Lagi Pendedahan Saiful Apek Tentang David Teoh

Nampaknya semakin menjadi-jadi pertikaian di antara Saiful Apek dan David Teoh ni.

Ini adalah rentetan daripada kenyataan arwah Bob sebelum ini yang mendedahkan beliau tidak dibayar oleh David Teoh. Keadaan menjadi semakin panas apabila David Teoh menjawab di media massa yang mengatakan sebaliknya dengan menggunakan kata-kata berbaur sindiran. Antaranya beliau mengatakan Bob Kuman meminta sedekah. Ini menaikkan lagi kemarahan Saiful Apek yang juga merupakan sahabat karib arwah Bob. David Teoh kemudiannya mengeluarkan lagi kenyataan di akhbar. Kali ini beliau memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kata-kata yang dikeluarkan amatlah halus dan tersusun rapi persis orang yang beragama Islam. Ikuti kenyataan maaf David Teoh di sini.

Aku ingat isu ni habis macam tu jer. Rupanya tidak. Kini, status terbaru dari Facebook Saiful Apek telah terang-terang David Teo tidak membayarnya untuk dua filem ini, Lady Boss dan Anak Mami Kembali. Apek juga mengatakan demi Allah dia tidak berbohong sehingga sanggup mohon agar nyawanya dicabut Allah (jika dia berbohong). Ini adalah amat serius sehingga nyawa menjadi pertaruhan.

Namun aku tidak mau membuat apa-apa spekulasi dan hukuman siapa yang salah. Kita tunggu pula penjelasan David Teoh.

Sumber

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: