Kelemahan Insurans Kenderaan Takaful Malaysia

Frust

Kecewa…

Aku bukanlah blogger yang suka cari kesalahan orang. Dan bukan juga jenis yang suka tulis benda-benda yang merendahkan orang lain. Ada la satu artikel, “Dua Hari Selepas SBB2014” yang menceritakan kisah masalah kereta aku yang tidak dapat dibawa ke worksyop akibat kegagalan pihak Takaful Malaysia menyediakan perkhidmatan Lori Tunda untuk kenderaan yang mengalami kerosakan di jalanan.

Artikel itu aku rasa aku tulis dengan ayat yang amat bertapis sebab aku yang memilih untuk mengambil takaful kenderaan dengan syarikat itu tanpa aku menyelidik dengan teliti akan ciri-cirinya.

Tapi di pagi hari Isnin ini aku sekali lagi kecewa dengan perkhidmatan syarikat itu. Ia berkenaan dengan tuntutan kos tukar cermin kereta (windscreen).

windscreen

proses menukar cermin kereta

Sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri tempohari, aku telah menukarkan cermin kereta aku yang retak sebagai persediaan untuk perjalanan jauh pulang ke kampung.

Alhamdulillah hati tenang dan tidak khuatir tentang kos penukaran cermin hadapan tersebut kerana aku telah meng”takaful”kan cermin tersebut. Ini bermakna aku boleh menukarkan cermin tersebut tanpa kos tambahan.

Untuk memudahkan keadaan dan juga mempercepatkan proses penukaran cermin aku membayar kos menggunakan duit sendiri dahulu kepada bengkel sebelum membuat tuntutan kembali dengan syarikat itu (Syarikat Takaful Malaysia).

Sungguh mudah proses penukaran cermin sekarang. Dan bengkel tersebut memang pakar dalam urusan menukarkan cermin kereta ini. Sekejap sahaja cermin yang retak tadi siap ditukar dengan yang baru. Tak sampai pun 40 minit kalau tak silap aku.

cermin kereta

pakar tukar cermin kereta

Bengkel tersebut menyediakan aku dengan gambar cermin sebelum dan selepas penukaran dan bil kos penukaran cermin. Aku pula dikehendaki menyediakan salinan ic dan lesen memandu, salinan geran kereta dan borang tuntutan Takaful malaysia yang siap diisi dan ditandatangani. Itu adalah dokomen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan menukar cermin kereta.

Selang sehari selepas itu aku menghantar sendiri dokumen yang lengkap tersebut iaitu pada 24 Julai 2014 ke kaunter perkhidmatan pelanggan Takaful Malaysia di Ibu Pejabatnya yang terletak di jalan Sultan Sulaiman. Bila ditanya kepada kaunter perkhidmatan pelanggan bila agak-agak tuntutan akan selesai, dijawabnya dalam masa 2 minggu. Sungguh senang hati kau mendengarnya. Dalam hati terdetik, sudah cekap Takaful Malaysia sekarang. Alhamdulillah.

Hari Raya Aidilfitri sudah berlalu. Tapi hingga kini tuntutan tadi tiada khabar berita. Aku beri masa seminggu lagi sebelum aku buat follow up. Seminggu lagi berlalu.

Hari ini aku terpaksa membuat follow up. Aku pergi sendiri ke cawangan Shah Alam. Bila diperiksa di dalam sistem didapati tuntutan masih lagi di dalam proses. Aku hairan juga kenapa lambat sangat.

Didapati butiran tuntutan tersebut baru dimasukkan ke dalam sistem untuk diproses pada 7 Ogos 2014. Lama jugak terbengkalai permohonan aku tanpa dibuat apa-apa. 24 Julai aku hantar, 7 Ogos baru dimasukkan ke dalam sistem tuntutan syarikat itu.

Nak kata sebab cuti raya lama, pegawai tu mengatakan Takaful Malaysia cuti raya dua hari saja. Hmmmm… Lama jugak permohonan aku terbengkalai tu!

Bila aku tanya bila akan selesai, pegawai tu mengatakan lebih 2 minggu lagi. Aduuus.. Tersangatlah tidak efektifnya korang ni berkerja!

Insurans kereta aku telah mati semalam. Hari ini aku terpaksa menyambung kembali insurans tersebut. Dan dengan masalah-masalah yang aku telah lalui dengan Takaful Malaysia, memang aku tidak akan menyambung dengan syarikat itu lagi.

Inilah antara kelemahan – kelemahan Syarikat Takaful Malaysia. Bagi yang memilih syarikat ini, jika tak terkena seperti aku ok lah. Tapi jika terkena memang hati panas semacam je.

Rebat 15% yang dijanjikan jika tiada tuntutan aku rasa tidak memberi apa-apa makna jika masalah-masalah begini aku terpaksa hadapi.

Apa-apa pun insurans kereta aku telah aku tukarkan kepada Takaful lain tadi. Diharap Takaful malaysia dapat memperbaiki perkhidmatannya di masa-masa akan datang supaya semua pemegang polisi syarikat itu berpuashati dengannya.

Nota: Menegur untuk kebaikan bersama.

15 comments

  1. daddydee 18 September, 2014 at 14:50 Reply

    Banyak kali juga dengar kawan-kawan yang mempunyai masalah dengan servis Takaful Malaysia. Sayang bila syarikat besar sebegini memberikan servis yang buruk kesannya memang besar nanti. Harap Takaful Malaysia akan improvekan servis mereka.
    daddydee recently posted..Kasih Seorang IsteriMy Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: