Bas (belakang) inilah yang bakal menjejah Malaysia untuk peraduan menagi percutian ke Barcelona dan Tendangan Penalti Bau Busuk

Kerjasama Bijak Ambi Pur dan FC Barcelona

fc barcelona

Terasa sangat bertuah apabila aku dipelawa untuk menyaksikan satu kerjasama yang amat bijak di antara kedua belah pihak iaitu di antara Ambi Pur dan kelab bolsepak terkemuka, FC Barcelona.

Majlis tersebut di adakan di Marble 8 Bar & Prive, Jalan Kuda KL. Tempat yang amat ideal untuk diadakan upacara sebegini. Pertama kali aku sampai ke sini.

Ambi Pur

Satu jenama pewangi rumah dan kereta yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Jenama unggul di bawah Procter & Gamble ini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia di dalam kategori pewangi untuk kegunaan harian.

Aku juga pernah beberapa kali menulis tentang produk Ambi Pur ini sebelum ini.

FC Barcelona

Kelab bolasepak terkemuka dunia yang ditubuhkan pada tahun 1899 oleh Joan Gamper. Sejak penubuhanya kelab ini telah berkembang maju melangkaui dunia bola sepak. Ia adalah satu jenama yang terkenal di seluruh dunia.

Walaupun bertapak di Sepanyol, keahlian kelab Catalan ini tersebar ke seluruh dunia menjadikannya kelab bola sepak terulung.

Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh kelab ini. Antara pemain-pemain-pemainnya yang menjadi sanjungan di dunia bola sepak adalah Kubala, Cruyff, Maradona, Romario, Rivaldo, Ronaldinho, Messi dan ramai lagi.

Aku sendiri amat meminati kelab bola sepak ini.

Kerjasama bijak Ambi Pur dan FC Barcelona

Permainan bolasepak adalah permainan taktikal dan fizikal yang mengeluarkan peluh. Pakaian yang berpeluh akan menghasilkan bau yang kurang enak. Apatah lagi jika ia dibiarkan beberapa hari.

Dengan bantuan pewangi yang mampu menyerap bau kurang enak tersebut dan menggantikannya dengan bau yang wangi dan segar, bilik persalinan, bas kelab, kereta, malah bilik pemain sendiri akan terhindar daripada bau peluh yang kurang enak tersebut.

Sebab itu kerjasama ini adalah kerjasama yang amat bijak di antara kedua-dua jenama terkemuka ini.

Majlis sidang akhbar pengumuman perjanjian tajaan serantau mereka yang akan diaktifkan di 6 buah negara Asia Timur dan Asia Tenggara termasuk Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Majlis ini turut dihadiri oleh Xavier Asensi, Pengarah Urusan Asia Pasifik FC Barcelona, Nicolas de La Diroday dan Zulfikar Mahar mewakili pihak Ambi Pur, Harith Iskander, pelawak selebriti Malaysia, Fahrin Ahmad, personaliti TV dan hos sukan Malaysia dan Ibnu Jamil, pengulas sukan Indonesia.

Xavier Asensi, Pengarah FC Barcelona Asia Pasifik

Xavier Asensi, Pengarah FC Barcelona Asia Pasifik

“Kami bangga Ambi Pur kini berkembang menjadi satu jenama yang paling dipercayai di dunia, dan kami amat teruja dengan gabungan dua jenama terulung ini, yang berkongsi nilai-nilai yang sama dan saling menekankan pencapaian tinggi. Kami ingin memberi satu nafas baru kepada penyokong-penyokong kami yang sentiasa berusaha menyalurkan pengalaman ini kepada lebih ramai pengguna melalui minat mereka bersama” ~ Zulfiqar Mahar

“Sebagai pewangi kereta no 1 dunia, Ambi Pur di prestasi tahap tertinggi dan amat sesuai sebagai rakan kerjasama bagi FCB. Kami amat gembira perjanjian ini akan memperluaskan kerjasama serantau kami dengan Procter & Gamble. Kami yakin kerjasama baru ini adalah detik permulaan perjalanan jauh yang akan berjaya membawa pasukan FCB lebih dekat dengan penyokong kami di rantau ini, dengan masih menampilkan wangian segar yang pasukan kami nikmati tiap hari” ~ Xavier Asensi.

“Rakan-rakan kerjasama kami memainkan pernanan penting untuk perkembangan kami sebagai satu jenama, dan menguatkan hubungan dan pertalian kami dengan pengguna-pengguna kami. Memahami nilai-nilai dan minat pengguna kami membolehkan pihak kami mencipta pelbagai produk yang sesuai dengan kehidupan harian mereka” ~ Nicolas de La Giroday.

Ambi Pur dan FC Barcelona merasmikan pelancaran “Kerjasama Kemenangan Tahun Ini” ( Winning Partnership of the Year) dengan penyerahan rasmi jersi FC Barcelona dengan tulisan Ambi Pur bernombor 1, menandakan kerjasama du jenama no 1 dunia.

1

Menang percutian ke Barcelona

Di majlis ini juga turut mengumumkan ‘Peraduan Menangi Percutian ke Barcelona’ dengan permainan ‘Tendangan Penalti Bau Busuk’. Penyokong-penyokong boleh beradu untuk memenangi barangan eksklusif dan hadiah utama iaitu percutian ke Nou Camp, Barcelona.

Pertandingan Tendangan Penalti Bau Busuk

Pertandingan Tendangan Penalti Bau Busuk

Bas (belakang) inilah yang bakal menjejah Malaysia untuk peraduan menagi percutian ke Barcelona dan Tendangan Penalti Bau Busuk

Bas (belakang) inilah yang bakal menjejah Malaysia untuk peraduan menagi percutian ke Barcelona dan Tendangan Penalti Bau Busuk

Peminat-peminat boleh mengalami permainan ini melalui Pameran Jelajah yang bakal dilancarkan pada bulan Disember dengan Bas Jelajah Ambi Pur + Barcelona yang akan berkunjung ke kedai-kedai terpilih dari 30hb Nov – 27hb Disember 2015.

Cara-cara untuk ambil bahagian dalam peraduan

  • Beli mana-mana 2 pewangi kereta Ambi Pur dengan 1 resit
  • Kemudian SMS:
    • No resit
    • Nama
    • No IC
    • Slogan penuh (tidak kurang 30 perkataan) “Ambi Pur dengan FC Barcelona menyegarkan perjalanan kami ke arah kejayaan kerana…
  • Sila ikuti terma dan syarat penuh di www.facebook.com/AmbiPurMY

di barcelona

Jom ke Barcelona!!!!

12 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: