Kata Kunci Yang Sedang Hangat Masa Kini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ingat tak entri daripada Denaihati pasal kata tentang penjanaan trafik melalui kata kunci? (Anda boleh rujuk di sini). Saya telah pun mencuba dengan memasukkan kata kunci bermusim di dalam entri ini. Dan hasilnya telah saya bincangkan di dalam entri ini.

Tahu tak apa kata kunci yang sedang hangat masa kini? Apa peristiwa besar yang sedang dinantikan oleh rakyat Malaysia? Ya Pilihan Raya ke 13 (PRU 13).

Seperti yang kita semua ketahui Pilihan Raya ke 13 sudah semakin hampir. Ia akan diumumkan tarikhnya pada sebarang masa sekarang.

Di dunia nyata, kita sudah nampak tanda-tanda ianya semakin dekat. Suratkhabar terutama pro kerajaan sudah mula menekankan isu-isu yang agak kontroversi membabitkan pembangkang. Perang bendera juga mula kelihatan. Isu-isu sensitif yang melibatkan lawan masing-masing di antara parti pro kerajaan dan pembangkang mula di mainkan.

Kepada rakyat jelata, mereka mula tercari-cari bilakah masa akan diumumkan tarikh sebenar pilihan raya. Apakah langkah-langkah yang perlu mereka buat untuk menghadapi pilihan raya. Mereka juga mula menyemak tempat di mana mereka seharusnya mengundi.

Jadi, salah satu kata kunci yang sedang hangat masa kini selain daripada Pilihan Raya ke 13 ialah “semak tempat mengundi”.

Buktinya hampir 3 suku keyword yang singgah di blog saya adalah semak tempat mengundi. Entri ini memang saya buat khas untuk cara-cara menyemak tempat mengundi.

 Kata Kunci Yang Sedang Hangat Masa Kini

Graf menunjukkan kata kunci yang paling hangat masa kini adalah “semak tempat mengundi”

 Kata Kunci Yang Sedang Hangat Masa Kini

Kata kunci “semak tempat mengundi” menduduki carta teratas

Jadi terbukti “semak tempat mengundi” adalah kata kunci yang sedang hangat masa kini. Itulah kehebatan kata kunci bermusim. Ia akan menjadi hangat bila tiba musimnya.

 

601 total views, 1 views today

Comments

  1. maybe constant hot sekurang2nya 2-3 bulan terdekat ni. hehe
    Faris Al-Muhandisu recently posted..Pengalaman Membeli-belah Secara OnlineMy Profile

  2. hebat! sy jrg sangat bermain dgn keyword ni, no wonder bila join contest SEO kalah.haha!
    MK Kimi recently posted..Tausiyyah Perdana Bersama Habib Ali Zaenal Abidin & Al-MawlidMy Profile

  3. aduhai, tak semak tmpat mengundi lagi nie.

  4. Salam manis buat En Sohoque :)

    Itulah hakikat..bila dh dekat-dekat.. :D
    UmmiKami recently posted..Pantun Adatlah Orang….My Profile

  5. time nak pilihanraya ni, mmg byk masuk ni.. ehhee
    fiezaradzi recently posted..Makan Cendol di Acu Sup UtaraMy Profile

Trackbacks

  1. […] Raya Umum Ke-13 (PRU 13) sudah semakin hampir. Bahang-bahangnya sudah semakin terasa. Antara bahang-bahang PRU 13 ialah kerapnya berita tentang politik diulang […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam