berbuka-puasa-di-masjid

kenapa saya memilih untuk berbuka di masjid

masjid-bukit-jelutong-shah-alam

Kenapa berbuka puasa di masjid?

Apa kelebihan berbuka di masjid di bulan Ramadhan?

Dulu semasa masih belajar di pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya (Lembah Pantai), aku selalu berbuka puasa di bulan Ramadhan di masjid dengan rakan-rakan.

Antara masjid yang jadi tumpuan aku dan kawan-kawan adalah masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar. Pertama sebab masjid tu terletak tak berapa jauh daripada tempat aku belajar. Sebab yang lain pula adalah masjid tersebut besar dan selesa.

Ahli qariah di bangsar ni pula terdiri daripada orang-orang kaya. Jadi dana untuk masjid banyak. Makanan untuk berbuka puasa memang best dan sedap. Nasi beriani tu satu perkara biasa.

Sebagai seorang pelajar, dengan cara berbuka puasa di masjid ini memang dapat jimatkan perbelanjaan aku. Masa tu memang kena berjimat. Kesian mak dan ayah aku kat kampung nanti nak cari duit untuk aku.

berbuka-puasa-di-masjid

Masa tu aku tak nampak sangat apa kelebihan orang yang berbuka di masjid di bulan Ramadhan ni. Apa yang aku nampak adalah aku dapat berjimat cermat di bulan puasa.

Sehinggalah baru-baru ini aku dapat mesej daripada whatsapp group menceritakan tentang kelebihan ini.

**********************************

Ini mesej whatsapp group tersebut:

Satu hari dalam bulan Ramadhan seorang jutawan ajak saya berbincang berkenaan bisnes di sebuah hotel terkemuka. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Saya bertanya kepada tuan haji jutawan ini:

“Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ya”

Beliau jawab:

“InshaaALLAH sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka”

Saya kehairanan lalu bertanya kenapa.

Beliau menjawab : “Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam … tengok-tngok dah azan..RUGI..!”

“Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya minta masa dekat nak berbuka, alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, alhamdulillah makbul”.

berdoa di ambang waktu berbuka puasa adalah antara waktu yang paling makbul doanya

berdoa di ambang waktu berbuka puasa adalah antara waktu yang paling makbul doanya

“RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan masa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa”

Tambah beliau dalam loghat Utara campur Kelantan….

“Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib ..”

Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun… Allahu akbar….!!!” kata beliau lagi….

“Buatlah … inshaaALLAH lain you rasa…dan inshaaALLAH apa hajat you akan tercapai… inshaaALLAH ” Akhiri beliau. Saya senyap sepanjang perbualan.

Tergamam dengan hidayah yang ALLAH bagi melalui tuan hj jutawan tersebut.

Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati.

Beliau seorang jutawan, tiada masalah untuk beliau mendapatkan hidangan mewah 5 bintang di hotel-hotel terkemuka, atau menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadhan.Tapi beliau memilih untuk mengajak ahli keluarga “mengejar” bonus rahmat ALLAH yang ALLAH sediakan seluasnya saat hampir waktu berbuka.

Saya terbanding diri saya dengan beliau.

Saya rasa malu pada ALLAH waktu itu, ya memang setiap kali berbuka saya sibuk dengan persiapan dan finishing last minit, buah lah, air lah, kuih tak potong lagi lah, cedok nasi lah.

Memang hal kecil-kecil ni tak sengaja menyibukkan saya setiap kali berbuka di rumah sendiri. Lalu akhirnya saya decide untuk CHANGE !

1) Saya DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga.

2) Saya DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, alhamdulillah ALLAH kabulkan doa ini, yang saya minta saat menjelang waktu berbuka.

Terima kasih tuan hj jutawan atas tarbiyah yang tuan sisipkan.Sampai hari ni saya amalkan, berlimpah ruahlah pahala buat tuan….

Semoga sharing saya ni menjawab persoalan tentang kenapa saya memilih untuk berbuka di masjid. Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana-mana amal soleh yang DIA suka dan redha bila saya buat. Saya berdoa agar setiap amal soleh saya diterima oleh ALLAH walau banyak cela dan tak sempurna.

*******************************************

Subhanallah.. Aku pun baru tersedar tentang kelebihan ini selepas membaca mesej whatsapp ini. Aku pun berazam untuk berbuka puasa di masjid pada masa-masa akan datang. Jika tak dapat selalu pun, sesekali aku akan bawa keluarga aku ke masjid untuk berbuka puasa.

Alhamdulillah atas kesedaran ini…

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: