

Rezeki untuk kita memang telah Allah tetapkan. Namun kita kena berusaha untuk dapatkannya. Burung kena keluar berpagi-pagi dari sarangnya untuk mencari rezeki. Jika ia tunggu di sarangnya rezeki tak akan datang kepadanya. Begitu jug kita.

Kalau dah rezeki kita memang ia takkan ke mana. Kalau ia ditetapkan bukan rezeki kita, makanan yang disuap ke dalam mulut pun akan termuntah kembali.

Dua hari lepas, aku ada set appointment dengan prospek klien yang baru untuk berjumpa dan berbincang berkenaan Perancangan Kewangan Islam secara am dan pelaburan jangka masa panjang Unit Trust khasnya.

Prospek klien ini dicadangkan oleh referral aku yang sudah lama menjadi klien Unit Trust aku. Sebelum ini pun dah ramai yang referral aku ni bagi nombor telefon rakan-rakannya untuk aku hubungi dan berbincang tentang ilmu Unit Trust ini. Rata-rata kawan-kawannya ini terlebih dahulu mendapat penerangan secara ringkas tentang Unit Trust. Ini memang amat menyenangkan kerja aku. Dan setakat ini orang yang beliau refer kepada aku semuanya bersetuju menjadi klien aku.

Appoinment yang ditetapkan dengan prospek klien tersebut adalah pada pukul 10.30 pagi di kilang tempat beliau berkerja di Bangi.

Namun pada waktu yang dijanjikan itu aku menghadapi masalah di pejabat Takaful Malaysia di Darul Takaful, Jalan Sultan Sulaiman. Ini adalah kerana borang autodebit Bank Islam yang telah ditandatangani oleh klien telah ditukar kepada borang yang baru. Oleh itu aku perlu mendapatkan semula tandatangan klien tersebut pada borang yang baru.

Oleh kerana klien hendakkan borang permohonannya dihantar pada hari itu juga maka aku terpaksa selesaikan hal-hal yang berkaitan pada hari itu juga.

Menyedari kelewatan yang bakal aku hadapi, aku lantas menghubungi prospek klien tadi dan menangguhkan masa pertemuan kami. Prospek klien tersebut meminta pukul 12.30 tengahari kerana masa tersebut beliau boleh keluar makan tengahari.

Kita hanya mampu merancang. Tetapi yang Maha Mengatur adalah Allah swt. Pukul 12.30 tengahari aku masih di KL kerana urusan Takaful tersebut masih belum selesai.

Sekali lagi aku dengan rasa bersalah menghubungi prospek klien tadi meminta tangguhkan perjumpaan kami. Aku mencadangkan keesokan harinya sahaja. Namun beliau tetap berkeras mahu menyelesaikannya pada hari itu juga. Ini kerana katanya beliau telah siapkan cek untuk pelaburan pertama. Aku terpaksa akur. Client is always right.

Urusan di Darul Takaful selesai pada pukul 3 petang. Pukul 3.10 petang aku sudah berada di Highway Kl- Seremban. Syukur, pada masa itu jalan agak tenang. Aku memecut laju tanpa menghiraukan AES. Aku pasrah. Malu sangat dah aku dengan prospek klien yang aku belum pernah jumpa ni.

aku sampai di Plaza Tol Bangi tepat pada pukul 3.30 petang. Lepas jer Plaza Tol bangi aku dengar macam ada bunyi yang pelik kat depan bumper kereta aku. Aku hentikan kereta untuk memeriksa. Nah! Bumper kereta aku terlondeh dan bergesel pada tayar. Aduuh. Ini memang benar-benar dugaan, detik hati kecilku.

Aku terpaksa mengikat bumper yang tercabut skru tadi dengan tali tag nama yang ada di dalam kereta aku. Kemudian aku teruskan perjalanan.

Nasib baik ada tali ni...

Nasib baik ada tali ni…

Aku sampai di depan kilang tempat prospek klien aku berkerja tepat jam 3.45 petang. Dan alhamdulillah beliau sedia menanti aku dengan sebuah senyuman mesra. Aku serta merta menjadi lega seleganya kerana aku tau mungkin aku tidak akan dimarahi.

Kami ambil tempat untuk berbincang. Perbincangan hanya mengambil masa 15 minit sahaja sebelum beliau menyerahkan cek bernilai RM10,000 untuk melabur di dalam dana Islamik dengan syarikat Unit Trust aku bernaung. Alhamdulillah.

Sambil bersetuju dengan penerangan aku tentang pentingnya membuat simpanan pelaburan secara berdisiplin untuk memaksimakan lagi keuntungan, beliau lantas bersetuju untuk membuat potongan secara tetap daripada akaun simpanan Maybanknya.

kalau dah rezeki kita memang tak kemana. Itu memang tuhan telah tetapkan. Namun jika aku ambil keputusan untuk tidak pergi dan berjumpa klien tersebut, memang rezeki itu tak akan datang kepadaku.

Selepas itu itu baru berkesempatan tunaikan solat Zohor. Waktu Z0hor sudah akhir sangat dah. Sesudah solat sempat aku buat sujud syukur kerana di atas rezeki yang dikurniakanNya. Yang paling penting syukur kerana aku masih sempat tunaikan kewajipan terbesar aku sebagai seorang Islam iaitu solat Zohor.

Alhamdulillah. Kalau dah rezeki kita memang tak kemana. Aku syukur pada mu Ya Allah.

 

Nota:

Cuba renungkan, ini mungkin balasan Allah kepada kita di atas amalan murah rezeki kita iaitu bersedeqah. Memang jika kita selalu bersedeqah Allah akan tolong kita dapatkan rezeki dari sumber dan keadaan yang tidak disangka-sangka. Mungkin juga kerana amalan ini. Ataupun Amalan ini. Wallahua’lam. Itu semua Allah punya kuasa.

26 comments

    • sohoque 17 January, 2013 at 08:47 Reply

      alhamdulillah atas nikmat dariNya. kdg2 nikmat juga ujian dariNya. nak tgk kita syukur ke tak. maksud ayat quran:”jika sekiranya kamu bersyukur nescaya kami akan tambahkan lg (nikmat), sekiranya kamu kufur (x bersyukur) sesungguhnya azab Ku amatlah pedih”

  1. Dunia Blogging Perlukan Bukti 17 January, 2013 at 15:24 Reply

    […] Bagi mereka yang teringin untuk menaikkan traffik, psikologi mempamerkan bukti adalah salah satu daripada cara yang amat berkesan. Jangan fikrikan mengenai orang lain, bina identiti blog anda. dan yang paling utama adalah anda sendiri kena RAJIN dan setiasa berusaha isyallah macam kata blogger Sohoque – Kalau dah rezeki kita memang ia takkan ke mana. […]

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: