Kingston Data Traveler Hanya RM10

Gambar Pendrive Kingston

Pendrive hanya RM10

Pernah tak anda beli pendrive Kingston Data Traveler Hanya RM10? Murahkan? Ini ceritanya.

Hari ini aku seharian pergi kursus. Kursus Private Retirement Scheme (PRS) ini wajib aku sebagai Unit Trust Consultant ambil segera untuk mengelakkan dari terpaksa ambil peperiksaan nanti. PRS ini adalah scheme persaraan pilihan yang dikawal selia oleh Security Commission. Dan dengan adanya lesen PRS ini dapat lah aku tawarkan plan persaraan tambahan kepada pelanggan-pelanggan ku.

Sehabis sahaja kursus tersebut yang diadakan di SS Two Mall Petaling Jaya, aku terus bergegas ke Restoren Hayaki Damansara Utama untuk berjumpa seorang prospek unit trust aku yang telah aku buat sebelum ini. Appointment yang dijanjikan pada pukul 6.30 petang.

Sementara menunggu prospect tersebut aku sempat update blog ini. Tiba-tiba datang seorang cina (memang dia datang dari negara China) dengan membawa barangan gadjet untuk dijual. Antara yang ada dalam beg plastik yang dibimbitnya adalah iPhone tiruan, All In One Car and USB Charger, dan Pendrive.

Di antara barangan tersebut aku tertarik pada pendrive Kingston Data Traveler 32GB. Di belakang pembungkusnya tertera Made in Taiwan. Harga yang original adalah lebih kurang RM55.00. Bila aku tanyakan harganya, dia bagitau RM45. So, aku tak mau la sebab lebih baik aku beli yang original je kalau dengan harga tu. Kemudian dia turunkan harga menjadi RM30.00. Aku buat tawaran secara bergurau dengan harga RM20.00. Selepas berfikir sejenak dia setuju. Aku pulak rasa bersalah sebab bukan aku nak pun pendrive tu. Pendrive aku ada 2 lagi yang masih belum digunakan. Dua-dua tu bersaiz 8 GB.

Untuk membuatkan dia blah dari meja aku ni, aku berseloroh:

“If you give for RM10.00 aku ambik. If not you can go”

Alangkah terkejutnya aku bila dia bersetuju walaupun dengan membuat muka seperti tak puas hati. Jadi aku pun bayarlah RM10.00 dan dapat pendrive Kingston Data Traveler hanya RM10. Berbaloi lah kot. 😉

Murah kan? Pendrive Kingston Data Traveler Hanya RM10. Mana nak cari ya tak? Dan sebentar tadi aku dah test. Memang storagenya 32GB dan memang boleh digunakan.

Alhamdulillah…

 

Posted from WordPress for Android

5 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: