Kecuaian Orang Lain, Kifarah Dosa Kita

Honda Civic aku

Honda Civic aku

Tak ramai orang yang nak sedar akan hal kifarah dosa ni. Setiap ujian yang datang sebenarnya ada hikmah disebaliknya. Atas orang yang diuji je sedar atau tidak.

Salah satu hikmahnya ialah ia menjadi kifarah kepada dosa-dosa kecil kita. Bermakna dosa tersebut sudah dibalas ataupun dihukum di atas dunia lagi. Di akhirat nanti kita tak perlu lagi menggalas dosa tersebut untuk diadili di mahkamah mahsyar.

Ada hadith tentang hal ini kalau tak silap aku.

Tadi selepas meeting untuk projek “online magazine” di bernama aku terlibat dalam kemalangan kecil. Honda civic aku dilanggar oleh sebuah coach membawa budak sekolah tadika.

Tiba di tempat pusingan u jalan tun razak untuk ke jalan yap kwan seng aku seperti biasa memperlehankan kereta aku untuk memberi laluan kepada kereta dari jalan yang aku ingin masuki.

Tetiber dummm! Bergegar kereta aku. Dari cermin pandang belakang aku lihat coach warna putih telah menghentam kereta aku dari belakang.

sikit je kena

sikit je kena

Aku lantas keluar. Apabila aku lihat dalam coach tersebut ada ramai budak-budak tadika dan muka pemandunya macam baik je dan berkali-kali meminta maaf, aku terus sejuk hati.

Jadi aku malas nak cakap banyak. Aku hanya bagitau yang aku akan terus pergi ke balai untuk buat report sebab aku nak buat tuntutan insurans.

Aku redha. Dah benda nak jadi. Bukan salah aku pun. Dan bukan kehendak pemandu tu pun nak langgar kereta aku. So aku berlapang dada…

Sekurang-kurangnya terhapus sudah dosa kecil aku. Dan moga aku mendapat pahala atas kesabaran aku.

Tips pemanduan berhemah

Jadi tips untuk pemandu lain untuk pemanduan berhemah, jika anda berada di belakang kenderaan lain di simpang ataupun persimpangan pusingan u seperti tempat aku kena tadi tu, janganlah duk sibuk tengok kiri kanan. Perhatikan kereta di depan dahulu.

Bila kereta depan dah keluar ke jalan utama, barulah anda lihat kiri untuk memastikan kereta lain masih jauh untuk kita membuat pusingan u.

Tips ni nampak biasa tetapi ramai yang lalai. Banyak kemalangan yang berlaku disebabkan sikap cuai ini.

11 comments

  1. aimannajmy 6 April, 2016 at 13:31 Reply

    Bertabahlah sahabat.. dugaan dunia ini penuh pancaroba.. kesabaran kita hidup di dunia ini disebabkan adanya something yang menanti kita selepas kematian.. andai tiada alam akhirat.. mana mungkin manusia mampu bertahan hidup di dunia.. Allah itu Maha Adil
    aimannajmy recently posted..Bagaimana cara membuat emailMy Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: