Keluar Duit Di ATM Tapi Duit Tak Keluar

atm Keluar Duit Di ATM Tapi Duit Tak KeluarPernah tak anda alami kejadian keluar duit di ATM tapi duit tak keluar? Cemas tak? Saya baru sahaja alami kejadian ni pagi  tadi pada pukul 10.50 pagi (mengikut waktu yang tertera pada resit pengeluaran)

Agak leceh sebenarnya bila ini terjadi. Beberapa langkah harus dibuat. Dan yang paling tragis ia akan mengambil masa yang bukan sekejap. Kalau waktu memang nak guna duit untuk bayar hutang yang dah due, memang parah jugak la.

Macam saya tadi, lepas masukkan kad dan tekan amaun yang dikehendaki, mesin ATM macam terkedu seketika. Nak kata banyak sangat saya buat keluar tak lah banyak, rm1050 je. Selepas 2 minit saya menunggu barulah ada respons dari mesin ATM. Kad saya dikeluarkan semula seperti biasa. Cuma kalau keadaan biasa selepas kita ambil kad ATM kita semula, ia akan diikuti oleh keluarnya duit. Tapi dalam kes saya ini duit yang ditunggu tak kunjung tiba. Skrin paparan ATM telah kembali ke home screen di mana transaksi seterusnya sudah boleh dibuat. Saya masukkan semula kad ATM saya dan memeriksa bakinya. OMG, rm1050 sudah dipotong. Adessss!!! Bala! Hutang-hutang semua dah sampai masa untuk dibayar ni. Ish.. ish.. ish.. Takkan ATM nak mogok lagi sebab kalah Piala Malaysia tempohari kot. Lagipun saya sokong pasukan ATM pada malam tu. icon lol Keluar Duit Di ATM Tapi Duit Tak Keluar

Oh ya lupa nak cakap. Kad ATM saya ialah kad ATM Public Bank dan mesin ATM saya gunakan untuk pengeluaran duit di atm tapi duit tak keluar tersebut adalah ATM CIMB Bank.

Saya lantas dengan pantas mendail nombor telefon tol free yang tertera di belakang resit transaksi tersebut. Selepas bla bla bla mendengar dan mengikut arahan mesin suara, saya dapat bercakap dengan call center. Person inchargedtu cakap saya kena buat aduan dan laporan di Public Bank.

Di Public Bank Section 15, Shah Alam, saya adukan masalah ini. Bila selesai isi borang semua, saya tanya bila duit tu CIMB Bank akan masukkan balik ke dalam akaun saya. Staf customer servistu cakap paling cepat pun 2 minggu. Lagi satu saya buka buku bank dulu kat Kuantan. So, Public Bank Shah Alam (tempat saya buat aduan) akan hantarkan laporan ke Public Bank Kuantan (servicing branch saya). Kemudian Public Bank Kuantan akan menghantar laporan tersebut ke ibu pejabat CIMB Bank di KL. So prosesnya agak lama.

So, yang jadi mangsa adalah saya sebagai customer. Sepatutnya bank terutama CIMB Bank kena lah buat sesuatu untuk compensate klien nya, sebabnya ini bukan kesalahan klien. Tiada klien yang nak kejadian keluar duit di atm tapi duit tak keluar ni berlaku.

Cuba bayangkan, jika pada masa tu klien amat memerlukan duit itu untuk membiayai pembedahan anaknya yang sakit ke, ataupun ataupun klien seorang bisnesman memerlukan duit tu untuk membayar hutang perniagaan yang tertunggak dan sebagainya. Bukan ke ini klien yang menjadi mangsa..? Sekurang-kurangnya bank tadi berurusanlah dengan klien dan cuba menyelesaikan masalah klien yang terjadi bukan disebabkan kesalahannya itu. Antara cara-cara untuk compensate klien ialah menyediakan facility dengan memberi pendahuluan sebanyak duit yang “hilang” tadi. Betul tak?

Inilah cerita saya pagi tadi yang membuatkan saya pening dan terpaksa membatalkan satu appointment saya di KL.

Moga anda tidak menjadi mangsa kejadian keluar duit di atm tapi duit tak keluar seperti saya ini.

Wallahua’lam.

1,486 total views, 8 views today

Comments

  1. Hi! Saya terbaca blog awak ni. Saya baru je kena, 24/12/2012. Malam pulak tu :( kad CIMB, cucuk kat Agrobank. Paling sadis bila bank cakap 4 minggu tempohnya. Tapi saya kacau hidup dua-dua bank hampir setiap hari haha. Tak cukup call, sy email hihi. Tapi ni dah seminggu, belum dapat perkhabaran dari CIMB. :(

  2. dapat balik x dwet nye bro?

  3. Bank Rakyat, CIMB, Maybank bodo says:

    Aku kena pada 15/02/2013. Kad Bank Rakyat gi cucuk Maybank dan CIMB. Mula2 cucuk Maybank (RM1500.00), duit tak keluar. Ingatkan ATM tu jahanam, kali kedua pindah ATM sebelah (RM1000.00). Pun duit tak keluar juga.

    Kali ketiga cucuk di CIMB (RM 1500.00). Tak keluar juga. Punya lah bengang. Lepas tu aku pusing jauh cari Bank Rakyat. Check transaksi, rupanya ketiga2 transaksi telah pun dijalankan (total RM 4003.00). Buat report di Maybank, CIMB dan Bak Rakyat.

    Lepas tu kawan aku dari Hong Leong cakap pergi buat report polis sekali. Jumlah ada 4 report kah kah

    Sampai hari ni 12/3/2013 masih tiada perkhabaran nak ganti balik duit tu. Hari2 aku call. Katanya kena refer dengan pusat ATM lah apa lah. Babi betul.

    • dah try buat report kpd bank negara? biasanya bank negara ambik masa sekejap jer untuk response. dlm kes ni bro memang teraniaya…

    • saya pulak buat urusan e-debit menggunakan kad bank rakyat ….msukkan kt mechine Hong Leong….mesin 2 ckp ‘please try again’ tup2..tgk balance dia tolak jugak sedangkan kedai 2 da cek da xde duit masuk mase 2….pg la buat report kt bank rakyat.da tgu proses 2 minggu 2…dtg balik dia kate xde pape jawapan….HANGIN!!!!!!!!!!!!…..skrg ni masih menunggu dan terus menunggu….

  4. hal yg sama pun menimpa saya ,sye nak ambik duit dkt skudai parade nk bayar phone,ambik kt RHB islamic bank,lps masukkn kad saya enter baki,,pastu sambung pengeluaran wang segera sye ambik 1000,,lps beberapa menit ,xde bunyi duit kuar,,mesin atm mcm stresss,tk nk kuarkan duit,tetibe ade chooice perlukan penyata ke x,,,alahaiii dah la duit x kuar,resit pn xde…..poningg pale ni,,siaaallll.

    • sebaik shaje peristiwa tu berlaku,,aku buka GPS,nak cari cawangan bank RHB yg berhampiran,,aku search dkt map,,tjumper cawangan yg berhampiran berada kt ungku aminah,daipde skudai parade tu aku jalan kaki susuri lebuh raya,,puas pnye penat akhirnya aku jumpe RHB bank,,tp malang mmg malang pegawai langsung xde,,security yg ade,dorang tnye ade hal ape,aku crite kn sume yg dh berlaku,,dorng suruh aku buat aduan pd bank aku,,dah la duit x tahu pi mane,,siaaaallllll siiaalll kejadian berlaku hari ni 09 june 2013,,,pkl 2.30….

    • sebaik shaje peristiwa tu berlaku,,aku buka GPS,nak cari cawangan bank RHB yg berhampiran,,aku search dkt map,,tjumper cawangan yg berhampiran berada kt ungku aminah,daipde skudai parade tu aku jalan kaki susuri lebuh raya,,puas pnye penat akhirnya aku jumpe RHB bank,,tp malang mmg malang pegawai langsung xde,,security yg ade,dorang tnye ade hal ape,aku crite kn sume yg dh berlaku,,dorng suruh aku buat aduan pd bank aku,,dah la duit x tahu pi mane,,siaaaallllll siiaalll kejadian berlaku hari ni 09 june 2013,,,pkl 2.30….BSN OOHHHH BSN…

  5. BSN OOHH BSN,,nak amek duit dkt RHB skudai parade,,masalah jua yg menimpa,,nk amek Rm 1000,,lps enter 1000 tu mesin ATM,,dh jd stressss,,diam seribu bahasa,,pelik and terkejut aku cube dongakn,telinga ni aku rapatkn kt atm,tp xde sebarang bunyi pe pun,,pelik,,pastu tbace ade perlukn resit ke x? apelah ni duit x kuar lagi,,1000 beiib,,bagiku t lalu banyak,,nak beli enpone x dapat,,masalah pn x btandang,,, aduhaiii BSN ,,oohh BSN…BSN vs RHB ISLAMIC skudai parade,,langsung x best,,,,,,kejadian tu menimpa ku hari ni 09 jun 2013,,,pkl 2.30..

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge