Kes Penculikan Terbaru Di Rawang

penculikan lelaki

Gambar hiasan

Apa dah jadi dengan Malaysia kita ni. Macam dah tak aman je kan.. Mana tidaknya kejadian jenayah dah makin kerap berlaku. Malahan amat kerap. Rogol, culik, bunuh, rompak dah macam perkara biasa. Kadang-kadang aku terfikir dan bimbang takut-takut terjadi kepada keluarga kita. Naudzubillahi min zalik…

Yang terbaru di Harian Metro adalah kes penculikan seorang ahli perniagaan yang berlaku di Rawang tengahari kelmarin. Lelaki itu dibebaskan di Ijok jam 9 malam pada hari yang sama setelah wang tebusan diminta sebanyak RM100,000 dibayar oleh isteri mangsa dengan meninggalkan wang tersebut di lokasi yang diminta di Johor.

Kejadian culik berlaku pada jam 1 tengahari sewaktu mangsa sedang makan bersama rakan. Mangsa didatangi 4 orang lelaki bersenjatakan pistol dan kemudiannya dipaksa masuk ke dalam kereta Proton Gen 2 dengan kedua-dua mata ditutup dengan kain.

Pada mulanya penculik menuntut wang tebusan sebanyak RM1,000,000 namun kemudiannya dikurangkan kepada RM100,000 setelah isteri mangsa merayu dan menjelaskan tidak mempunyai wang sebanyak itu.

Mangsa telah membuat laporan polis di balai polis Rawang. Beliau turut menjelaskan bahawa wajah penculik gagal dikenal pasti kerana mata beliau ditutup dengan kain sepanjang kejadian tersebut.

Sumber

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: