Kelas Tutorial Bina Blog, Tawaran Datang Lagi

Tawaran untuk buat kelas tutorial bina blog datang lagi.Tadi masa minum sambil update blog di restoren Raffi Bistro Section 13 Shah Alam, aku didatangi oleh seorang kenalan di Takaful Malaysia. Beliau juga adalah seorang Takaful Consultant. Bersama beliau ialah 2 org rakannya daripada industri MLM.

Selepas bertegur sapa seketika mereka memilih untuk duduk semeja dengan ku. Pelbagai cerita yang kami bualkan daripada financial planning issues, MLM industry sehingga ke topik blog.

Antara yang aku tekankan kepada mereka ialah betapa ruginya jika perniagaan kita tidak di promosikan melalui perantaraan internet seperti website, blog dan Facebook fanpage. Ini kerana kebanyakan prospek klien atau pelanggan di zaman sekarang akan lebih cenderung mencari maklumat barang yang mereka kehendaki pertama kalinya melalui internet, terutama bagi golongan “Gen Y” iaitu yang berumur lingkungan 40 tahun ke bawah.

Ditambah pula dengan lahirnya smartphone yang mana internet berada di hujung jari. Begitulah lajunya informasi bergerak pada zaman sekarang.

Jadi jika peniaga tidak menggunakan peluang ini dan tidak bergerak seiringan dengan teknology maklumat maka dia sudah terlepas daripada satu cara yang amat efektif untuk memperkenalkan syarikat atau produknya kepada orang ramai di luar sana.

Membina laman sesawang atau blog ini bolehlah diibaratkan seperti membuka sebuah kedai dimana orang ramai ataupun bakal pelanggannya boleh masuk ke dalam kedai untuk melihat dan mencari maklumat barangan yang mereka suka. Mereka juga boleh membeli barangan yang mereka mahu itu di kedai kita. Dan yang paling menarik, kedai kita ini tak pernah ditutup. Ianya beroperasi 24/7/365 (24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun). Jadi kita mungkin akan ketinggalan di sedikit masa akan datang jika kita tidak berupaya mengikut arus aliran teknology maklumat yang bergerak laju.

Menyedari kepentingan itu, mereka amat berminat untuk mempunyai blog sendiri apatah lagi selepas melihat blog sohoque.com.

 

Cuma yang menjadi masalah kepada mereka ialah mereka tiada kemahiran untuk melahirkan satu blog untuk bisnes mereka. Dari situlah timbulnya cadangan dan tawaran mereka kepada saya untuk buat satu kelas tutorial bina blog.

Saya secara dasarnya bersetuju dengan tawaran mereka itu. Apatah lagi mereka akan memberi saya sedikit income sebagai token of appreciation. Chewaaah.. macam kelas je istilah. Yang sebenarnya tutorial fee. 🙂

Cuma sekarang ini saya sedang buat sedikit proposal tentang kelas tutorial bina blog yang akan diadakan nanti. Kalau tidak ada aral, mungkin di akhir bulan ini. Itu pun jika mereka setuju dengan proposal saya nanti yang akan mencakupi silibus yang akan dicover dan fee (murah je) yang dikenakan.

Saya sebenarnya seorang yang amat suka berkongsi ilmu yang ada pada saya, Ilmu ini pun adalah pinjaman Allah. Bukan hak saya. Dan jika dikongsikan akan lebih berkat ilmu tersebut. Pepatah arab ada mengatakan: “Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah”. Sekurang-kurangnya hidup kita ni boleh memberi manfaat kepada orang lain. Cuma fee dikenakan untuk menjadikan ilmu ini mahal dan bukannya ilmu murahan. Jika peserta merasakan tutorial ini murahan maka tiada kesungguhan dalam diri untuk mereka belajar. Ini hanya akan menghabiskan air liur dan menyerakkan suara saya sahaja.

Jadi, jika diizinkan Allah akhir bulan ini akan bermulalah kelas tutorial bina blog oleh saya. Mungkin saya akan memanggil Mr Jocko untuk membantu.

Kepada pembaca diluar sana jika ada yang ingin belajar bagitu la saya ya. Guna page Contact untuk hubungi saya pun tak apa. ataupun terus emel kepada saya: sohoque@gmail.com.

 

Alhamdulillah dan wallahua’lam.

Contact

5 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: