Kelebihan Berdoa Selepas Asar Hari Jumaat

Assalamualaikum, salam Jumaat untuk semua.

Jika sebelum ini aku ada berkongsi tentang waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa, kali ini aku kongsikan lagi satu waktu yang Allah anugerahkan kepada hambaNya yang dicintai. Waktu ini adalah waktu yang afdhal untuk meminta kepadaNya.

Beroda merupakan salah satu ibadah yang disukai Allah

Berdoa merupakan salah satu ibadah yang disukai Allah

Waktu yang dimaksudkan adalah waktu selepas Asar.

Ada hadith yang membicarakan tentang ini:

(1) Dari Jabir bin Abdillah RA, Rasulullah SAW bersabda;

 “Hari Jumaat (Siang) terdiri dari 12 waktu, di dalamnya terdapat suatu waktu yg tidaklah seorang muslim pada ketika itu memohon sesuatu daripa Allah, melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh kerana itu, carilah masa tersebut pada WAKTU AKHIR SETELAH ‘ASAR.”
 (HR An-Nasai, Abu Daud).
(2) Juga berdasarkan hadis Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda:
 
“Carilah saat yang sangat diharapkan pada hari Jumaat, iaitu SETELAH ‘ASAR sampai tenggelamnya matahari.”
 (HR At-Tirmidzi : Sohih;  al Albani : Hasan).

Pembayang bila masa mustajab doa telah pun diberitahu. Sekarang bergantung kepada kita sahaja untuk merebutnya. Waktu selepas ‘Asar sehingga menjelangnya waktu Maghrib tidak lama. Jadi gunakanlah masa tersebut sebaik mungkin.

Waktu matahari terbenam

Waktu matahari terbenam

Berdoalah apa sahaja kepada Allah untuk perkara-perkara harus. Mintalah apa sahaja. Jangan segan dengan Allah. Kadang-kadang kita merasakan bahawa kita tidak layak meminta itu dan ini daripada dek kerana merasakan diri kita yang kurang amalan kebaikan. Dek kerana diri yang dirasakan banyak dosa.

Tapi sebenarnya siapa kita untuk membuat keputusan. Allah maha mengetahui. Besar dosa kita, besar lagi keampunanNya. Jadi berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh keyakinan dan sikap positif dengan Allah.

Yakinlah dengan janji Allah di dalam AlQuran bahawa Dia akan mengabulkan permintaan hambaNya. Sabda Allah:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka sesungguhkan Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia (benar-benar) berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. Al-Baqarah: 186).
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan (doa) bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong diri dari beribadah (berdoa) kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (QS. Al-Mukmin/Ghaafir: 60).
Jadi luangkanlah masa seketika untuk berdoa selepas waktu Asar sehingga terbenam matahari. Moga Allah menyegerakan pengakbulan doa kita itu. Berdoa bukanlah mesti duduk diantara dua sujud dan menadah tangan ke langit sahaja. Sambil kita buat kerja pun boleh kita berhenti seketika, fokuskan dengan ibadat doa kita dan berdoa dengan bersungguh-sungguh dan penuh pengharapan. Sambil memandu juga boleh kita berdoa.

Jom jadikan berdoa selepas waktu Asar ini amalan kita. Moga amalan kita itu mendapat keredhaan Allah.

15 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: