gunung merapi

Kenapa Aku Perlu Makanan Tambahan

pemandangan tasik sikunir daripada puncak gunung

pemandangan tasik sikunir daripada puncak gunung

Usia sudah semakin meningkat. Yang ini memang aku tak boleh nak lari. Kudrat juga semakin terbatas. Dulu tenaga memang terbaik.. sekarang buat kerja guna tenaga sikit dah terasa kesannya.

Masih aku teringat sewaktu menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dulu. Aku memang menghabiskan masa lapang dengan menolong ibubapa mengerjakan sawah Padi. Daripada menanam anak pokok padi sehingga mengetam pagi dan membanting padi, semua aku lalui prosesnya.

sawah padi

Padi yang menunggu masa untuk dibanting

Memikul seguni besar padi yang sudah siap diketam langsung tidak mendatangkan masalah pada ku pada masa itu. Sekarang aku rasa aku tak larat lagi mengangkat beban seberat itu. Satu guni boleh la kot…

Sama juga sewaktu aku menunaikan ibadat Umrah suatu ketika dulu. Bersaie tu pun dah terasa kepenatannya. Padahal bukanlah jauh mana pun di antara Safa dan Marwah tu.

Kudrat aku sekali lagi diuji sewaktu aku menyertai Air Asia FAM Trip ke Jawa Tengah baru-baru ini. Aktiviti-aktiviti di dalam rangka lawatan tersebut memang mengandungi aktiviti fizikal. Diantaranya adalah pendakian Gunung Sikunir untuk menyaksikan mentari naik di Puncak Sikunir.

Memang menduga kudrat aku walaupun aku berjaya sampai ke kemuncak dan menyaksikan kejadian alam ciptaan tuhan yang sungguh indah. Memang terasa kepuasan diri yang tidak dapat aku gambarkan di sini.

Pengalaman menyertai Air Asia FAM Trip ke Jawa Tengah akan aku ceritakan di dalam blog niche travel aku iaitu eXplorasa.

Apa yang cuba aku sampaikan ialah bila usia meningkat tenaga juga mula berkurangan. Jadi antara jalan untuk mengekalkan stamina untuk tidak merudum mengikut peningkatan usia ialah perlunya makanan tambahan.

Makanan tambahan ini fungsinya adalah menggantikan semula vitamin-vitamin yang hilang daripada badan. Seterusnya menjadikan badan segar dan kuat.

Antara produk-produk kesihatan yang aku pertimbangkan sekarang adalah Shaklee.

TEKNIK KURUS DIET ATKINS – Membakar Lemak Pantas

Kenapa aku pilih Shaklee? Sebabnya ia ada banyak vitamin-vitamin yang boleh membantu badan kekal bertenaga. Anda hanya perlu pilih mengikut kesesuaian badan anda dengan nasihat daripada pakar kesihatan.

Vitamin B Complex, Calcium, Vitamin B, Vivix dan sebagainya adalah antara puluhan vitamin shaklee yang ramai mengatakan ianya terbukti bagus untuk kesihatan kita.

shaklee vivix

vivix Shaklee

Jika anda juga mengalami fenoma seperti aku, jom dapatkan makanan tambahan. Pilihlah syarikat yang terbaik yang mengeluaran produk kesihatan yang betul-betul berkesan untuk badan anda.

Selamat mencuba…!

4 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: