Keputusan UPSR Sudah Keluar, Apa Keputusan Anak Anda?

Gambar ihsan dari Sinar Harian

Keputusan UPSR sudah keluar dan diumumkan semalam. Alhamdulillah dan tahniah kepada yang berjaya.

Semalam ramai juga rakan-rakan Facebook saya yang post gambar bersama anak masing-masing yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah sekali lagi saya ucapkan. Dah emak dan ayah dia orang bijak pandai, memang lah anak dia pun pandai. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, Ya tak? (Saya puji baik punya ni, tak ada rakan-rakan yang nak belanja ker? 😆  )

Namun disebalik kejayaan anak rakan-rakan yang berjya itu, mesti ada anak rakan-rakan yang tidak memperolehi kejayaan yang cemerlang. Semalam tak ada pun emak dan ayahnya post kat Facebook atau Twitter mengucapkan terima kasih kepada anaknya yang “kurang cemerlang” itu. Kenapa ya.. Sepatutnya ucaplah juga terima kasih. Mesti anak itu dah buat yang terbaik bagi mereka. Mereka juga nak banggakan emak dan ayah mereka sebenarnya. Sekuarng-kurangnya mereka terasa dihargai dengan usaha mereka selama ini.

Bagi yang “kurang cemerlang” ini, jangan lah risau sangat. UPSR adalah peperiksaan “besar” yang pertama dalam sistem pendidikan di Malaysia. Di hadapan mereka ada lagi PMR dan SPM. Peperiksaan ini lebih penting.

Hendak buat apa lagi. Keputusan UPSR sudah keluar. Terima lah keputusan dengan hati yang terbuka. Jangan lupa bersyukur kepada tuhan. Sekuarang-kurangnya mereka lulus dan boleh lagi menyambung persekolahan. Ingatlah, ini semua ujian buat kita para ibubapa. Bukan nikmat kejayaan sahaja yang perlu disyukuri. “Kurang kejayaan” juga perlu syukur. Ucaplah Alhamdulillah dengan redha. Nanti kita akan tergolong di dalam golongan orang mukmin yang disebut Nabi SAW ini:

Dari Abu Yahya, Shuhaib bin Sinan R.A, Rasulullah SAW bersabda: “sungguh menghairakan sekali keadaan orang mu’min itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorang pun melainkan hanya untuk orang mu’min itu semuanya, iaitu apabila ia mendapat kelapangan hidup, ia pun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran – yakni yang merupakan bencana – ia pun bersabar, dan hal ini pun adalah merupakan kebaikan baginya.
(Hadith riwayat Muslim)

Muhasabahlah diri ibubapa dan diri anak-anak. Di mana yang kurang. Mungkin cara komunikasi ibubapa dengan anak tidak betul, mungkin hubungan anak dengan ibubapa agak “kurang ajar”, mungkin ibubapa tidak memberi keredhaan yang sebenar-benarnya, mungkin cara belajar anak kurang berkesan, mungkin disiplin longgar, dan mungkin hubungan antara anak dan guru-guru kurang elok. Dan yang paling penting mungkin hubungan ibubapa dan anak-anak dengan Allah juga kurang.

Cuba perbaiki di masa akan datang. Jadikan ini pengajaran. Masa masih panjang. UPSR bukan segalanya. Buang kekecewaan. Keputusan UPSR sudah keluar dan tiada apa harus dibuat dengan UPSR lagi. Bangkit semula dengan semangat baru untuk PMR dan SPM. Baiki hubungan antara anak, ibubapa dan guru-guru.

Selamat menghadapi PMR dan SPM!!!

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: