More

    Keputusan Raheem Sterling Sambung Kontrak Dengan Liverpool Salah?

    raheem sterling

    Raheem Sterling sudah agak lama bermain tarik tali dengan pengurusan Liverpool dengan menangguhkan untuk menandatangani sambungan kontraknya dengan Liverpool FC. Walaupun pengurus Liverpool Brendan Rodgers seakan memberi jaminan bahawa Raheem Sterling akan menandatangani kontrak, namun penangguhan itu cukup membuatkan para peminat resah.

    Banyak kelab yang disebut-sebut mahu mendapatkan Raheem Sterling. Di antaranya Arsenal, Manchester United dan Chelsea. Ketiga-tiganya adalah kelab besar di dalam Liga Premier Inggeris (EPL). Dan kemampuan mereka menawrkan gaji yang lumayan serta kejohanan Eropah akan menjadi satu tarikan yang kuat buat anak muda berusia 18 tahun kelahiran Jamaica ini.

    Raheem Sterling lahir dari akademi bolasepak Liverpool yang di bangunkan semula dengan lebih serius semasa Rafa Benitez menjadi pengurus Liverpool. Pujian harus diberikan kepada Rafa Benitez dengan idea dan usahanya itu. Fasafah ini diteruskan lagi di bawah pengurus-pengurus selapas itu iaitu Roy Hodgson dan Kenny Dalglish. Hasil daripada usaha tersebut ramai pelapis-pelapis yang hebat dan berbakat sedang menunggu peluang untuk diserapkan ke dalam pasukan utama Liverpool. Mereka yang mendapat perhatian pengurusan Liverpool dan pasukan luar ialah Suso, Adam Morgan, Andre Wisdom, Conor Coady, Samed Yesil, Joao Carlos Teixeira, Michael Ngoo, dan Jonjo Shelvey yang sudah pun menjadi pemain regular pasukan Liverpool bersama-sama Raheem Sterling.

    Dengan permainan yang menyerlah di musim ini Raheem Sterling telah dipanggil untuk membuat penampilan sulung bersama pasukan England oleh Roy Hodgson, pengurus yang pernah mengurus pemain ini sewaktu bersama Liverpool.

    Perlawanan pertama Raheem Sterling di peringkat antarabangsa adalah menentang Sweden di perlawanan persahabatan di mana England tewas 2-4.

    Namun semalam teka teki peminat Liverpool terjawab apabila Raheem Sterling telah menandatangani sambungan kontrak selama 5 tahun yang akan berakhir pada tahun 2017.

    Raheem Sterling sejak berpindah dari kelab lamanya QPR sebagai pemain remaja pada tahun 2010 hanya menerima gaji mingguan di dalam lingkugan £2,000 seminggu. Dikhabarkan dengan kontrak terbaru ini gajinya melonjak sebanyak £30,000 seminggu. Dan sudah semestinya, kontrak terbaru ini disertai dengan klausa pelepasan (release clause). Inilah langkah selamat supaya dia tidak “dicuri” oleh pasukan lain.

    Persoalannya adakah keputusan Raheem Sterling sambung kontrak dengan Liverpool satu keputusan yang salah? Ini adalah kerana mungkin pasukan lain boleh menawarkan gaji mingguan yang lebih tinggi. Pasukan lain juga boleh menjamin tempat ke perlawanan Eropah dimana Liverpool mungkin belum mampu lagi dalam masa terdekat.

    Pada pandangan aku, keputusannya adalah betul. Sebagai pemain muda, banyak lagi yang perlu beeliau pelajari daripada pemain-pemain senior. Di Liverpool, pengurusan dan rakan sepasukan sudah mengenalinya. Jadi amat senang untuk berinteraksi. Di Liverpool juga dia sudah mendapat tempat di kalangan pemain utama dan selalu diturunkan oleh Brendan Rodgers. Di musim ini sahaja dia diturunkan di dalam hampir ke semua perlawanan utama iaitu. Cuma perlawanan pertama musim sahaja direhatkan iaitu semasa menentang WBA. Pada minggu ke 5 (menentang Manchester United) dia bermain selama 65 minit sahaja. Begitu juga semasa minggu ke 8 (melawan Reading), dia bermain selama 83 minit. Dalam perlawanan yang lain dia bermain penuh selama 90 minit.

    Diharap Raheem Sterling dapat membantu Liverpool bangkit kembali sekurang-kurangnya menduduki tempat ke 4.

    Jom lihat Skill Raheem Sterling sehingga menjadi buruan kelab-kelab besar:

    You’ll Never Walk Alone!!!

     

    Latest articles

    Related articles

    7 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge