Keputusan Contest Raya Moments Of Closeness With Samsung

Semalam telah diadakan satu majlis iftar anjuran Manoah Consulting Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menguruskan hal ehwal pemasaran secara digital. Syarikat ini sebagai orang tengah di antara bloggers dan syarikat yang diwakilinya (klien). Mereka sekarang sedang menguruskan projek untuk memasarkan jenama Samsung di Malaysia secara digital iaitu melalui blog, media sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.

Blogger-blogger seramai 30 orang yang menyertai contest Raya Moments Of Colesenss With Samsung. Pada majlis itu juga pemenang contest tersebut diumumkan.

Majlis iftar diadakan di Paparich Bangsar. Pada mulanya aku agak memandang remeh pemilihan tempat tersebut. Bukannya apa. Paparich aku rasa macam biasa sangat sebabnya hari-hari biasa pun dah biasa breakfast kat situ.

Tapi sangkaan aku meleset. Selama ni rupanya aku banyak tak mencuba menu-menu dia. Apa lagi semalam order la sepuas-puas hati. Banyak jugak menu-menu sedap kat Paparich ni ya.

Aku tengok blogger ni dan blogger ni bukan main lagi. Tiap kali order terus order dua set. Hahahaha. Untung la…

Oh ya. Keputusan Contest Raya Moments Of Closeness With Samsung semalam adalah:

Pemenang barangan Samsung bernilai RM2000

  1. Hisyamuddin Fadzil (shakiddo.com) – menang lagi dia ni, heheheh.
  2. Tengku Nur Raihan (penmerah.com) – baru aku tau nama sebenar penmerah
Keputusan Contest Raya Moments Of Closeness With Samsung - dua pemenang utama

Dua pemenang utama – foto ihsan dari www.nizamijam.com

Blogger lain tidak pulang dengan tangan kosong. Mereka turut membawa pulang “Duit Raya” berserta kad kehlian atau top up Starbucks. Inilah yang best berkerjasama dengan Manoah. Terima kasih manoah!

Keputusan Contest Raya Moments Of Closeness With Samsung - bloggers yang hadir

Antara bloggers yang hadir pada majlis itu – foto ihsan dari anarm.net

Satu lagi yang best masa majlis pengumuman Keputusan Contest Raya Moments Of Closeness With Samsung semalam ialah aku dapat kenal ramai lagi blogger-blogger hebat.

 

7 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: