peminta sedeqah

Kelebihan Sedeqah, Sabar Dan Bahaya Meminta-minta

 Aku ada satu group Whatsapp di kalangan Unit Trust Consultant. Apa yang aku suka tentang group whatsapp ini ialah perkara-perkara yang dibincangkan di dalamnya. Ia penuh dengan motivasi dan perkara-perkara positif. Ia dijadikan tempat berkongsi idea dan saling memotivasikan antara satu sama lain. Syukur betul apabila dijemput ke dalam group ini.

Tadi kami membincangkan tentang kelebihan sedeqah dan sifat sabar serta bahayanya sikap meminta-minta.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا نَقَصَ مَالُ عَبْدٍ مِنْ صَدَقَةٍ، وَلاَ ظُلِمَ عَبْدٌ مَظْلِمَةً فَصَبَرَ عَلَيْهَا إِلاَّ زَادَهُ اللَّهُ عِزًّا، وَلاَ فَتَحَ عَبْدٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ إِلاَّ فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ بَابَ فَقْرٍ

“Tidaklah harta seorang hamba berkurang disebabkan sedekah, tidaklah seorang hamba dizalimi lalu dia bersabar melainkan Allah akan menambahkan kemuliaan untuknya, dan tidaklah seorang hamba membuka pintu meminta-minta melainkan Allah akan membukakan pintu kefaqiran untuknya.”

(Sunan At-Tirmidzi, no. 2325)

Ada 3 perkara yang disebut di dalam hadith ini. Dua perkara digalakkan satu perkara tidak disaran untuk dilakukan. Sedeqah dan sabar ialah amalan-amalan yang digalakkan untuk kita melakukannya. Manakala suka meminta-minta suatu perbuatan yang disuruh kita elakkan.

Sedeqah

tabiat suka memberi

Sedaqah tidak kuragkan harta

Sedeqah memang kita tahu adalah satu amalan untuk menjemput rezeki. Orang yang banyak sedeqah amat disukai oleh Allah. Maka tidak mustahil Allah bukakan jalan rezeki yang seluasnya untuk orang yang suka bersedeqah.

Sedeqah tidak mengurangkan harta kita. Siapa kata? Allah yang janji. Malah Dia akan tambah lagi nikmat (dalam bentuk harta dan lain-lain bentuk nikmat) kepada orang yang suka bersedeqah. Sesungguh Allah tidak pernah memungkiri janji.

Kelebihan sedeqah ini pernah aku sentuh dalam entri Tips Murah Rezeki: Selalu Bersedeqah.

Untuk melakukan sedeqah ramai yang silap faham. Mereka kata tunggu kaya dulu baru boleh sedeqah banyak. Konsep tersebut jelas terpesong daripada konsep sedeqah yang sebenar. Jika tiada duit yang banyak, bagilah sedeqah dalam amaun yang lebih kecil. Allah akan bagi pahala kebaikan berdasarkan ikhlas bukan banyaknya sedeqah. Lagipun dah memang dinyataan oleh Allah bahawa sedeqah itu tidak mengurangkan harta malah akan mudah lagi menjemput rezeki.

Jadi amalkan dan pupuklah sikap suka bersedeqah ini. Nescaya anda akan dimurahkan rezeki. Anda buatlah. Tak lama. Sekejap saja anda akan dapat rasa pulangan daripada sedeqah tadi.

Namun harus diingat, bersedeqah bukan untuk mengharapkan sesuatu balasan. Itu tidak ikhlas namanya. Ikhlaskan diri dalam memberi sedeqah, insyaAllah, Allah akan menambahkan nikmat buat kita.

 

Sabar

 

sifat mulia

Allah bersama orang-orang yang sabar

Perkara kedua yang disentuh di dalam hadith sohih ini ialah agungnya sifat sabar. Sabar dalam menerima kezaliman yang dikenakan ke atas kita. Sebenarnya kita ada hak untuk membalas kezaliman ke atas kita dengan balasan kezaliman yag sama kepada si pelaku tadi. Tetapi jika kita sabar, dan berserah kepada Allah dengan kezaliman tadi, Allah telah berjanji bahawa Dia akan menambahkan kemuliaan kepada orang yang sabar tersebut.

Namun sabar ini juga perlu ada batasannya. Jika kezaliman tersebut berlaku ke atas agama Islam dan saudara seislam ataupun ke atas maruah diri sendiri dan keluarga. maka ia bertukar menjadi wajib untuk kita bertindak. Jika kita tundduk maka kita sudah dikira dayus.

Sabar ini adalah sifat mulia. Ia adalah sifat yang ada kepada semua nabi yang diutuskan kepada ummat manusia. Janji Allah kepada orang yang sabar:

  • Allah bersama orang-orang yang sabar
  • Allah akan menambahkan kemuliaan orang yang sabar terhadap kezaliman

 

Suka meminta-minta

peminta sedeqah

tangan di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah

Ini adalah sikap yang tidak digalakkan di dalam Islam. Membuka pintu meminta-minta menyebabkan Allah membuka juga pintu kefakiran untuk kita. Tangan yang memberi jauh lebih baik daripada tangan yang meminta. Sedeqah menjemput rezeki dan kebaikan kepada pemberinya, manakala meminta-minta menjemput kefakiran kepada yang mengamalkannya.

Jadi hentikan sifat meminta-minta dan tukarkannya kepada yang suka memberi. meminta-minta juga boleh merendahkan maruah si peminta.

Jadi oleh itu kita kena banyakkan amalan sedeqah, sabar disamping elakkan daripada suka meminta-minta. Semoga hidup kita sentiasa dimurahkan rezeki, di dalam kemuliaan dan dijauhkan daripada kefakiran.

Jika boleh, di setiap pagi lakukan sedeqah dahulu sebelum meminta rezzeki daripadaNya. Cari kawan-kawan ataupun sahabat kita yang masih susah. Sedeqah lah kepadanya. Bersedah disini bukan sahaja bermaksud beri duit sahaja, belanja makanan, beri duit kepada anak-anaknya pun dikira sedeqah. Segalanya atas niat dan keikhlasan kita.

Solat dhuha juga suatu bentuk sedeqah daripada kita. Sabda nabi SAW bersabda:

Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda yang bermaksud:

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha.

– Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720

 

Jom jadikan amalan suka sedeqah, sabar dan tidak suka meminta-minta kepada orang sebagai  amalan dalam hidup kita. Moga kita semua diberkatiNya.

16 comments

    • sohoque 9 November, 2013 at 16:55 Reply

      telah lama rindukan puteri
      hingga terbayang di dalam minpi
      sudah lama tiada kemari
      kemana menghilang gerangan diri?

      wassalam. baru lepas pekena chendol ni haaa.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: