14 Tahun Usianya.. Masih Setia Berbakti

Lama dah aku tak pakai jam. Dah lebih 6 tahun rasanya. Sebelum tu aku pakai jam Seiko Premier hadiah hantaran pengantin perempuan kepada pengantin lelaki. Masa aku kahwin 14 tahun yang lalu la tu.

14 tahun khidmatnya.. masih solid...

14 tahun khidmatnya.. masih solid…

6 tahun lepas talinya tercabut pin. Jadi aku simpan saja dalam almari kat rumah. Masa tu baru jer tukar bateri. Masa awal-awal tak pakai jam tu rasa macam tak selesa jugak. Tapi sebab kat smartphone dah ada jam, so boleh lagi semak waktu guna smartphone.

Perasaan nak beli jam baru ada jugak lepas tu. Pantang tengok jam cantik. Terus belek dan masukkan dalam shortlist. Last-fnlast shortlist tu dah jadi long list. Jam tak beli-beli jugak. Hahahah.

Bukan apa, jam yang masuk shortlist tu semuanya harga mahal-mahal. Itu yang tak terbeli tu. Baru jer berkira-kira nak beli, datang kira-kira kat kepala yang mengatakan lebih baik aku gunakan duit tu untuk benda yang lebih penting lagi.

G-Shock antara yang diushar

G-Shock antara yang diushar

Minggu lepas aku terasa nak pakai jam. Tiba-tiba jer terfikir gitu. Lalu aku cari jam Seiko aku tu. Ada lagi. Masih elok dalam simpanan. Cuma talinya saja yang perlu disambung. Owh.. jarumnya tak bergerak. Bateri dah habis rupanya.

Lalu aku bawa jam itu ke Aeon Mall Shah Alam. Aku singgah di kedai jam dan serahkan jam itu untuk disambung talinya dan diganti baterinya.

Selepas 10 minit… Alhamdulillah. Jam itu masih berfungsi dengan baik. Mengikut kata tuan punya kedai jam yang baiki jam aku tu, bateri jam tu yang dah lama tak ditukar dah mula keluarkan cecair dah. Sikit lagi nak kena enjin jam tu. Kalau kena enjin mungkin rosak dah jam tu.

Sekarang aku pakai balik jam Seiko tu. Masih ok. So tertangguh lagilah hasrat aku untuk memiliki jam baru. Hahahah. Itulah kelebihan jam yang ada jenama seperti Seiko ni. Walau usia dah lama, masih mampu berbakti dengan baik untuk tuannya.

Aku ada lagi satu jam yang masih ok walaupun dah lama usianya. Casio GShock.. Aku beli semasa aku di tahun 3 di universiti dulu. Masa tu tahun 1998 tak silap aku. Masih elok lagi. Cuma kurang terang paparan antara muka. Mungkin kerana bateri yang lemah.

Dia punya sarang pemegang jam tu juga dah reput. Aku dh tanya kedai GShock tempohari. Jika kilang GShock boleh gantikan pemegang jam tu mungkin aku akan hantar balik ke sana untuk dibaiki. Dan jika boleh dibaiki dengan kos yang munasabah, ia akan jadi jam GShock yang rare. Hehehehe.

Jadi belilah jam berjenama yang diyakini akan ketahanannya. Ia memang boleh tahan lama macam jam aku ni.

7 comments

  1. Dilan 15 June, 2016 at 19:36 Reply

    Jam tangan yang memiliki cerita bersama pemiliknya

    biasanya kalo sudah seperti itu memang susah untuk diganti dengan yang baru karena punya cerita tersendiri

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: