dialog-p-ramlee

Kelas WordPress Essentials & Master Terbaik

dialog-p-ramlee

Belajar dari guru yang betul akan menjimatkan masa dan lebih berkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah aku ceritakan dulu di entri Jangan Sertai Kelas Junior dan Master WordPress Anjuran Denaihati dan aku nak ceritakan lagi di sini. Nasihat aku kepada yang nak belajar buat blog ataupun yang nak cari duit melalui blog. Belajarlah daripada mereka yang bergelar guru.

Jangan jadi macam aku. Aku pernah menghabiskan masa selama setahun cuba untuk memantapkan blog ini dengan cuba belajar sendiri. Disebabkan ilmu aku yang sejengkal, blog aku tidak kemana di dalam lautan industri blogging yang tak terduga kedalamannya. Tiada yang aku mampu berbangga dengan blog aku selama setahun itu. Syok sendiri ada la. Tiada asas dalam bidang pengaturcaraan laman web juga mungkin menjadi salah satu faktor kegagalan tersebut.

Tapi Alhamdulillah, aku berjaya mengubah minda dan cara fikir aku. Aku digerakkan hati oleh Allah untuk mendaftar kelas WordPress Essentials & Master anjuran Akademi Denaihati. Itulah turning point aku dalam dunia blogging.

Tindakan aku itu ternyata tepat. Ia telah merubah banyak benda di dalam diri aku tentang blog. Cara fikir, teknik blogging yang betul termasuk bagaimana menghasilkan headline atau tajuk yang menarik, bagaimana nak mencari pendapatan tambahan dengan blog, Copy Writing dan macam-macam lagi telah berubah berbanding dahulu.

Bukan aku sahaja yang mengambil keputusan begitu. Mohd Najib Asaddok, seorang internet marketer yang tidak asing lagi juga telah mengambil keputusan seperti aku masa beliau mula-mula menceburkan diri di dalam dunia pemasaran internet dulu.

Saya cuma nak share satu pengalaman saya dulu-dulu. Di awal pembabitan saya dalam perniagaan online ni saya ambil sikap untuk belajar sendiri tanpa pergi berguru secara terus dengan guru/pakar bidang ini.

Hasilnya selama hampir 2 tahun tiada sebarang hasil yang saya perolehi hanya berlambak ebook dan video yang saya beli. Memang payah bila belajar sendiri.

Bila saya fikir semula zaman sekolah pun kita datang ke kelas/sekolah untuk belajar. Saya pun buat keputusan untuk menyertai kelas/seminar/worksyop dengan mereka yang pakar dan berpengalaman.

Alhamdulillah saya tak ambil masa yang panjang untuk mula menuai hasil yang lumayan. Rupanya belajar secara terus dan berguru ni tinggi keberkatannya. Ilmu pun senang masuk ke dalam minda kita… ~ Mohd Najib Asaddok

kenyataan-mohd-najib-asaddok

Nasihat daripada Mohd Najib Asaddok pakar affiliate Malaysia

Kos

Memang betul. Berguru di zaman sekarang memerlukan kos yang tertentu. Dan jika melihat sekali lalu, kos tersebut mungkin agak besar terutama bagi yang mula berjinak-jinak di dalam dunia blogging.

Kos memang tak boleh kita pertikaikan. Ini adalah kerana guru yang mengajar juga perlu menanggung kos. Kos sewa dewan tempat mengajar, kos masa yang beliau telah habiskan mengajar kita, dan yang paling penting kos sara hidup beliau dan keluarga yang perlu beliau sediakan.

kos-belajar-blog

yuran kelas wordpress essential dan master yang lebih murah berbanding dengan tempat lain

Namun percayalah… Kos yang dikenakan tersebut amat kecil jika dibandingkan dengan ilmu yang kita dapat yang akan berguna seumur hidup. Kos tersebut sekejap sahaja akan diimbangi dengan pendapatan yang bakal anda raih dengan pendapatan daripada blog anda nanti.

Masa

Ini juga juga menjadi sebab kenapa orang tidak sanggup menyertai kelas blog ini. Setiap sesuatu memerlukan pengorbanan. Tambah-tambah lagi sesuatu yang amat berharga seperti ilmu blogging yang bakal diperolehi melalui kelas blog ini.

Bukan lama pun masa yang harus anda korbankan. Paling lama pun 2 hari. Ambillah cuti bagi yang berkerja. Inilah peluang untuk anda memajukan diri dalam dunia blog yang anda ceburi atau bakal ceburi.

Blog sebagai alat untuk lariskan jualan

Anda boleh meningkatan jualan anda dengan menggunakan blog. Ramai yang telah tersalah anggap fungsi blog dalam pemasaran online. Blog boleh digunakan untuk memasarkan perniagaan anda sekiranya dibuat dengan betul. Segalanya tentang ini akan anda pelajari di dalam kelas blog ini.

Salah satu caranya ialah dengan menggunakan teknik Search Engine Optimization (SEO). Kata kunci anda yang berada di muka surat pertama enjin carian Google ini akan mempercepatkan jualan anda. Kata kunci yang tidak dioptimasikan dengan baik akan membuatkan entri ataupun artikel anda terperosok jauh ke muka surat (page) bawahan. Ini menyukarkan pembaca menemui artikel anda dan seterusnya menyukarkan artikel ini bertukar menjadi jualan.

Dapatkan ebook: Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang terlaris di pasaran!!!

Pemasaran melalui blog

Pemasaran melalui blog boleh mendatangkan kesan yang baik dan berpanjangan seperti berikut:

  • Anda boleh membina perhubungan yang baik dengan pelanggan dan bakal pelanggan.
  • Pelanggan akan dapat mengenali dengan lebih dekat produk dan empunya perniagaan.
  • Anda boleh menggunakan teknik pemasaran percuma melalui Google
  • Mendapat pelanggan yang targeted dan khusus untuk produk atau perkhidmatan anda.

Bagaimana membina blog yang baik?

Akademi Denaihati ada kongsikan cara bagaimana membina blog yang baik dan apa teknik-teknik dan strategi asas untuk membuat pemasaran melalui blog di dalam kelas blog ini. Berikut adalah tarikh kelas blog ini:

  • 6 September 2014 – Kelas WordPress Essentials
  • 7 September 2014 – Kelas WordPress Master

Sekiranya anda berminat, boleh mendaftar di halaman berikut:

http://akademi.denaihati.my

Selamat belajar. Moga apa yang aku kongsikan ini membawa manfaat kepada semua. Kongsikan kepada rakan-rakan yang lain juga dengan menggunakan button media sosial dibawah. Mana tau mereka berminat untuk membuat duit ataupun menambahkan jualan mereka dengan menggunakan blog.

11 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: