More

    Kenali Produk Men’s Grooming Yang Perlu Bagi Lelaki

    Selalu kita dengar, wanita sahaja yang mempunyai rutin harian yang melibatkan kecantikan atau penjagaan diri. Tapi kini, jejaka di luar sana pun mahu tampil lebih tampan dan yakin. Oleh itu, terdapatnya produk penjagaan kulit, rambut malah juga produk penjagaan jambang terkini yang dibuat khas untuk penggunaan lelaki. Kalau anda mahu ketahui grooming products yang terbaik, mari kita baca dan belajar tentang jenis produk yang khas untuk penjagaan seluruh penampilan lelaki.

    1. Produk Penjagaan Wajah

    Dalam kategori men’s grooming, produk penjagaan wajah merangkumi pencuci muka dan krim muka seperti pelembap atau lebih dikenali sebagai moisturiser. Kulit wajah lelaki selalunya kurang memerlukan penjagaan yang terlalu rapi kalau dibandingkan dengan wanita. Itu antara sebab kenapa produk penjagaan lelaki lebih sedikit jenisnya. Kalau wanita, tentu ada produk lain seperti toner, serum, essence, mask dan banyak lagi. Jadi, untung kalau lelaki. Tak perlu banyak jenis produk. Memadai sekiranya ada pencuci wajah dan pelembap muka sahaja.

    2. Produk Penjagaan Rambut

    Bagi produk dalam kategori ini, ia termasuk rambut dan juga rambut wajah seperti jambang anda. Untuk mereka yang suka menggayakan rambut kemas, mereka akan memilih produk seperti wax atau gel rambut. Bagi penjagaan rambut wajah pula, terdapat produk seperti krim dan gel cukur untuk memudahkan anda mendapat cukuran lebih kemas dan bebas daripada sebarang lukaan semasa bercukur.

    3. Produk Penjagaan Penampilan

    Yang akhir sekali, produk seperti minyak wangi dan deodoran. Penampilan seseorang hanya sebaik bau badan mereka. Kalau muka kacak tapi bau badan kurang baik, anda mungkin hanya kacak sekadar rupa. Pasti orang di sekeliling anda akan kurang selesa. Bukan jahat ya tapi ini kebenaran. Jadi, di samping menjaga rupa anda, anda harus juga menjaga aura atau bau anda untuk tampil lebih kemas dan lengkap.

    Jadi, jangan ambil ringan penjagaan penampilan anda. Mulakan rutin grooming anda hari ini. Untuk wanita di luar sana, ingatkan orang yang tersayang untuk jaga penampilan mereka dengan produk grooming terbaik sekarang.

     

    Latest articles

    Related articles

    12 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge