More

    Kenapa Perlu Sertai Sepetang Bersama Blogger 2014

    Door Gift untuk majlis Sepetang Bersama Bogger 2012 (gambar: Abangensem.com)
    Door Gift untuk majlis Sepetang Bersama Bogger 2012 (gambar: Abangensem.com)

    Ini entri kedua yang aku tulis berkenaan dengan Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB 2014). Kenapa ya? Sebabnya aku agak teruja dan tak sabar menunggu majlis ini. Jika entri yang lepas aku cerita pengalaman pertama menyertai SBB 2013, entri ini pula aku utarakan pendapat aku kenapa perlu hadiri atau sertai Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB 2014). Ia berdasarkan pendapat aku ya. Pendapat orang lain mungkin berlainan.

    Sebab kenapa aku perlu sertai majlis yang dikhaskan untuk blogger ini ialah antaranya:

    1. Aku dambakan ilmu yang bakal dikongsi oleh blogger otai yang lain

    Aku tahu sesi berkongsi ilmu adalah pengisian wajib yang akan dimuatkan ke dalam majlis ini. Tambahan pula aku sudah mendapat sedikit sebanyak tentang agenda yang bakal dimuatkan di dalam majlis tersebut daripada mulut pengasas SBB sendiri iaitu Tuan Haji Amir pemilik blog denaihati.com, blog terbaik 2012 (MSMW 2012), Blog Paling Kreatif 2013 (MSMW 2013), dan Blog Peribadi Terbaik 2013 (Blogrrr Awards 2013). Cuma aku tak boleh nak memandai bagitau kat sini sebab perkara ini masih di dalam perbincangan pihak penganjur lagi.

    sesi perkongsian ilmu di SBB 2013 (gambar: rabiasensei)
    sesi perkongsian ilmu di SBB 2013 (gambar: rabiasensei)

    Apa yang aku pasti akan ada perkongsian ilmu tentang industri blog. Samada ilmu tersebut adalah ilmu teknikal blogging, ilmu cara menulis artikel, ilmu buat duit dengan blog ataupun ilmu berbentuk perkongsian pengalaman, semuanya bagus untuk aku cernakan demi menjadikan blogging sebagai kerjaya aku.

    2. Mengeratkan silaturrahim antara blogger.

    Bila sudah bersua muka sesama blogger pastinya ukhuwwah akan bertambah erat. Jika selama ini hanya bertemu di alam siber, kini dapat bertemu di alam nyata. Memang pada peringkat awal seminar, masing agak segan dan malu untuk bertegur sapa. Ya la, kita akan merasa rendah diri bila bersama blogger hebat yang kita pernah kenal di dalam alam siber. Pandai-pandai lah bawa diri. Perasaan segan dan malu itu tidak lama. Ia akan beransur-ansur hilang.

    Blogger wanita popular
    Blogger wanita popular (gambar: Nisakay)

    Teringat akan SBB 2013 yang lalu. Insan-insan yang aku kenal dan hormati sebagai blogger hebat di dunia maya seperti ariffshah, HafizMd dan beberapa orang yang lain telah sudi berkongsi meja dengan ku. Malah tuan punya blog eizil.com yang mengetuai Akademi Denaihati telah menjadi sifu aku dalam dunia blogging sekarang. Syukur sebab dipertemukan dengan beliau dan rakan-rakan #TeamWork yang lain.

    bersama blogger otai kacak
    bersama blogger otai kacak

    Pertalian silaturrahim yang terjalin ini mungkin boleh diterjemahkan ke dalam perniagaan. Mungkin ada produk dan servis yang kita niagakan boleh ditawarkan kepada rakan blogger kita untuk situasi menang-menang (win-win situation) misalnya. Semuanya bergantung kepada objektif dan perancangan masing-masing. Namun silaturrahim amat penting dalam melebarkan jaringan persahatan maupun perniagaan.

    3. Hadiah yang mantap

    Hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah tahun ini tidak kurang mantapnya berbanding sbb 2013 yang lalu. Aku dengar pihak penganjur sedang giat mendapatkan sponsor-sponsor untuk menarik lebih banyak dana untuk SBB 2014. Lebih banyak dana bermakna lebih meriah dan lebih banyak kebarangkalian hadiah-hadiah kepada peserta ditambah.

    Para pemenang pakej pelancongan di SBB 2013
    Para pemenang pakej pelancongan di SBB 2013

    Aku berdoa supaya tahun ini salah satu hadiah tersebut akan menjadi milik aku. Yang paling aku butuhkan ialah iphone 5S. Aku suka akan cameranya yang jelas dan tajam. Ciri ini aku perlukan pada sesebuah telefon berkamera untuk membantu aku untuk menghasilkan foto-foto yang jelas dan cantik untuk diselitkan sekali dengan entri.

    gambar iphone 5s
    iPhone 5S

    Foto menjadi keutamaan aku untuk blog eXplorasa.my setelah ramai sifu-sifu memberi pandangan tentang pentingnya aku mempertajamkan kemahiran aku dalam mengambil gambar. Untuk sesebuah blog yang berniche kan makanan dan kembara, foto yang diambil menjadi elemen utama untuk menarik minat pembaca. Ya Allah. Jadikanlah iphone 5 itu milikku. Aameen.

    Baru tadi aku mendapat berita daripada pihak penganjur mengatakan akan ada satu kontes untuk semua blogger sempena majlis SBB 2014 ini. Ia akan diumumkan pada 1 Februari 2014 tak lama lagi. Hadiah-hadiah utama untuk pemenang adalah telefon bimbit Samsung Galaxy Note 3, telefon bimbit lenovo dan iPad Mini.

    Jadi kepada blogger semua, amat rugi jika anda tidak merebut peluang untuk menghadiri majlis penting ini. Jom mendaftar dengan segera apabila pendaftaran mula dibuka nanti.

    “SBB 2014, mu tunggu aku datang!!!”

    Latest articles

    Related articles

    26 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge