abg ensem

Kenapa Saya Ingin Tersenarai Di Dalam Bloglist Abang Ensem

Pagi ini saya bersarapan sambil cek emel. Tup-tup ada notifikasi emel daripada group Facebook Denaihati Network masuk inbox Gmail. Ia adalah notifikasi posting Abang Ensem dalam group tersebut. Saya pun dengan pantas ke Denaihati Network group dan klik link yg membawa saya ke blog Abang Ensem. Ianya artikel berkenaan dengan contest supaya blog kita tersenarai di dalam bloglist Abang Ensem.

abg ensem

Wow… Siapa yang tak mahu untuk dimasukkan ke dalam bloglist Abang Ensem. Ya tak? Blogger yang ramai peminat terutamanya di kalangan awek-awek yang cun.

Sebenarnya sudah lama saya terfikir nak masuk dalam bloglist beliau tetapi tak tau caranya. Saya ni jenis yang tak pandai memujuk rayu. Apatah lagi saya ni pun termasuk dalam kategori ensem jugak. Telahan saya mesti Abang Ensem akan reject sebab saya mungkin menggugat kedudukannya di kalangan awek-awek cun itu.

Mmmphhh… Kenapa saya ingin tersenarai di dalam bloglist Abang Ensem?

Sebabnya memang jelas dan terang seperti di bawah ini. Saya bahagikan sebab-sebab “Kenapa saya ingin tersenarai di dalam bloglist Abang Ensem” kepada 2 bahagian; iaitu sebab-sebab serius dan sebab sebab mengada-ngada.

Sebab-sebab serius

  1. Blog Abang Ensem adalah blog yang femes dan glemer. Jadi dengan banyaknya traffic yang singgah di blog Abang Ensem, saya berharap ianya akan tumpah sedikit ke blog picisan saya.
  2. Untuk meningkatkan lagi kredibiliti blog saya.
    Dengan tersenarainya blog sohoque.com ini di blog Abang Ensem, maka sedikit sebanyak akan mengangkat kredibiliti blog saya itu di mata pembaca. Ya la.. bukan senang blog femes dan kaya dengan traffic nak senaraikan blog lain di bloglistnya, ya tak? Takkan Abang Ensem nak senaraikan blog yang entah apa-apa yang updatenya pun dilakukan seminggu sekali.
  3. Sebab saya ni aktif berblogging.
    Setiap hari saya akan cuba disiplinkan diri saya untuk tulis dan update entri di blog saya. Jadi tak adalah nanti blog saya ini akan membawa sawang atau sarang labah-labah ke blog Abang Ensem.
  4. Aura Positif blog Abang Ensem yang secara puratanya menjana income ribuan ringgit sebulan diharap akan meresap ke dalam blog sohoque.com.
    Jika nama sohoque.com “ditempek” di dalam blog Abang Ensem pasti ianya akan membawa inpak yang besar terutama dari segi traffic.  Jadi besar harapan saya semoga blog sohoque.com pun akan menjana pendapatan seperti itu juga nanti.capture-20121224-132657
  5. Abang Ensem ialah usahawan/hartawan hartanah.
    Pelaburan di dalam sektor hartanah adalah alat pelaburan yang boleh menjana kearah perancangan persaraan, perancangan pendidikan dan lain-lain perancangan kewangan lagi. Manakala saya pula ialah Perunding Kewangan yang menumpukan simpanan dan pelaburan dengan menggunakan alat pelaburan unit trust dan takaful. Idea Perancangan kewangan ini saya terapkan di sohoque.com secara amnya dan di blog Cakna Wang yang juga milik saya secara spesifk dan detail. Jadi ini akan memberikan added service kepada pelanggan dan peminat Abang Ensem jika mereka mencari maklumat tentang alat pelaburan yang saya sebutkan tadi. Ia juga akan memberikan idea kepada pelabur-pelabur hartanah bagaimana untuk mengumpul modal untuk digunakan sebagai modal perniagaan hartanah dengan menggunakan alat pelaburan seperti unit trust.
  6. Saya mempunyai tabiat suka mendekati diri kepada orang-orang yang berjaya.
    Saya berpegang kepada kata-kata:

    Berkawanlah dengan penjual minyak wangi, Sekurang-kurangnya kita juga akan terpalit dengan kewangiannya.
    Jangan berkawan dengan tukang besi, kerana kita juga akan terpalit dengan kekotoran walaupun sedikit.

    Abang Ensem di sini jatuh dalam kategori penjual minyak wangi lah. Heheheh.

Manakala sebab-sebab mengada-ngadanya pula ialah:

  1. Saya pun sebenarnya tidak kurang hensem kalau nak dibandingkan dengan Abang Ensem.
    Buktinya saya juga mempunyai perut ketak-ketak 6 pax. Dulu sebelum saya daftar sohoque.com, saya nak daftar sohoque ensem ataupun sohoque kacak. Tapi bila saya buat blogwalking saya dapati nama ensem telah diguna pakai oleh Abang Ensem. Manakala nama kacak pula telah digunapakai oleh Bonikacak. Jadi takkan lah saya nak pakai sohoque cantik ataupun sohoque lawa pulak. Nanti tak sesuai pulak dengan jiwa saya yang penyayang ni, auwww… Jadi saya rasa blog saya memang patut diletakkan di dalam bloglist Abang Ensem kerana kita berada di dalam kategori yang sama.
  2. Dah lama saya masukkan nama blog Abang Ensem dalam bloglist saya.
    Takkanlah Abang Ensem tak nak balas balik kot.

    Pecah kaca, pecah gelas,
    Jasa saya harap dibalas

  3. Saya dengan Abang Ensem dah jadi kawan kat dalam Facebook.
    Dah jadi kawan kat situ takkan kat sini tak mau jadi kawan kot. Hehehehe
  4. Sebagai salah satu cara supaya awek cun yang berkumpul di blog Abang Ensem supaya singgah juga di blog saya.

Owwhhh.. panjang dah saya melalut. Sekarang hanya tunggu Abang Ensem approve jer lagi. Selepas itu akan terbuktilah ke”ensem”an saya juga.

 

9 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: